Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 21 November 2010

Awas, BN Guna Banjir untuk Rampas Sokongan Rakyat & Negeri Kedah!



Che Det aka Tun Mahathir dalam wawancaranya dengan Bloomberg pada 16 November lalu berkata “BN mungkin tidak dapat dua pertiga majoriti yang membolehkan mereka memerintah negara dengan mandat yang kukuh” pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum 2013. Tambahnya,  "...parti pemerintah itu “mungkin mendapat satu atau dua” daripada lima negeri yang sekarang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat."

Jangan terkejut kerana ada pemimpin PR ataupun penyokong tegar PR memperlekeh kata-kata Tun M. Mereka berasa yakin dengan sokongan rakyat yang diterima PR pada PRU 12 lalu. Pemimpin BN pernah berperasaan begitu sehinggalah mereka kehilangan 4 buah negeri selepas PRU lalu. Jika tiada tindakan drastik, pemimpin PR juga akan berdepan situasi yang sama.

Che Det berpendapat 2 buah negeri mungkin jatuh semula ke tangan BN. Saya yakin Kedah salah sebuah negeri yang dimaksudkannya. Selangor pula merupakan sasaran utama BN, memandangkan mereka begitu agresif menggasak Kerajaan PKR di Selangor. Isu pasir, pergolakan pimpinan PKR, dakwaan penyalahgunaan dana wakil rakyat, pembaziran agensi kerajaan negeri, dan sebagainya dimainkan baik dalam media mahupun dalam siri ceramah Selamatkan Selangor yang masih lagi dijalankan di serata negeri itu. Ironinya, tiada pula siri ceramah yang sama dibuat di Pulau Pinang, di Kelantan, atau di negeri lain di bawah pentadbiran PR.

Baru-baru ini, banjir melanda Kedah. BN memperkudakan media untuk memburuk-burukkan Kerajaan PAS di Kedah. Tingkah laku berat sebelah dan bersifat fitnah media pro-BN itu telah membuatkan MB Kedah berang dan kejadian itu pula dimanipulasikan semula oleh BN untuk kepentingan mereka. Pemimpin UMCO turut menggunakan laporan media itu untuk menyerang MB Kedah, baik yang jantan mahupun yang betina. Selain isu banjir, isu kenaikan tarif airpun turut dipolitikkan walhal kenaikan tarif air di Johor disembunyikan daripada pengetahuan umum, malah isu kemasukan pelaburan asing pun turut dimanipulasikan untuk merendah-rendahkan kemampuan kerajaan negeri. Malang sekali, apabila data dan fakta menunjukkan/membuktikan bahawa Kedah di bawah pimpinan PR adalah antara negeri yang menerima kemasukan pelaburan yang tinggi di Malaysia.

Selepas redanya banjir, BH menyiarkan berita yang mengatakan bahawa kerajaaan pusat akan membina rumah baharu kepada mangsa banjir di Kedah. Jarang-jarang kita mendengar BN begitu bermurah hati. Ya, mereka sering membantu mangsa bencana alam sebelum ini, tetapi tidaklah sampai membina rumah baharu untuk mangsa banjir. Berita tersebut disiarkan pada 20/11:
Kerajaan bina rumah baru mangsa banjir yang musnah
[BH]...Kerajaan akan membina rumah baru bagi mangsa banjir di Kedah yang rumah mereka mengalami kerosakan terlalu teruk sehingga tidak dapat digunakan lagi.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd Johari Baharom, berkata untuk itu, Pejabat Pembangunan Negeri Kedah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) akan menilai tahap kerosakan bagi menentukan sama ada rumah itu masih boleh diperbaiki atau dikira tidak dapat digunakan lagi.

Katanya, jika rumah itu mengalami keadaan itu, pejabat pembangunan dan JKKKP akan berunding dengan pemilik tanah sama ada ada rumah baru itu mahu dibina di atas tanah yang sama atau mungkin tanah lain yang dimiliki oleh pemilik tanah itu.
"Ada juga kes di mana rumah yang 100 peratus musnah itu dibina atas rezab sungai. Dalam hal ini kita kena tengok dulu sama ada keadaan itu selamat atau tidak," katanya selepas Gotong Royong Perdana membaiki rumah yang rosak akibat banjir yang membabitkan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Kubang Pasu di Kampung Wang Tepus dekat sini, hari ini. Beliau berkata, tindakan untuk membina semula rumah-rumah yang rosak 100 peratus turut akan membabitkan agensi kerajaan yang lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)...

Hari ini diberitakan pula: 

[BH] JITRA: Kerajaan Pusat akan membina rumah baru untuk mangsa banjir di negeri ini yang mengalami kerosakan teruk bagi meringankan penderitaan mereka yang kerugian banyak harta benda. 
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kedah, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata kerajaan akan menilai tahap kerosakan rumah mangsa banjir terbabit bagi menentukan bentuk bantuan bersesuaian, sama ada pembinaan rumah baru atau kerosakannya dibaiki. 
Katanya, untuk tujuan itu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Pejabat Pembangunan Negeri akan membuat penilaian terhadap tahap kerosakan rumah penduduk terbabit.

“Kita mendapat maklumat banyak rumah penduduk rosak teruk dan ada yang musnah 100 peratus kerana dihanyutkan arus deras ketika banjir besar baru-baru ini terutama yang berhampiran sungai.

“Penilaian akan dibuat oleh pihak berkaitan dan rumah yang musnah akan dibina semula, manakala yang rosak dan selamat lagi digunakan akan dibaiki semula,” katanya selepas mengetuai pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Kubang Pasu bergotong-royong membaiki rumah yang rosak akibat banjir di Kampung Wang Tepus, di sini, semalam...
(Berita yang disiarkan semalam, tetapi kelihatan seperti diubah suai untuk disiarkan hari ini.)

Memanglah orang akan berhujah, salahkah BN yang berkuasa di Pusat membina rumah untuk mangsa banjir di Kedah? Tentu sekali tidak salah, namun, dari sudut politiknya, tindakan itu "ada udang di balik batu".  BN kali ini dilihat terlalu bermurah hati untuk mengambil hati orang Kedah. Dalam kamus politik, setiap langkah/tindakan yang diambil oleh sesuatu pihak sudah tentu ada manfaatnya kepada pihak tersebut.

Oleh itu, jangan pandang enteng apabila Tun M agak yakin PR akan kehilangan 1 atau 2 buah negeri di bawah pentadbirannya kerana telahan itu mungkin menjadi kenyataan.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH