"Anwar Juga Kuda Trojan" - RPK
Jarang-jarang Utusan mengulas tulisan RPK. Berlambak-lambak pendedahan RPK tentang salah laku dan skandal yang membabitkan pemimpin negara, namun satu pun tidak diulas atau disiarkan oleh akhbar ini. Namun artikel terbaru RPK tentang Anwar Ibrahim menarik minat mereka. Biasalah! Akhbar ini pun menggelarkan tulisan RPK ini sebagai "peluru".
Terdengar juga desas-desus yang mendakwa RPK kini tengah mencari tauke baharu. Khabarnya sudah "jemu" dengan PR terutamanya PKR dan Anwar Ibrahim. Mungkin juga ada kaitan dengan permasalahan yang dihadapinya. Benarkah begitu?
Walau apa-apapun, akhbar pro-UMCO itu mengulas:
[UM] KUALA LUMPUR 15 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima satu lagi tamparan hebat apabila 'senjata sulitnya' yang selama ini digunakan untuk memfitnah kerajaan mula 'makan tuan'.
Ini kerana Raja Petra Kamaruddin yang selama ini menjadi 'senjata sulit' beliau, mula melepaskan 'peluru' ke arah Anwar sendiri apabila mendakwa, ketua pembangkang itu juga merupakan pengacau dan 'kuda trojan' dalam UMNO suatu ketika dahulu.
Raja Petra yang kini melarikan diri ke London berkata, jika Anwar boleh mengingatkan ahli PKR supaya berhati-hati dengan 'kuda trojan' yang dipercayai dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim, beliau juga layak dilabelkan dengan gelaran yang sama.
"Jika kesetiaan Zaid dipersoal kerana mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden sehingga digelar pengacau, 'kuda trojan' serta dilabel cuba memecahbelahkan parti, bagai manapula dengan tindakan Anwar sewaktu dalam UMNO dahulu?
"Anwar mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandang (Datuk) Suhaimi Kamaruddin pada 1982, iaitu tahun pertama menyertai UMNO. Ketika itu kesetiaannya juga belum terbukti dan boleh dianggap sebagai 'kuda trojan'," katanya.
Beliau berkata demikian dalam artikelnya di Malaysia Today mengulas tuduhan dilemparkan Anwar terhadap Zaid selepas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan bertanding Timbalan Presiden.
Bagaimanapun, Selasa lalu Zaid telah mengumumkan penarikan diri daripada bertanding dan melepas semua jawatannya dalam parti malah dijangka bertindak keluar parti pada Jumaat ini.
Katanya, Anwar perlu jujur dan bukannya bersikap mementingkan diri apabila menghalalkan segala pendekatan jika ia berkait dengan dirinya tetapi mengharamkan pendekatan yang sama jika boleh memberi keuntungan kepada orang lain.
Dalam pada itu, Raja Petra menyelar tuduhan Anwar kononnya Zaid menggunakan pihak luar untuk berkempen bagi dirinya sedangkan semasa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu, beliau juga menggunakan pendekatan sama.
"Kami berkempen untuk Anwar tiga kali berturut-turut sehingga beiau berjaya mengalahkan Suhaimi walaupun kami bukan ahli UMNO. Ini kerana jika mengharapkan ahli UMNO, Anwar akan ditendang keluar.
"Pada masa itu, Anwar masih terlalu baru dalam UMNO. Dia dianggap sebagai pengacau, 'kuda trojan' dan bakal memecahbelahkan parti, sama seperti apa yang beliau label terhadap Zaid hari ini," katanya.
Namun blogger UMCO menafikan tulisan RPK. Kata beliau di FB:
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.