Pesta Sambut Perkahwinan GAY Diserbu di Makkah
Foto: alsaudeh.com |
[HM] Riyadh: Polis agama di Arab Saudi menyerbu satu majlis yang dihadiri lebih 80 lelaki muda yang datang dengan pakaian wanita dan bermekap untuk meraikan perkahwinan seorang lelaki homoseksual.
Anggota Suruhanjaya Amal Makruf Nahi Mungkar yang turut dibantu polis menyerbu kediaman di barat Makkah itu sebelum menahan lima orang.
Tetamu lain yang menyedari kehadian pihak polis bertempiaran lari ke kawasan gunung berhampiran untuk mengelak daripada ditangkap.
“Mereka yang hadir itu berusia antara 18 hingga 20 tahun dan berpakaian wanita serta mengenakan mekap.
“Mereka menari mengikut irama muzik disko di parti yang meraikan perkahwinan dua lelaki,” lapor akhbar ” lapor akhbar harian Alsaudeh. - Arab News
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.