Pakar Ekonomi, Dr Mahani Meninggal Dunia
[AA] KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin dilaporkan meninggal dunia hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HUKM) akibat penyakit kanser.
Dr Mahani, 59, disahkan meninggal dunia pada kira-kira 2 petang tadi dan menurut adiknya, Adnan, jenazah beliau akan dibawa balik ke rumah Allahyarham di Desa Sri Hartamas.
Adnan berkata jenazah kakaknya akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas Maghrib.
Allahyarham meninggalkan suami, Hamidon Howell Miller dan seorang anak lelaki James Imran Miller.
Beliau yang juga merupakan Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) terlibat dalam penggubalan polisi semasa krisis ekonomi 1998.
Mahani, yang memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam ekonomi pembangunan dari University of London pada 1992, pernah bertugas sebagai profesor di Jabatan Ekonomi Kendalian, Universiti Malaya.
Pada 2001, beliau dilantik sebagai Ketua Pasukan Perunding Khas bagi Globalisasi, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan dari 2005 hingga 2007 adalah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Institut Pengajian Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi.
Beliau adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia dan anggota International Steering Committee for the Pacific Trade & Development (PAFTAD).
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.