Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Isnin, 22 November 2010

Mengapa Tanah Melayu Pulau Pinang Mudah Tergadai? Lihat Bagaimana Utusan Membela UMCO!


Saya petik:

Kenapa tanah Melayu mudah tergadai?  
[UM] LAPORAN media mengenai nasib penduduk Melayu Pulau Pinang mula berkocak semula. Ia gara-gara tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mula ‘menceroboh’ tanah didiami dan dimiliki penduduk Melayu.
Walau apa pun status tanah tersebut, sama ada tanah persendirian, tanah syarikat, tanah ceti, tanah tol atau tanah pemaju, nampaknya segala pembangunan yang dijalankan seolah-olah mahu mengusir penduduk Melayu dari menetap di bahagian pulau.
Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Tengah di Jelutong, Kampung Genting di Balik Pulau, Kampung Permatang Tepi Laut di Batu Maung dan Kampung Teluk Kumbar menyaksikan betapa ramainya penduduk Melayu telah dan bakal diusir keluar dari tanah yang didiami mereka sejak lama dahulu.
Apa sebenarnya berlaku? Benarkah mereka dihalau keluar dari tanah mereka? Wartawan Utusan Malaysia, ROHANA MAN dan NURUL HUDA HASSAN serta jurugambar, ZHAFARAN NASIB mengupas isu yang hangat diperkatakan sekarang.
KEMELUT dan nasib penduduk Melayu di Pulau Pinang yang terpinggir telah lama kedengaran. Tetapi ia kini semakin lantang kedengaran disebabkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mula mengambil satu demi satu tanah untuk tujuan pembangunan.
Ya...kita tidak boleh menolak pembangunan. Tetapi soalnya, pembangunan yang bagaimana perlu dilakukan agar keadilan sosial dapat dinikmati semua kaum di negeri itu.
Apa yang jelas adalah pembangunan ‘berat sebelah’ iaitu sekadar membina pangsapuri mewah yang tidak mampu dimiliki majoriti penduduk Melayu.
Menitip pantun lama yang berbunyi:
Pulau Pinang bandar baru,
Kapten Light menjadi raja;
Bila terkenang zaman dahulu,
Jatuh berlinang air mata.
Hakikatnya, nasib orang Melayu di Pulau Pinang mula dibangkitkan selepas pilihan raya 1969. Sejak kira-kira 40 tahun lalu iaitu sewaktu Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional yang diterajui UMNO, Gerakan, MCA dan MIC memerintah, memang banyak hal ehwal berkaitan nasib Melayu Pulau Pinang diperkatakan termasuk dalam isu tanah.
Namun kita perlu faham bahawa masalah berkaitan tanah Melayu di Pulau Pinang memang rumit untuk diselesaikan kerana ia melibatkan banyak perkara terutama berkaitan status. Ini kerana sebanyak 60 perkampungan Melayu di Pulau Pinang merupakan tanah ceti atau tanah tumpang.
Kesemua kampung itu kini mempunyai kira-kira 7,000 penduduk. Begitulah status tanah di Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Tengah, Kampung Permatang Tepi Laut dan Kampung Teluk Kumbar. Kesemua tanah itu kini telah dan akan menjadi milik pemaju.
Ia jadi begitu selepas tanah yang diwarisi daripada nenek moyang telah digadai kepada ceti. Ceti pula menjual tanah itu kepada pemaju.
Memang menyedihkan kerana rupa-rupanya selama ini, orang Melayu menumpang teduh di atas tanah yang asalnya milik mereka, tetapi terpaksa keluar dari kampung selepas mendapat perintah mahkamah.
Dalam kes Kampung Jalan Pokok Asam, ia akan dimajukan dengan projek kediaman bertingkat berharga RM800,000 seunit oleh pemaju dari Kuala Lumpur.
Ya...kita akui tanah telah tergadai dan penduduk tidak boleh berbuat apa-apa untuk kekal di kampung masing-masing. Namun, jika benar-benar kerajaan negeri yang dikuasai DAP prihatin terhadap nasib rakyat, tentu kerajaan negeri campur tangan dalam isu yang melibatkan nasib dan masa depan penduduk Melayu Pulau Pinang.
Setakat hari ini, apa yang kita nampak penduduk kampung terpaksa berjuang sendirian untuk mendapatkan keadilan terutama dalam soal pampasan. Malah, lebih teruk ada penduduk tidak mendapat apa-apa pampasan. Di mana tanggungjawab sosial yang sepatutnya dipikul kerajaan negeri?
Di sebalik itu, banyak pihak tertanya-tanya kenapa begitu mudah tanah Melayu Pulau Pinang tergadai? Adakah salah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sehingga tahun 2008? Marilah kita berfikir jauh ke hadapan.
Banyak pihak menuduh UMNO yang menjaga kepentingan penduduk Melayu Pulau Pinang menjadi punca kenapa banyak tanah Melayu tergadai. Ia satu tuduhan tidak berasas kerana UMNO tidak memiliki tanah-tanah tersebut. Ia adalah hak milik penduduk yang mewarisinya daripada nenek moyang mereka.
Ketika mahu menjual tanah-tanah tersebut, mereka tidak merujuk perihal itu kepada pemimpin UMNO. Justeru, kenapa UMNO dipersalahkan? Penduduk menjual tanah atas kehendak sendiri selepas ‘kelabu mata’ melihat habuan lumayan yang bakal diterima.
Namun banyak juga faktor lain yang perlu dilihat iaitu kebanyakan anak-anak muda tidak mahu lagi tinggal di kampung. Mereka meninggalkan ibu dan bapa sendirian di kampung. Oleh kerana ‘tiada sesiapa’ lagi di kampung, maka ibu bapa ikut berhijrah ke tempat lain untuk menetap bersama anak-anak.
Akhirnya, tanah kampung dijual dan ini juga merupakan salah satu punca kenapa semakin banyak tanah milik Melayu tergadai di Pulau Pinang.
Soalnya, kenapa tanah Melayu mudah sangat tergadai? Ia bertitik tolak daripada pendidikan dan pemikiran generasi nenek moyang yang ketika itu kurang bijak membuat keputusan yang betul dalam soal tanah.
Ilmu yang cetek mengenai selok belok tanah yang dipajak, tanah yang digadai dan tanah yang berpindah milik kurang difahami.
Faktor ekonomi yang rendah menjadi antara punca kenapa penduduk sanggup menggadai tanah. Mungkin mereka berharap generasi berikutnya dapat menebus semula tanah yang digadai. Tetapi, sebaliknya pula yang berlaku apabila tanah tidak ditebus sekali gus memaksa ceti menjualnya kepada pemaju.
Dalam majlis forum bertajuk Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaiannya? baru-baru ini, seorang ahli panel memberitahu harga tanah di Georgetown sekarang adalah RM400 sekaki persegi. Melihat angka yang besar itu, siapa yang tidak kelabu mata?
Menurutnya, harga itu adalah harga semasa pada Mac dan April 2010. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa mereka yang berpendapatan rendah, majoritinya Melayu tidak akan mampu membeli rumah di bahagian pulau.
Trend pemaju di pulau itu sekarang adalah membina pangsapuri mewah yang tidak mampu dibayar oleh orang Melayu. Menurut Pensyarah Kanan Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk, purata pendapatan per kapita mengikut kumpulan etnik bagi tahun 2004 menunjukkan kaum bumiputera memperoleh RM2,856 berbanding kaum Cina RM4,268 dan kaum India RM2,687.
Meneliti itu, nampaknya orang Cina juga ramai yang tidak mampu memilikinya, apatah lagi kaum bumiputera. Yang mampu adalah orang luar dari Korea dan Singapura yang semakin banyak membeli pangsapuri mewah di pulau tersebut.
Memetik kertas kerja bertajuk Ekonomi-Permasalahan Melayu Pulau Pinang oleh Amir Hussin Baharuddin dalam buku bertajuk Melayu Pulau Pinang terbitan USM:
“Dulu kita tidak pernah bimbang penghijrahan orang Melayu Pulau Pinang ke tempat lain kerana penghijrahan mereka dilakukan secara sukarela untuk membaiki taraf hidup. Tetapi pada hari ini kita amat bimbang kerana Melayu Pulau Pinang dipaksa berpindah secara tidak sedar, dari rumah yang selesa ke flat yang seperti sangkar burung merpati atau dari dusun yang disayangi ke rumah pangsa tanpa tanah untuk bercucuk tanam. Mereka menjadi mangsa pembangunan. Melayu Pulau Pinang semakin terpinggir, mereka sudah tidak boleh bertahan lagi, mereka kabur dan terhimpit.”
Justeru, kita seluruh anak Melayu di negara bertuah ini seharusnya berkongsi sama masalah yang melanda saudara sebangsa dan seagama mereka di Pulau Pinang yang nampaknya semakin terhimpit dengan mencari titik penyelesaian, bukannya menuding jari mencari kesalahan pihak lain semata-mata mahu menutup kelemahan sendiri.

Artikel ini ditulis seolah-olah untuk membela UMCO dan cuba menutup kelemahan parti yang kunun-kununnya membela Melayu, walhal parti itu bertanggungjawab menyebabkan orang Melayu terus terpinggir di Pulau Pinang. Kelemahan UMCO itu cuba pula dipindahkan ke bahu DAP lalu dijadikan kambing hitam dalam hal ini.

Kalau diperhatikan, tulisan ini menyalahkan orang Melayu kerana jahil, kelabu mata, dan tidak befikir panjang sebelum menjual atau menggadaikan tanah kepada pihak tertentu. Saya setuju! Trend orang kampung atau orang Melayu kelabu mata menjual tanah pusaka amat menggerunkan. Hal ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang, malah berlaku di mana-mana. Jika tidak silap, orang Melayu di Johor berlumba-lumba menjula tanah di sekitar Wilayah Iskandar sehinggakan keadaan itu amat membimbang banyak pihak. Yang malangnya, ejen yang membeli tanah mereka menjual semula tanah itu dengan harga yang berlipat kali ganda kepada pemaju atau pihak lain.

Namun, bagaimana pula dengan tanah rizab Melayu dan tanah milik kerajaan? Selama hampir 50 tahun BN memerintah Pulau Pinang, munasabahkah BN tidak mampu mencari jalan agar tanah Melayu dikembalikan kepada orang Melayu? Mengapa meletakkan kesalahan itu di bahu DAP yang baru memerintah PP selama 3 tahun? 3 tahun! Mengapakah tiada mekanisme dibuat untuk menghalang atau mengajak orang Melayu yang mahu menjual tanah mereka berbincang supaya melupakan hasrat untuk menjual tanah mereka? Jika UMCO yang berkongsi kuasa di Pulau Pinang selama hampir 50 tahun gagal membela nasib orang Melayu, wajarkah dengan membaca artikel di atas orang Melayu perlu menyokong semula UMCO dan melihat nasib Melayu terus terpinggir seperti sebelumnya?

Sila baca bagaimana UMCO "bersedekah" tanah Melayu di Perak kepada cukong di sini.

Persoalan lain: Mengapa selama hampir 50 tahun UMCO berkongsi kuasa di Pulau Pinang, tiada artikel seumpama ini terbit di muka hadapan Utusan Malaysia?

Yang dicanangkan oleh media ialah harga rumah yang mencecah RM400/RM800 ribu seunit, walhal pangsapuri mewah itu dijual mengikut harga pasaran. Mengapa tulisan dan kritikan hanya berfokus pada pangsapuri mewah dan kawasan tertentu? Di Kuala Lumpur atau di Selangor, pangsapuri mewah boleh mencecah harga hampir RM1 juta. Memanglah kawasan bandar, nilai hartanahnya agak tinggi. Cuba soal UMCO, selama memerintah Pulau Pinang, berapa jumlah orang Melayu yang tinggal di bandar? Munasabahkah DAP yang memerintah 3 tahun berjaya menghalau Melayu dari kawasan bandar?





  1. Setakat hari ini, apa yang kita nampak penduduk kampung terpaksa berjuang sendirian untuk mendapatkan keadilan terutama dalam soal pampasan. Malah, lebih teruk ada penduduk tidak mendapat apa-apa pampasan. Di mana tanggungjawab sosial yang sepatutnya dipikul kerajaan negeri?

    Kenyataan paling pelik sekali..... bermakna selama ini SOHIH lah kerajaan BN tidak pernah melaksanakn tanggungjawab sosial mereka.....

    gravatar Comment by mahaza @ Isnin, November 22, 2010 8:18:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH