Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 25 November 2010

Kerana Kenyataan Artis Ini, Syarikat Rokok Untung, Remaja Kita Mungkin Terpengaruh!


Ada dua impak yang berlaku apabila artikel ini disiarkan dalam media. Pertama, banyak remaja akan mula merokok, kedua, penjualan rokok akan mencanak naik! Baca dahulu artikel di bawah ini.

Saya petik:
[Mstar] Pengakuan penyanyi Fiq tentang tabiat merokoknya mungkin kedengaran pelik tetapi anak jati Sabah itu percaya tabiat tersebut banyak membantu dalam memantapkan lagi vokalnya.

Ujar juara program realiti Mentor musim pertama itu dalam satu pertemuan bersama mStar Online baru-baru ini, sejak mula merokok setahun yang lalu dia dapat melihat kesan positif tabiat itu pada perubahan vokalnya.

"Saya baru saja merokok. Sebelum bergelar penyanyi saya tidak merokok dan tabiat ini bermula apabila saya selalu berasa bosan ketika menunggu waktu untuk rakaman lagu dan pertunjukkan.

"Bagaimanapun tabiat ini berlaku bukan kerana saya mengalami kejutan budaya atau terikut-ikut orang lain. Ia kehendak diri sendiri.


"Sejak mula merokok setahun yang lalu, saya mula mendapati tabiat ini sebenarnya banyak memberikan kesan positif pada suara saya," katanya.

Sambil tidak menyangkal tabiat itu tidak baik untuk kesihatan, Fiq bagaimanapun menganggap tabiat tersebut banyak membantunya dalam memantapkan vokal sebagai penyanyi rock.

"Saya tahu tabiat merokok membahayakan kesihatan tetapi sejak mula merokok saya dapati ia banyak membantu dalam memantapkan vokal. Vokal saya bertambah kasar, besar dan serak berbanding sebelum merokok dulu....

Banyak kisah fasal artis ini yang boleh diketengahkan oleh wartawan/akhbar, namun mengapa mereka mahu menulis dan menyiarkan berita seumpama ini? Mengapa tidak diketengahkan cerita artis ini berbuat amal soleh, sembahyang secara berjemaah di masjid, atau kisah artis ini terlibat dalam aktiviti sosial yang mendatangkan faedah?

Hari ini akhbar Mstar menyiarkan kenyataan tidak bertanggungjawab artis yang lahir daripada sebuah program realiti TV yang seolah-olah mengatakan bahawa perbuatan merokok itu memberikan impak positif kepada perokok (dirinya). Walaupun menyedari bahaya rokok kepada kesihatan, namun artis ini dengan "bangga" mengatakan bahawa merokok membuatkan vokalnya bertambah mantap dan memberikan kesan positif kepada suaranya.

Apabila cerita seumpama ini disiarkan, maka impaknya sudah tentu cukup besar kepada remaja. Hal ini demikian kerana artis sering (walaupun tidak sepatutnya) diangkat/dianggap sebagai suri teladan. Justeru, apa-apa yang dibuat oleh seseorang artis akan mudah ditiru oleh remaja. Paling mudah peminat akan meniru artis mereka dari segi cara berpakaian dan tingkah laku termasuklah perbuatan merokok yang digambarkan oleh artis itu memberikan kesan positif kepada dirinya.

Kenyataan dan artikel tersebut tidak sewajarnya disiarkan kerana impaknya cukup besar kepada pembaca yang begitu taksub dengan tingkah laku artis pujaan mereka. Blog ini mengutuk kenyataan artis tersebut serta menyelar tindakan pihak akhbar menyiarkan kenyataan yang begitu negatif impaknya kepada masyarakat.

  1. assalamualaikum minta tolong sahabat link kan blog ini
    http://lagenda-cinta.blogspot.com/
    terima kasih

    gravatar Comment by RIDER MERIDA @ Khamis, November 25, 2010 4:41:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH