Sokonglah Blog dan Sastera Melayu
Sebuah blog dibina khusus untuk membicarakan karya terbaru Latiff Mohidin, penyair dan pelukis terkenal tanah air. Karya yang dimaksudkan ialah sebuah catatan yang yang diberi judul Catatan Latiff Mohidin. Berdasarkan maklumat di blog itu, catatan penyair dan pelukis agung ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Buku itu bermuat catatan peribadi Latiff Mohidin tentang dunia sastera lokal dan global.
Justeru, saya mohon jasa baik pembaca blog ini agar dapat meluangkan masa untuk melawat blog tersebut dari semasa ke semasa dan menyokongnya dengan menjadi "follower" atau mengulas kiriman blog tersebut. Khabarnya blog tersebut akan membuka ruang kepada pembaca untuk berdiskusi berkaitan dengan catatan yang terkandung dalam buku tersebut.
Marilah kita sama-sama memartabatkan sastera tanah air dan pada masa yang sama mengenali dengan lebih rapat sasterawan yang mewarnai dunia kreatif tanah air.
Marilah kita sama-sama memartabatkan sastera tanah air dan pada masa yang sama mengenali dengan lebih rapat sasterawan yang mewarnai dunia kreatif tanah air.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.