Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Sabtu, 1 Jun 2013

Ibu Buta Jual 4 Orang Anak dalam Tempoh Tujuh Tahun




[HM] Beijing: Seorang wanita China yang buta mengaku menjual empat daripada anaknya untuk menyara keluarga kerana masalah kewangan.

Di antara 2005 dan 2012, wanita dari Shibei di Mianyang itu, Du Xiurong mengaku menyerahkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki kepada pasangan lain.

Secara keseluruhan, Du melahirkan enam orang anak tetapi ketika ini cuma membesarkan dua daripada mereka, masing-masing seorang anak lelaki dan perempuan. Menurut Du, dia tidak ada pilihan kecuali menjual anaknya kepada orang lain untuk mendapatkan wang.

“Jika saya tidak buta, saya tidak akan tergamak menyerahkan mereka ke tangan orang lain,” katanya. Du berkata, dia tidak menjual anak-anaknya, tetapi menyerahkan mereka dan mendapat sedikit imbuhan atas susah payah dialami sepanjang tempoh kehamilan. Du juga mengakui sayang kepada kanak-kanak.

“Jika saya mampu, tentu saya akan membesarkan mereka sendiri, tetapi keadaan tidak mengizinkan memaksa saya mencari keluarga lain untuk anak-anak,” katanya. Mendakwa tidak melakukan kesalahan, Du berkata, hanya keluarga yang berada tetapi tidak mampu memiliki anak dipilih untuk membesarkan zuriatnya.

“Mereka mahukan anak dan saya membantu mereka,” katanya. Menurut Du, orang kaya memiliki kemampuan kewangan untuk mengahwinkan anak perempuan, manakala keluarga pertengahan mendapat wang atas perkahwinan anak perempuan mereka. 

“Bagi orang miskin, kami menjual anak-anak untuk mendapat wang,” katanya. Januari lalu Du ditahan kerana kesalahan menjual bayi tetapi dia dibebaskan tidak lama kemudian selepas pihak berkuasa mempertimbangkan kecacatannya. Mengenai masalah penglihatannya, Du berkata, dia terbabit dalam kemalangan ketika berusia lima tahun.

DU yang cacat penglihatan sejak berusia lima tahun dianggap sebagai beban kepada keluarganya.

Sembilan tahun kemudian, dia dikahwinkan dengan seorang lelaki selepas keluarga melihat dia sebagai beban.

“Ibu dan bapa mahu menyisihkan saya secepat mungkin.

“Sebaik saja ada lelaki yang mahu mengahwini saya, mereka tidak menunggu lama bersetuju,” katanya. Namun, nasib malang terus menimpa Du.

Lelaki yang menjadi suaminya didapati gagal mendapat pekerjaan tetap menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kesukaran.

Du melahirkan anak sulung (lelaki) Cheng Jin, pada 1991 dan sembilan tahun kemudian, melahirkan anak kedua (perempuan), Sun Miao. Ketika ini Du masih membesarkan sendiri Cheng dan Sun manakala anak yang lain diserahkan kepada keluarga yang mahukan anak angkat.

Anak keduanya dijual pada harga (RM1,261) pada 2005. - Daily Mail



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH