[Kemas Kini] Pengasas WikiLeaks Dituduh Merogol. Usaha untuk Menghalang Pendedahan Salah Laku Tentera AS?
Saya petik:
[BH] STOCKHOLM: Mahkamah Sweden meluluskan satu permohonan pendakwa untuk menahan Julian Assange (atas), pengasas web pembocor rahsia rasmi, WikiLeaks, untuk menyoalnya kerana disyaki merogol, mencabul kehormatan secara seksual dan memaksa hingga menyalahi undang-undang.
Assange menafikan tuduhan itu yang berpunca daripada perkenalannya dengan dua wanita ketika mengunjungi Sweden, Ogos lalu.
Keputusan Mahkamah Daerah Stockholm semalam mungkin menyebabkan waran tangkap antarabangsa dikeluarkan terhadap Assange.
Pengarah Pendakwaan Awam, Marianne Ny, berkata beliau membuat permohonan itu kerana ‘sehingga ini mereka belum dapat menemui Assange untuk soal siasat.’
Peguam Assange, Mark Stephens, berkata dua wanita terbabit sudah mengakui hubungan seks dengan anak guamnya adalah ‘secara sukarela.’
“Mereka hanya membuat tuduhan itu terhadapnya selepas mengetahui hubungan masing-masing dengan Assange,” menurut kenyataan Stephens.
Katanya, Assange menawarkan untuk disoal siasat sebelum beliau keluar dari Sweden dan seterusnya berada di Britain menerusi telefon, sidang video, e-mel mahupun kenyataan bersumpah.
“Semua itu ditolak bulat-bulat oleh seorang pendakwa yang menyalah guna kuasanya dengan mendesak Assange pulang ke Sweden,” kata Stephens sambil menyifatkan dakwaan itu ‘palsu dan tidak berasas.’
WikiLeaks mencetuskan kemarahan Pentagon dengan menyiarkan beribu-ribu laporan perang rahsia Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan.
Assange turut menimbang untuk menjadikan Sweden sebagai ibu pejabat WikiLeaks kerana ada beberapa pelayannya ada di negara itu tetapi pihak berkuasa tidak meluluskan permit pemastautin kepadanya.
Awal bulan ini, Assange berkata, beliau menimbang untuk berhijrah ke Switzerland.
Assange sudah mengadu bahawa beliau dan kumpulannya menjadi sasaran agensi perisikan Amerika yang marah dengan pendedahan dokumen rahsia perang itu. – AP
Kemas Kini (1/12):
* Interpol keluar arahan tahan pengasas WikiLeaks
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.