Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Rabu, 24 November 2010

Kerajaan Perlu Tegas Martabatkan Bahasa Kebangsaan!




Blog ini menyokong penuh gesaan bahawa kerajaan perlu lebih tegas dalam memastikan bahasa Melayu digunakan secara meluas dan tidak dicemari unsur-unsur yang boleh menjejaskan martabatnya sebagai bahasa kebangsaan untuk semua warganegara Malaysia. Saya petik:
[BH] KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta lebih tegas dalam memastikan Bahasa Melayu digunakan secara meluas dan tidak dicemari secara sewenang-wenangnya dengan memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) melaksanakan akta khusus melalui penubuhan Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Bahasa Melayu.

Ia dilihat sebagai satu elemen penting dalam memartabatkan bahasa kebangsaan itu, sekali gus meningkatkan jati diri rakyat Malaysia ke arah merealisasikan gagasan 1Malaysia melalui bahasa dan budaya.

Cadangan itu adalah rumusan daripada Forum Jati Diri kali keempat anjuran bersama Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Sarjana Komunikasi dan Media Malaysia (PERSKOM) serta Jabatan Penerangan di Dewan Bestari, Jabatan Penerangan, di sini semalam.

Forum itu menampilkan dua tokoh bahasa iaitu bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk Aziz Deraman serta pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Lim Swee Tin.

Forum yang dipengerusikan Pengerusi Gapena, Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar, turut memfokuskan dua isu lain ke arah menjadikan bahasa sebagai agen penting 1Malaysia.

Aziz berkata, Kementerian Pelajaran wajar melihat secara mendalam kepentingan memperkenalkan subjek Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah rendah.

Katanya, langkah itu bukan sekadar untuk memenuhi keperluan akademik semata-mata, tetapi lebih kepada diskusi mengenai maksud tersirat dalam peradaban budaya Melayu.

Sebenarnya orang Melayu begitu kaya dengan peribahasa dan pelbagai lagi aspek budaya lain. Sebagai contoh, pantun kita cukup dikagumi masyarakat luar, tetapi kita sendiri mengabaikannya, katanya.

Pendapatnya dipersetujui Swee Tin yang melihat kurangnya pendedahan kepada budaya dan bahasa Melayu pada peringkat sekolah melahirkan masyarakat Malaysia yang semakin hilang nilai jati diri, selain semakin tipis rasa hormat dengan orang sekeliling.

Gelombang kemajuan dan perubahan teknologi begitu pantas. Anak kita boleh berbicara pelbagai topik dengan rakan di Tokyo dan pada masa sama boleh bersahabat dengan orang di Moscow serta Australia tetapi tidak kenal jiran sebelah rumah.

Dalam konteks 1Malaysia, kita perlu menjadikan budaya Melayu sebagai tonggak untuk semua kaum. Mereka bebas mengamalkan budaya sendiri tetapi perlu diberi penekanan terhadap bahasa dan budaya Melayu supaya semua kaum di negara ini lebih mudah disatukan, katanya.

Forum itu turut bersetuju supaya kerajaan memperkenal Anugerah Khas 1Malaysia bagi mengangkat individu yang mampu dijadikan model konsep sebenar gagasan itu untuk rujukan semua kaum di negara ini.

Hadir sama pada forum itu ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Pengarang Eksekutif Rencana, Zainor Said.- Azrul Affandi Sobry

P/s: Harap-harap gesaan ini bukan sekadar retorik kerana tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan orang bukan Melayu begitu teruk sekali. Banyak warganegara yang bukan berbangsa Melayu gagal bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan fasih.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH