Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 19 Jun 2013

[Video] Wanita Kantoi Khalwat dengan PELAKON POPULAR Sangkal Dakwaan Pelakon Tersebut




[HM] Kuala Lumpur: “Dakwaan kononnya saya perempuan aneh dan psiko sangat melampau dan saya tidak akan berdiam diri kerana saya bukannya bodoh seperti mana dia sangkakan,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Farah, 21 yang ditangkap khalwat bersama aktor Shahz Jaszle di sebuah unit Apartmen Taman Sri Subang, 16 Mei lalu.

Jelas Farah yang ditemui semalam, dia kesal dengan kenyataan Shahz atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin yang sudah pun bertunang dengan Redzwani Puteri Disember lalu bagi menyelamatkan diri sendiri dan menutup sikap curang terhadap tunangnya.

Katanya, yang bekerja di sektor perbankan itu, dia terkejut membaca kenyataan Shahz dalam akhbar semalam kerana semuanya adalah penipuan dan permainan ‘murah’ seorang lelaki yang ingin lari daripada masalah.

“Bukti dan saksi yang tahu kami bercinta ada pada saya dan jangan sampai semuanya didedahkan jika keadaan mendesak. Malah, saya masih menyimpan semua perbualan kami menerusi BBM (Blackberry Messenger) di telefon bimbit sebagai bukti.

“Saya tidak teragak untuk membawa semua saksi dan bukti itu kepada media asalkan nama baik saya dan keluarga dapat dibersihkan. Jika benar dia (Shahz) bercakap benar, datang bersemuka atau kita berdepan pihak media bersama,” katanya.


Cerita awal di sini.


Kemas Kini:

Sambung di sini...

‘Dia cakap macam kami bercinta’

[HM] Kuala Lumpur: Kemelut antara aktor muda, Shahz Jaszle bersama wanita yang ditangkap berkhalwat dengannya Farah Nurizzati Salleh bertambah rumit apabila mereka bersemuka di sebuah restoran di Bangsar Utama semalam.

Shaz ditemani ibu dikenali sebagai Zaleha, 68, dan tunangnya dikenali Redzwani Puteri, manakala Farah ditemani abangnya dikenali sebagai Muaz.

Masing-masing mempertahankan kenyataan sebelum ini selepas kejadian ditangkap khalwat dalam media.

Shahz, 25, muncul dalam program televisyen mengatakan dirinya mungkin diperangkap sebelum seorang gadis misteri juga pasangan khalwatnya, Farah Nurizzati Salleh, 21, pula membuat kenyataan dalam Harian Metro kelmarin mengaku mereka memang mempunyai hubungan selain menafikan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dirancang pihak tertentu. Kedua mereka ditahan kerana tuduhan berkhalwat pada 16 Mei lalu di sebuah unit Apartmen di Taman Sri Subang.

Dalam pertemuan semalam masing-masing mempertahan kenyataan media yang dikeluarkan selepas kejadian tangkapan itu dan saling tuduh menuduh tanpa penyelesaian.

Shahz Jasle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin mepertahankan kenyataannya, dan menyatakan keliru dengan sikap Farah yang tampil memberi kenyataan dan lebih cenderung bercerita soal hubungan mereka sedangkan ia tidak pernah ada.

“Saya membuat kenyataan dalam sebuah program sebelum ini hanya menjawab persoalan mengenai kes khalwat dan tidak langsung menyebut mana-mana nama atau menuding kepada individu tertentu.

 “Memang saya mengesyaki ada kemungkinan saya diperangkap tapi semuanya tidak membabitkan mana-mana nama. Justeru, saya tidak faham mengapa Farah perlu tampil menegakkan kisah kononnya kami bercinta dan tidak henti dan tiba-tiba mempersoalkan saya seakan menuduh kawan serumahnya pula. 

“Kami hanya kawan biasa yang kebetulan kenal di set penggambaran. Saya memang pernah membawanya pulang tapi diperkenalkan kepada mak saya sebagai kawan saja. Tapi dia yang bercakap seperti kami bercinta sedangkan tidak pernah saya janjikan apa-apa,” katanya. 

“Apa menjadi keutamaan membersihkan nama dan reputasi saya. Keadaan bertambah rumit kerana saya perlu berdepan dengan keluarga, tunang saya dan juga peminat,” katanya.

Farah yang bekerja di sektor perbankan pula menyifatkan Shahz pentingkan diri dan tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya yang mengheret namanya sekali dalam kes khalwat di rumahnya malam itu. 

“Jika Shahz ingin bersihkan namanya, begitu juga saya. Banyak pihak menuduh kononnya saya berani mengambil risiko untuk membenarkannya datang rumah dan menjemputnya hingga kami ditangkap malam itu. 

“Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua memang sudah bercinta dan kerana itu saya yakin. Shahz sendiri yang memberitahu tunang itu bukan pilihannya. Malah segala bukti SMS dan saksi yang tahu kami bercinta ada dengan saya.

“Saya pernah ke rumah keluarganya dan berjumpa sendiri tunangnya. Tidak pernah saya mengada-adakan cerita sebaliknya semua yang saya katakan adalah perkara benar. Shahz pernah mengatakan untuk bersama saya,” katanya.

Malah, dalam laporan pihak Jais sendiri, Shahz pernah mengatakan sedemikian.



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH