[PANAS] A Kadir Jasin Dedah Cerita Agenda KERAJAAN PERPADUAN antara Melayu PAS-PKR-UMNO
[AKadirjasin] CERITA ketidakserasian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan Ahli Majlis Pimpinan Pusatnya, Abdul Khalid Ibrahim sudah basi.
Umum sudah tahu masalah antara Ketua Perhubungan PKR Selangor itu dengan Menteri Besar Selangor kerana telah berlaku secara terbuka.
Cerita Barisan Nasional diselamatkan oleh orang Melayu, Bumiputera dan luar bandar pada Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu pun sudah diketahui. Yang belum jelas ialah apa yang Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, akan buat untuk mereka.
Begitu juga cerita Parti Islam Se Malaysia (PAS) ditolak oleh penyokongnya sendiri kerana mengorbankan prinsip perjuangan – Negara Islam dan Hukum Hudud – apabila terlalu taasub dengan kerjasama dengan PKR dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Apa yang mungkin tidak diketahui umum dan sukar dipercayai ialah Umno, PAS dan sekelompok pemimpin PKR telah kehilangan peluang untuk menubuhkan “Kerajaan Perpaduan” di Selangor, Terengganu dan Kedah.
Di Selangor ia ada kaitan dengan permusuhan antara Azmin dan Abdul Khalid. Di Terengganu kerana kecenderungan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ke arah perpaduan Melayu dan Islam.
Di Selangor bisik dan risik mengenai kerajaan campuran PAS-PKR-Umno cukup serius. Seandainya rancangan itu berjaya, PAS, Umno dan sesetengah elemen PKR akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS menyumbangkan calon Menteri Besar.
Di antara tiga parti itu, PAS adalah yang paling kuat di Selangor dengan menguasai 15 daripada 56 kerusi DUN, diikuti PKR 14 dan Umno 12. Daripada 14 Adun PKR, 10 adalah Melayu.
Tetapi peluang itu terlepas kerana pihak-pihak yang terbabit takut didedahkan dan tidak bersedia bertolak ansur mengenai calon Menteri Besar, kecuali Azmin yang dikatakan lebih terbuka.
Di Terengganu pula, kepemimpinan PAS negeri dikatakan berminat bekerjasama dengan Umno walaupun PAS hampir-hampir menewaskan Umno. Umno menang 17 kerusi DUN manakala PAS 14 dan PKR satu.
Di Kelantan pun angin perubahan dikatakan telah mula bertiup berikutan pengunduran diri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar dan digantikan oleh Ahmad Yakob.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom, telah melawat Kelantan dan menemui Ahmad(lihat di sini).
Hatta di Kedah pun ada cadangan supaya BN membawa masuk seorang Adun PAS menjadi Exco sebagai tanda persaudaraan dan perpaduan Melayu-Islam.
Tetapi pelung keemasan itu terlepas kerana BN, khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir dan kepemimpinan Umno tidak mahu bantuan luar.
Tanpa menolak persaingan politik dan perbezaan ideologi, adalah satu petanda baik bahawa kini muncul pemimpin tertentu dalam parti-parti yang mewakili atau yang mempunyai banyak penyokong Melayu-Islam yang mula memberikan perhatian serius kepada isu perpaduan Melayu-Islam.
Walaupun orang Melayu-Islam adalah majoriti di negara ini, tetapi mereka lemah di segi ekonomi dan keputusan PRU13 menyebabkan mereka lemah juga di segi politik akibat perpecahan.
Kalau perbezaan politik dan perpecahan ini berlarutan hingga ke Parlimen dan DUN, masa depan orang Melayu, Bumiputera dan Islam akan lebih lemah dan terancam. Wallahualam
P/s: Kalau dahulu, selepas PRU12, agenda perpaduan ini hanya melibatkan PAS dan UMNO, kini selepas PRU13, sudah melibatkan Melayu PKR. Nama Azmin timbul dalam hal ini.
Agak mengejutkan, bukan?
Pengkhianatan terhadap semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat dengan memainkan sentimen Melayu dan Islam.
Kononnya!
Pengkhianatan terhadap semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat dengan memainkan sentimen Melayu dan Islam.
Kononnya!
Jika BENAR, biarlah blogger yang mempunyai maklumat sahih memperincikan hal ini.
Dalam tulisan Pak Kadir tadi dinyatakan bahawa "Walaupun orang Melayu-Islam adalah majoriti di negara ini, tetapi mereka lemah di segi ekonomi dan keputusan PRU13 menyebabkan mereka lemah juga di segi politik akibat perpecahan. Kalau perbezaan politik dan perpecahan ini berlarutan hingga ke Parlimen dan DUN, masa depan orang Melayu, Bumiputera dan Islam akan lebih lemah dan terancam."
Benarkah kuasa politik Melayu dan Islam terancam terutamanya di negeri yang diperintah PR? Cuba selidik faedah yang dinikmati oleh orang islam di Pulau Pinang. Adakah selama BN memerintah kuasa Melayu dan Islam tidak terancam? Bukankah Perlembagaan menjamin hak Melayu dan pemimpin bukan Melayu sendiri mempertahankan hak-hak tersebut.
Soalannya jika Melayu lemah dalam politik dan ekonomi, salah siapa?
Cuba hayati kata-kata Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir: "Kuasa sebenarnya di negara ini sejak Merdeka adalah di tangan pemimpin Bumiputera. Oleh itu, janganlah kita persalahkan orang Cina atau parti politik berasaskan kaum Cina di atas kegagalan pemimpin kita sendiri untuk meletakkan kedudukan sosioekonomi Bumiputera pada tempat yang seadil dan sepatutnya. Kita telah diberi masa lebih 50 tahun untuk melaksanakan tanggungjawab ini"
Siapa pula yang menjual maruah dan hak Melayu?
Cuba hayati kata-kata Ketua Pemuda PAS ini "Negara memiliki 3 juta hektar Rizab Tanah Melayu pada tahun 1957. Pada tahun 1995, Rizab Tanah Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. [ 1.3 juta hektar atau 43 % Rizab Tanah Melayu hilang dalam tempoh 38 tahun] Kini, pada tahun 2012, agaknya berapa hektar lagi Rizab Tanah Melayu yang tinggal? Mengapa kerajaan UMNO dan BN yang diamanahkan memimpin dan mentadbirkan negara tidak menjaga dan memeliharanya.?"
Rasanya tidak perlu dijelaskan lagi.
Jadi perlukah Pas dan PKR berpadu dengan mereka kononnya untuk selamatkan Melayu dan Islam?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.