Punca Jerebu, Ladang Milik Malaysia Antara yang Terbakar di Riau dan Jambi; Muar & Ledang Diisytihar Darurat
[FMT] PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Perhutanan Riau, Zulkifli Yusuf berkata, ladang syarikat dari Malaysia adalah antara yang terbakar di wilayah itu.
Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.
Kata Zulkifli, antaranya ialah PT Langgam Inti Hibrida, yang berada di kawasan Desa Sering, Pelalawan, Kabupaten Pelalawan.
"Titik panas lain berada di kawasan ladang milik PT Bumi Reksa Nusa Sejati yang berada di Desa Simpang Kareman, Kecamatan Pelagiran, Kabupaten Indragiri Hilir.
“Manakala yang lain terbakar adalah milik PT Tunggal Mitra Platation, PT Abdi Platation, PT Jati Jaya Perkasa, PT Udaya Loh Dinawi dan PT Mustika Agro Lestari.
"Semuanya milik modal asing dari Malaysia.
“Jadi kami meluruskan (menjelaskan), itu bukan data yang dikeluarkan Jabatan Pehutanan. Titik panas itu dirakam satelit Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dari peta kami melihat kawasan itu berada di ladang warga dan milik asing,” kata Zulkifli seperti dilapor viva.co.id.
Dalam perkembangan berkaitan, satelit pemantau cuaca dan pengesan panas bumi (NOAA) milik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Riau mengesan 148 titik panas di wilayah itu.
Pemantauan Jabatan Perhutanan Riau, titik yang dirakam satelit sebahagian berada di kawasan ladang dan hutan tanaman industri milik Malaysia.
Channel News Asia pula melaporkan sebanyak 70 titik panas ditemui di Sarawak dan enam di Kelantan. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan dibandingkan tahun-tahun sebelumnya dan cuaca di Malaysia panas dan kering.
Ini sekaligus menunjukkan kebakaran hutan ternyata tidak hanya terjadi di Indonesia yang menyebabkan asap dan jerebu melanda Malaysia dan Singapura.
Pembakaran Di Indonesia: Lapan Syarikat Ada Kaitan Dengan Malaysia Disiasat
[Mstar] JAKARTA: Menteri Alam Sekitar Indonesia, Dr Balthasar Kambuaya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.
Menurut Dr Balthasar, kesemua lapan syarikat itu dimiliki oleh para pelabur Malaysia dan kebakaran yang berlaku dikesan di bawah konsesi mereka.
Lapan syarikat yang dikenal pasti itu ialah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari.
“Jika terdapat bukti yang cukup, kita akan membawa mereka ke mahkamah. Para penyiasat kami masih berada di tempat kejadian untuk melakukan penyiasatan kanjut,” katanya pada Sabtu.
Lebih banyak syarikat dijangka akan dinamakan di mana Dr Balhasar berkata, 14 syarikat lagi sedang disiasat. – ANN/The Strait Times
Indonesia Enggan Mohon Maaf
[SH] JAKARTA - Indonesia tidak akan meminta maaf kepada Singapura berikutan krisis jerebu yang melanda negara itu hingga merebak ke negara jiran termasuk Malaysia.
Menteri Luar, Marty Natalegawa menegaskan, kerajaan sedang melakukan pelbagai cara untuk menangani masalah tersebut.
“Kerajaan Singapura perlu sedar, kami melakukan pelbagai cara untuk menangani masalah itu. Kami juga telah berhadapan dengan masalah ini sejak beberapa tahun lalu dan usaha penambahbaikan juga telah dibuat," katanya.
Menurutnya, permohonan maaf itu tidak wajar dilakukan kerana Singapura telah bekerjasama untuk menangani masalah itu termasuk berkongsi maklumat terkini.
“Menteri Alam Sekitar Singapura dihantar ke sini untuk berbincang dalam mencari penyelesaian. Maka itu untuk apa kami perlu memohon maaf,” katanya. - Jakarta Post
Najib Isytihar Darurat di Muar, Ledang
[Bernama] KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menerusi posting terbaharu dalam facebook beliau.
P/s: SAMAN!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.