Pelakon Gian Dadah Dicekup Lagi
[HM] Ampang: Seorang pelakon lelaki yang sebelum ini pernah dicekup berkaitan kes dadah, sekali lagi ditahan polis di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, di sini, pagi semalam kerana disyaki melakukan kesalahan sama.
Pelakon berusia 30-an itu ditahan selepas ujian air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati dia positif mengambil dadah jenis methamphetamine atau syabu.
Sumber polis berkata, pelakon itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi di kondominiumnya oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang melakukan serbuan di rumah berkenaan.
“Ketika serbuan dilakukan, dia berada dalam rumah itu seorang diri. Namun, pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan tidak menemui sebarang dadah.
“Dia kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk ujian saringan air kencing dan hasil ujian mendapati pelakon itu dapati positif mengambil dadah,” katanya.
Berikutan itu, katanya, pelakon terbabit kini ditahan dan polis dijangka mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya hari ini.
Menurutnya, pelakon itu akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, pelakon berbakat itu ditahan pada Mac 2010 dan penahanannya ketika itu mencetuskan kegemparan selepas polis turut menemui makmal memproses dadah di lokasi dia ditahan di pinggir ibu negara.
Ketika dibicarakan di mahkamah, pelakon itu dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, namun didapati bersalah memiliki dadah dan dikenakan denda RM5,000. Dia dibebaskan selepas membayar denda itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi Harian Metro, malam tadi mengesahkan penahanan pelakon terbabit.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.