Gadis Buta Kumpul Duit Beli Kuda Penunjuk Jalan
Mona Ramouni, 28, ialah pelajar jurusan Psikologi di Michigan State University. Dia mengalami cacat penglihatan sejak dilahirkan. Kecacatan yang dialami Mona sedikit banyak menyukarkannya melakukan aktiviti harian, terutamanya untuk bergerak ke tempat kerja mahupun menghadiri kuliah. Mona keberatan menggunakan khidmat anjing penunjuk jalan kerana faktor agama dan kebersihan.
Walau bagaimanapun, Mona perlu mencari alternatif untuk memastikan dia dapat melakukan tugas harian dengan lancar. Pada April 2008, Mona menggelintar internet untuk mencari solusi kepada permasalahan yang dihadapinya. Selepas puas mencari, Mona akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan duit yang disimpannya secara berdikit-dikit hasil bekerja di sebuah syarikat bacaan pruf Braille untuk membeli dan melatih seekor kuda padi untuk membantu urusan hariannya.
Kuda padi berusia tiga tahun itu digelar Cali dan tingginya hanya kira-kira 2 kaki 6 inci. Kuda tersebut membantu Mona menaiki kenderaan, bergerak dalam kalangan orang ramai, dan sebagainya. Jangan terperanjat kuda ini juga dibenarkan oleh pihak pengurusan universiti untuk berada di sisi Mona ketika tuannya itu mengikuti seminar di universiti.
Biarpun idea Mona untuk membeli dan melatih kuda padi ini mendapat kritikan dan bantahan rakan-rakan, namun akhirnya semuanya berjaya ditepis oleh Mona hasil kejayaan Cali membantu urusan harian Mona. Menurut Mona, sebelum membeli Cali, dia pernah berputus asa dan menganggap hidupnya sudah tidak bermakna. Kehadiran Cali telah merobah segala-galanya.
Ketabahan dan keazamannya mengagumkan saya! Kesungguhannya mematuhi larangan dan ajaran agama wajar kita contohi!
* Diterjemah dan diolah daripada artikel ini.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.