Ahmad Izham NAFI Media Prima Gam Faizal Tahir Kerana Lantang Bersuara Isu Politik Sebelum PRU13
[MD] Semalam, terdapat laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah digam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima Berhad. Khabarnya penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Syurga itu digam dek kerana kelantangannya bersuara tentang isu politik negara, baru-baru ini.
Menerusi kenyataan di portal Gua.com.my hari ini, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar tampil menafikan laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah digam oleh stesen televisyen dibawah Media Prima.
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar.
“Siapa yang mainkan isu ini? Saya pun tidak tahu ada timbul cerita begini. Apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali”
“Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Faizal Tahir telah di’gam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima. Dia masih lagi artis naungan Monkey Bone. Orang di luar sana boleh buat sebarang spekulasi, tetapi saya nafikan perkara ini,” jelas Ahmad Izham Omar.
Semalam kecoh apabila penyanyi itu dikatakan dimaklumkan secara lisan mengenai dirinya digam. Malahan sebaik sahaja perkara ini berkuatkuasa, beberapa acara yang melibatkan Faizal Tahir dengan stesen televisyen milik syarikat berkenaan khabarnya telah pun dibatalkan secara tiba-tiba.
Sementara itu pengurus peribadi Faizal Tahir, Jeff Wai mengatakan yang penyanyi itu belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan dan beliau sendiri tidak pasti sama ada laporan sebelum ini benar atau tidak.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.