Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 18 November 2010

Dr Rozmey mahu Pelawa Pamela Anderson Berlakon Filemnya. Wow!


Hari ini filem 2 Alam yang diterbitkan oleh Dr yang juga pengasas produk pelangsingan badan ini ditayangkan di seluruh negara. Jangkaan pulangan yang diuar-uarkan oleh Dr ini hampir setiap hari dalam akhbar ialah RM40 juta! WOw! RM40 juta!

Menurut Dr Rozmey, filem 2 Alam sarat dengan mesej dan pengajaran yang dapat dijadikan panduan oleh masyarakat. Namun, majoriti wartawan yang menonton filem ini semasa Festival Filem Malaysia yang lalu berpendapat filem itu sarat dengan aksi berahi dan adegan ranjang yang keterlaluan yang sudah tentunya tidak sesuai untuk tontonan remaja. Ada yang mengkritik mutu filem itu hanya setaraf drama, malah menganggap jumlah kutipan sasaran itu hanyalah angan-angan Dr itu sahaja.  Setakat itu sahaja saya mahu tulis, sebab saya sendiri pun tidak menontonnya lagi. Pandangan tersebut hanyalah pendapat wartawan semata-mata. Mungkin boleh diterima, mungkin pandangan anda berlainan.

Hari ini Dr Rozmey dengan penuh yakin mengatakan bahawa dia mahu mempelawa Pamela Anderson yang terkenal dengan kisah video seks dengan bekas suaminya Tommy Lee dan gambar bogelnya sama ada dalam majalah ataupun bertebaran dalam internet untuk berlakon dalam filemnya.

Apa motif Dr ini mahu mengambil bintang yang sudah pudar bintangnya untuk berlakon dalam filem terbitannya? Walhal Pamela bukanlah pelakon yang disegani, melainkan hanya bergantung pada sosok tubuhnya yang memberahikan dan mengiurkan. Mengiurkan dan memberahikan? Ya Pamela pernah dianggap begitu suatu ketika dahulu, mungkin pada zaman Baywatch,  hari ini Pamela sudah dimakan usia. Namun, saya tidak fikir Dr ini mahu mengambilnya berlakon atas faktor itu. Jika bukan, apa motifnya? Jika Pamela berlakon, apa pula moral cerita yang ingin Dr ini ketengahkan nanti?

Macam-macam:
[Kosmo] KUALA LUMPUR - Selepas menerbitkan filem 2 Alam yang mula ditayangkan kepada orang ramai hari ini, dR Movie Production kini merancang untuk menerbitkan sebuah lagi filem pada tahun depan.

Menariknya, filem itu bakal dibintangi pelakon sensasi dari Hollywood iaitu Pamela Anderson.

Penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, dalam filem itu nanti, Pamela akan memegang watak utama.

"Mungkin ramai yang memandang sinis mengenai perkara itu (hasrat mengambil Pamela) tetapi ia adalah perancangan utama dR Movie Production dan saya memang bersungguh-sungguh untuk mengundang pelakon tersebut membintangi filem baru itu nanti.

"Setakat ini, apa yang boleh saya katakan ialah, pihak kami kini berada dalam proses akhir perincian mengenai kontrak dengan ejen pelakon tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pamela merupakan seorang pelakon seksi kelahiran Kanada yang cukup terkenal dalam industri perfileman Hollywood sejak tahun 1990-an.

Menurut Rozmey, tajuk filem yang akan dihasilkan itu masih belum diputuskan namun ia bakal mengisahkan mengenai seorang wanita warga asing yang telah terdampar di sebuah pulau...- Roni Hidayat Ridwan

  1. mungkin dr rozmey nak jual ubat kuat dan gelang magnetik pulak kot

    gravatar Comment by mr edz @ Khamis, November 18, 2010 11:37:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH