Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label gay. Papar semua catatan

, ,

Sabtu, 28 Jun 2014

“Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.”


ZUL selesa dengan cinta terlarangnya dan merancang untuk tinggal di Kanada.
[Harian Metro] Nilai: “Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.”. Itu pengakuan mengejutkan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Zul, 45, yang ditemui di rumah sewa seorang warga Kanada di Flat Taman Semarak, di sini, semalam.

Malah, Zul mengaku kepada wartawan bahawa dia dan lelaki warga Kanada berusia 50 tahun itu adalah pasangan gay sejak lebih 20 tahun lalu. 

Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, warga Kanada itu ditahan bersendirian oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana kesalahan tinggal lebih masa di negara ini selain agensi terbabit turut menemui remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di sebuah rumah di kawasan flat berkenaan. 

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan, malam kelmarin, bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka.

Zul berkata, dia berkenalan dengan warga Kanada terbabit pada 1990 dan sejak itu, dia tidak lagi mementingkan kehidupan beragama dan jauh lari dari landasan Islam. - Mohd Khidir Zakaria/28/6/14

, , ,

Sabtu, 10 Mei 2014

Pengawal Culik dan Cabul Remaja Lelaki Ditangkap

PENGAWAL keselamatan yang diberkas polis ketika cuba mencabul seorang budak lelaki.

[HM] Sungai Buloh: Tindakan gila seorang lelaki misteri yang gemar menculik pelajar sekolah sebelum dipaksa menjadi alat pemuas nafsu sejak sebulan lalu akhirnya terbongkar selepas dia diberkas tengah hari semalam.

Suspek yang juga seorang pengawal keselamatan berusia 34 tahun itu dikesan mempunyai nafsu gila apabila gemar memujuk mangsa dalam kalangan remaja lelaki supaya membuka seluar sebelum dicabul. 

Sumber polis berkata, pihaknya yang menerima beberapa laporan berhubung kejadian itu sebelum ini bertindak melakukan risikan dan siasatan menerusi operasi Ops Cantas semalam. 

Menurutnya, anggota polis melakukan intipan terhadap seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah pusat beli-belah di sini sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

“Pemerhatian mendapati suspek yang bertugas di bahagian pakaian kanak-kanak di pusat beli-belah itu dilihat memujuk seorang pelajar lelaki supaya mengikutnya menaiki motosikal.

“Anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kemudian melihat suspek membawa pelajar lelaki itu menaiki sebuah motosikal model Demak ke kawasan Perindustrian SB Jaya di sini,” katanya. -Mohd Jamilul Anbia Md Denin/10/5/14

,

Khamis, 24 April 2014

Lelaki Gay Terima Padah, Ditendang Ketika Cuba Hisap Kemaluan Remaja


[SH] GEORGETOWN – Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta.

Menurut sumber, suspek pada mulanya mengajak mangsa berbual sambil bertanya bersekolah di mana sebelum berlaku perkara sumbang yang menjengkelkan.

“Suspek mungkin tidak dapat mengawal nafsunya lagi dan terus memegang baju sebelum menarik mangsa ke lokasi yang agak gelap dan terlindung di kawasan berkenaan.

“Lelaki itu kemudian melondeh seluar mangsa dan cuba menghisap kemaluannya. Remaja berkenaan yang terkejut dengan perlakuan suspek meronta sebelum bertindak menendang muka suspek,” katanya ketika dihubungi semalam.

Akibat tendangan itu, suspek tersungkur dan mangsa terus berlari menyelamatkan diri.

Menurutnya, mangsa terserempak dengan rakan abangnya tidak jauh di tempat kejadian dan memaklumkan kejadian itu.

“Mangsa meminta pertolongan rakan abangnya dan suspek yang ketakutan kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Sumber berkata, ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek cuba meloloskan diri namun tiada sebarang kecederaan serius berlaku.

“Siasatan awal mendapati mangsa langsung tidak mengenali suspek dan polis kini menahan lelaki berusia 18 tahun itu bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya tidak berada bawah pengaruh dadah,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Ismail berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. -24/4/14


P/s: Lagi kes budak remaja mengambil tindakan drastik apabila diganggu secara seksual. Sebelum ini remaja 13 tahun menendang pak cik yang meliwatnya sebelum melarikan diri. Kali ini, remaja yang juga berusia 13 tahun menendang muka lelaki yang cuba menghisap kemaluannya.

Yang peliknya, lelaki dewasa mendakwa dirinya diliwat berkali-kali oleh warga emas yang mengalami masalah tulang belakang tanpa mengambil apa-apa tindakan fizikal untuk menghalang perbuatan warga emas itu. Siapa yang percaya?



, ,

Jumaat, 24 Januari 2014

Tawaran RM433 Juta untuk Kahwini Awek Cun Ini

CHAO dan anaknya, Gigi dalam gambar yang dirakam beberapa tahun lalu.

Tawar RM433j untuk Kahwini Anak Lesbian

[HM] Hong Kong: Seorang jutawan tempatan menggandakan jumlah tawaran wang kepada mana-mana lelaki yang berjaya menambat hati anak perempuannya yang lesbian untuk berkahwin.

Tawarannya sebanyak HK$500 juta (RM215 juta) yang dibuat tahun lalu sudah menarik minat 20,000 calon dua tahun lalu.

Cecil Chao, 77, mengikut laporan The Edge Malaysia, menggandakan tawaran itu kepada RM433.1 juta kepada lelaki yang berjaya menawan hati anaknya, Gigi.

“Saya tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi kehidupan anak saya. Saya cuma mahu dia berkahwin dengan baik dan mendapat anak yang bakal mewarisi perniagaan saya,” kata Chao Tetapi tindakan Chao membuat tawaran untuk mencari jodoh buat anaknya menyebabkan Gigi dan “pasangannya” Sean Eav kecewa.

“Saya tidak yakin tawaran itu akan menemukan saya dengan lelaki idaman saya,” kata Gigi kepada sebuah media tempatan.

“Saya lebih gembira dan berbaik dengan lelaki yang sanggup menderma kepada badan kebajikan saya dan yang penting, mereka tidak kisah saya sudah mempunyai ‘isteri’. “Terakhir sekali, terima kasih ayah, saya sayang ayah juga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Gigi dilaporkan hampir mengahwini Eav - pasangannya selama sembilan tahun - dalam satu majlis di Perancis pada awal 2012, kerana perkahwinan sesama jantina tidak diiktiraf di Hong Kong.

Tawaran Chao yang mendapat perhatian seluruh dunia sebelum ini gagal mengubah pendirian Gigi mengenai cara hidupnya.

Gigi memberitahu media, tindakan ayahnya itu melambangkan betapa besar kasih sayang ayahnya terhadapnya.

Pengarah filem dari Britain, Sacha Baron dilaporkan sedang menyiapkan sebuah filem berdasarkan kisah Chao dan Gigi. - 24/1/14/AFP




Selasa, 7 Januari 2014

[PANAS] Wanita Masih Dara Walaupun Sudah 4 Tahun Berkahwin



[SH] AYER KEROH: Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia berkecai apabila mendapati suaminya lebih berminat dengan kaum sejenis.

Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama sebenar), 30, berakhir di tengah jalan.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya.

Menurut Marina yang kini tinggal bersama keluarga di salah sebuah daerah di negeri ini, dia mula mengenali dan rapat dengan bekas suaminya yang dua tahun lebih tua daripadanya ketika bekerja di sebuah syarikat swasta di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, pada awalnya, dia menyedari lelaki berkenaan mempunyai sifat meragukan menerusi gerak-gerinya serta pergaulan sepanjang berkawan dengannya.

Malah, saudaranya juga ada memberitahu mengenai perangai lelaki berkenaan semasa sekolah dahulu yang sukakan rakan sejenis.

“Pada mulanya niat saya baik, mahu mengubah dirinya supaya menjadi seorang lelaki sejati biarpun tahu dia bersifat begitu.

"Kami mengikat pertunangan pada 2006 dan pernah hampir putus asa dan mahu putus tunang tapi tidak jadi. Sehinggalah kami berkahwin pada Mei 2007,” katanya.

Menceritakan sepanjang detik perkahwi-nannya, Marina berkata, dari kaca mata luar memang nampak rumahtangganya bahagia apatah lagi sikap bekas suami yang lembut tutur katanya dan pandai mengambil hati ahli keluarga lain. Tetapi perasaan saya Tuhan sahaja yang tahu, lebih-lebih lagi apabila kehendak serta tuntutan naluri seorang isteri tidak dapat dipenuhi.

“Dia romantik pun bila kami sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinan apabila suami belikan kek dan kami rai bersama. Kami hanya tidur umpama adik beradik, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cuma dia hanya akan mencium pipi saya setiap kali mahu keluar pergi kerja,” katanya.

Marina berkata, dia mula tertekan apabila dimarahi dan mula diugut akan diceraikan menyatakan keinginan untuk mendapatkan anak.

“Tambah menyakitkan hati saya apabila dia lebih rapat pada kawan lelaki sehingga saya tengok hubungan mereka luar biasa,” katanya.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, katanya, dia terpaksa memohon agar suami melepaskan dirinya sehingga akhirnya mahkamah memutuskan penceraian itu pada Oktober 2011.

Menurutnya, dia sungguh menyesal dengan perkahwinannya itu tetapi apa yang mampu dilakukan kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir. -6/1/14


P/s: Janda berhias yang malang. Perempuan digelar janda berhias apabila dia bercerai dalam keadaan masih dara.

Semoga janda ini mendapat jodoh yang lebih baik pada masa akan datang.



, , ,

Selasa, 23 Julai 2013

Isteri Songsang Suami Bakar Diri


Sekadar hiasan.

[HM] Ampang: Kecewa apabila isteri yang dikahwini 18 tahun menjalinkan hubungan cinta sejenis, seorang lelaki nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol ke badannya sebelum membakar diri di rumah mereka di Pandan Height, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa, Lim Vit, 58, melecur hampir 100 peratus pada badan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Ampang.

Abang mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum itu adiknya bertengkar dengan isterinya berusia 45 tahun apabila mendapat tahu wanita itu berlaku curang menjalinkan hubungan sejenis dengan majikan berusia 40-an di tempat kerjanya.

Menurutnya, pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga sejak 18 tahun dan dikurniakan tiga anak lelaki berusia lapan hingga 18 tahun.


KESAN terbakar di pintu rumah mangsa.

“Hanya dua bulan adik saya (mangsa) mendapat tahu isterinya yang bekerja di sebuah hotel menjalinkan hubungan sejenis dengan majikannya sejak itu sering bertengkar. - 23/7/2013



, ,

Jumaat, 14 Jun 2013

Pesta Sambut Perkahwinan GAY Diserbu di Makkah

Foto: alsaudeh.com

[HM] Riyadh: Polis agama di Arab Saudi menyerbu satu majlis yang dihadiri lebih 80 lelaki muda yang datang dengan pakaian wanita dan bermekap untuk meraikan perkahwinan seorang lelaki homoseksual.

Anggota Suruhanjaya Amal Makruf Nahi Mungkar yang turut dibantu polis menyerbu kediaman di barat Makkah itu sebelum menahan lima orang.

Tetamu lain yang menyedari kehadian pihak polis bertempiaran lari ke kawasan gunung berhampiran untuk mengelak daripada ditangkap.

“Mereka yang hadir itu berusia antara 18 hingga 20 tahun dan berpakaian wanita serta mengenakan mekap.

“Mereka menari mengikut irama muzik disko di parti yang meraikan perkahwinan dua lelaki,” lapor akhbar ” lapor akhbar harian Alsaudeh. - Arab News



, ,

Sabtu, 9 Mac 2013

Pasangan Gay Pertama Berkahwin di Taman Tema Disney Tokyo



Dua wanita lesbian menjadi pasangan gay pertama berkahwin di Tokyo Disney Resort yang mengurus Tokyo Disneyland dan Tokyo Disney Sea. Kedua-dua pengantin memakai gaun berwarna putih walaupun pada awalnya seorang daripada mereka perlu memakai pakaian pengantin lelaki.

"Saya dan Hiroko memakai pakaian perkahwinan dan diarak di Disney Sea, tempat yang saya suka juga," Koyuki Higashi, 28, menulis di Twitter.Tambahnya,  "Saya benar-benar gembira!"

Majlis perkahwinan ini diadakan pada minggu lepas dan merupakan perkahwinan gay yang pertama diadakan di taman hiburan walaupun perkahwinan gay tidak mempunyai kedudukan undang-undang di Jepun.

"Kita tidak mempunyai undang-undang yang terpakai (mengiktiraf) untuk kami, tetapi apabila seseorang mengucapkan tahniah kepada kami , saya dengan bangganya akan mengucapkan 'terima kasih!" kata Higashi.

Mereka mula menjadi tajuk utama akhbar selepas pengurusan taman itu pada mulanya memberitahu mereka tidak akan ada masalah sekiranya mereka berpakaian "seperti seorang lelaki dan seorang wanita". Seseorang staf berkata perkahwinan sesama jantina akan mewujudkan "kesan" dalam kalangan pelawat jika kedua-dua pengantin memakai pakaian perkahwinan wanita atau kedua-dua pengantin memakai tuxedo.
 
Beberapa hari kemudian, pengurusan resort menghubungi pasangan tersebut untuk memberitahu bahawa mereka bebas untuk memakai pakaian perkahwinan pada hari perkahwinan.

Higashi mengirimkan gambar perkahwinan mereka di laman Twitter -DCM/AFP
 
 Koyuki called it a 'really great day' on her blog and shared these photos.
 
 
 

, ,

Selasa, 19 Februari 2013

ANAK Serang Majlis Perkahwinan BAPA dengan LELAKI Lain






Seorang lelaki menyerbu majlis perkahwinan bapanya dengan seorang lelaki lain di Beijing, China. Dia kemudiannya memalukan pasangan itu, menendang meja, dan menyerang para tetamu.

"Kejadian itu amat mengecewakan saya, orang luar boleh merestui kami tetapi anak saya tidak boleh berbuat demikian. Anak yang tidak berhati perut ini mensabotaj kebahagiaan kami." "Pengantin lelaki", yang menggelarkan dirinya Da Bao (Big Treasure), menulis pernyataan tersebut dalam Weibo. Da Boa, pesara guru Sejarah menjelaskan bahawa lelaki itu merupakan anaknya daripada perkahwinan pertama.

Pada 30 Januari lalu, Da Bao berkahwin dengan Xiao Bao, kekasihnya dalam satu majlis yang dihadiri oleh rakan-rakan.

Perkahwinan sesama jantina tidak diiktiraf di China.

Pasangan itu mengepos gambar perkahwinan dan video perkahwinan mereka di Weibo. "Tiada apa-apa yang salah apabila dua orang tua jatuh cinta."

Menurut media, Xiao Bao yang bekerja sebagai penghantar air jatuh cinta terhadap Da Bao yang menggunakan perkhidmatannya. - DCM/Global Times








P/s: Duniacacamarba




,

Khamis, 16 Ogos 2012

Dua Lelaki Sewa Bilik Didakwa Untuk Lakukan Seks Songsang

Dua remaja lelaki bernafsu songsang dicekup dalam keadaan bogel berpelukan atas katil di sebuah tempat penginapan, dekat Pantai Sura, petang semalam.

[SH] PANTAI SURA (DUNGUN) – Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.

Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.

Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.

Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.

Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah.


P/s: Gila!

, , ,

Selasa, 14 Ogos 2012

Contoh Kebodohan Blogger Mesra UMNO Menyebarkan Fitnah



Blog mesra UMNO sedang menyebar cerita kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput oleh paderi gay ke majlis resepsinya baru-baru ini. Untuk menguatkan dakwaan itu, mereka menyiarkan gambar kad jemputan kononnya milik pasangan gay itu yang tertera nama DSAI. 

Melalui kad itu, mereka cuba menggambarkan bahawa paderi gay itu menjemput DSAI atas dasar kononnya DSAI menyokong amalan lesbian dan homoseksual di negara ini. Mungkin juga untuk menguatkan dakwaan fitnah kes liwat sebelum ini dan sudah tentu untuk meracun orang Melayu agar tidak menyokong Pakatan Rakyat.

Macam lahanat.

Blog yang mana? Cuba baca di sini.

Cerita majlis resepsi paderi gay itu di sini.

Logiknya, kalau kad itu untuk DSAI, bagaimana kad itu ada pada mereka? Sudah tentulah kad itu ada pada DSAI. 



, ,

Selasa, 7 Ogos 2012

[Gambar] Paderi Gay Malaysia Anjur Majlis Resepsi Perkahwinannya di Kuala Lumpur



Agensi melaporkan Paderi gay rakyat Malaysia yang 'berkahwin' dengan teman lelakinya di New York pada tahun lalu, mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur kelmarin.

Ngeo Boon Lin dan pasangannya, Phineas Newborn III dilaporkan memenuhi janji mereka untuk mengadakan majlis tersebut di tempat kelahirannya.

Kira-kira 200 tetamu termasuk sekumpulan media berbahasa Cina menghadiri majlis tertutup itu yang diadakan di sebuah restoran makanan Cina di sini.

''Kami bersyukur boleh mencipta sejarah Malaysia di sini,'' kata Newborn.

Boon Lin yang berketurunan Cina dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) sejak 1998 dikritik pegawai dan pemimpin agama Malaysia apabila dia 'mengahwini' Newborn yang merupakan seorang produser muzikal Broadway pada Ogos tahun lalu.

Boon Lin berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan haknya untuk berkongsi kegembiraan dengan orang yang disayanginya di Malaysia.

''Kerajaan dan pemimpin agama konservatif boleh membuat bising tetapi mereka tidak dijemput di sini.

''Saya sedar mengenai perkara sensitif di sini. Saya tidak mendesak perkahwinan gay dibenarkan di Malaysia,'' katanya kepada Associated Press.

Para jemputan ke majlis resepsi tersebut dibawa ke sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur itu dan menerima bungkusan coklat serta nota dalam bahasa Cina bermaksud Tuhan sayang gay.

Dua tetamu majlis tersebut mendendangkan lagu popular Endless Love nyanyian Lionel Richie dan Diana Ross manakala seorang penghibur transgender memuji tindakan Boon Lin.
 
 
P/s: Gila!
 
 
 
 

, ,

Khamis, 10 Mei 2012

Obama Sokong Perkahwinan Sejenis


Dunia semakin dekat dengan kiamat. Demi sokongan politik, pemimpin hilang kewarasan dan pertimbangan sehingga sanggup melanggar tabii manusia dan alam. Logik akal terpesong dek kerana undi dan kuasa.

Menurut berita yang dipetik SH:
Presiden Barack Obama, yang minggu lalu melancarkan kempen mempertahankan jawatannya buat penggal kedua, menjelaskan secara terbuka pendiriannya semalam - menyokong perkahwinan sama jantina.

Katanya, pasangan sama jantina wajar diberikan peluang untuk berkahwin.

Bercakap dalam temu bual bersama ABC News: "Adalah penting bagi saya melangkah ke depan dan menegaskan bahawa saya fikir pasangan sama jantina seharusnya boleh berkahwin."

Dengan pendirian itu, Obama muncul presiden Amerika Syarikat (AS) yang pertama menyokong perkahwinan di kalangan golongan gay.

Sebelum ini, Naib Presiden Joe Biden dan anggota Kabinet pentadbiran Obama, Arne Duncan juga ada melahirkan sokongan ke arah itu.

Laporan BBC menyebut, pungutan suara Gallup menunjukkan 50 peratus rakyat AS memihak kepada usaha menjadikan perkahwinan sama jantina sah di sisi undang-undang - paras sokongan yang sedikit rendah berbanding tahun lalu manakala 48 peratus menentang.
Yang lucunya, semasa Obama berkempen untuk menjadi Presiden AS, banyak pemimpin Islam memberikan harapan terhadap beliau. Kononnya, Obama akan menjadi jambatan antara dunia Islam dengan Barat, dapat membela hak asasi manusia terutamanya negara Islam yang ditindas pihak lain. Kononnya Obama itu, Obama ini.

Namun, semua itu hanya tinggal harapan. Obama tidak ubah seperti Bush Sr, Bush, Clinton, dan sebagainya. Dasar dan polisi luar AS tetap pro-Israel. Industri persenjataan AS/Israel yang menjadi dalang pergelokan di serata dunia terus berkembang subur. Pelobi Yahudi dan Israel tidak sewenang-wenang memberikan dana pilihan raya kepada calon Presiden AS semata-mata untuk melihat AS berlaku adil kepada dunia sehingga menjerat Israel.

Apa yang akan terjadi jika Presiden AS menentang dasar/polisi Israel? Mungkin misteri kematian JFK menjadi contoh terbaik. Menurut penulis Michale Collin, kematian JFK ada kaitan dengan penentangannya terhadap program nuklear Israel pada ketika itu. Hasilnya, berlakulah pembunuhan JFK yang sehingga kini masih menjadi misteri. -DCM

, , ,

Isnin, 26 Mac 2012

Bekas Pelajar IPT Mengaku Paksa Remaja Liwat Duburnya

 
 [SH] GEORGETOWN - Bekas pelajar sebuah universiti tempatan dipenjara 21 tahun dan 11 kali sebatan selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar tabii dengan dua mangsa berusia 14 dan sembilan tahun, antara Oktober 2010 hingga Mac 2011.

Muhammad Mustakim Mohamad, 23, dari Taman Bukit Gambir, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Mustakim didakwa melakukan perbuatan di luar tabii dengan memaksa mangsa berusia 14 tahun memasukkan zakar ke dalam mulutnya, kira-kira jam 5.30 petang, 30 Mac tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memaksa mangsa yang sama memasukkan zakar ke dalam duburnya kira-kira jam 9.15 pagi, 19 Mac tahun lalu.

Pertuduhan ketiga, Muhammad Mustakim didakwa memaksa mangsa yang sama memasukkan zakar ke dalam mulutnya kira-kira jam 7.05 petang, 13 Mac tahun lalu.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Gambir, Gelugor di sini dan didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, mengikut pertuduhan keempat, tertuduh didakwa merangsang seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun untuk melakukan sesuatu perbuatan melampau di tandas tingkat bawah perumahan yang sama pada 15 Oktober 2010.

Berdasarkan pertuduhan kelima,dia didakwa melakukan kesalahan yang sama pada keesokan hari, kira-kira jam 3 petang terhadap mangsa yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 337E yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Sitarun Nisa ketika membacakan keputusannya memutuskan tertuduh dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan bagi setiap kesalahan untuk pertuduhan pertama hingga ketiga manakala tiga tahun penjara dan satu sebatan untuk setiap kesalahan bagi pertuduhan keempat dan kelima.

Mahkamah mengarahkan semua hukuman penjara dijalankan serentak bermulahari ini. Tertuduh diwakili peguam bela Rosli Ismail dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sariza Ismail.
 
 
P/s: Gila!!!
 
 

, , , , ,

Jumaat, 17 Februari 2012

Kerana Cemburu, Lelaki Gay Racun 15 Lelaki


Jakarta Post melaporkan pihak polis di Nganjuk, Jawa Timur menyiasat satu kes pembunuhan yang melibatkan seorang lelaki yang mengaku menggunakan racun tikus terhadap 15 lelaki. Tindakannya itu menyebabkan empat kematian. Semuanya gara-gara perasaan cemburu.
 
Ketua Presint Nganjuk, Komisioner Kanan Adjutan Anggoro Sukartono berkata, Mujianto 24, dari Kampung Jatikapus, Terokan, Kediri, Jawa Timur, mengaku melakukan jenayah itu kerana dia cemburu dengan teman lelaki pasangan gaynya.

Mujianto menemukan nama rakan-rakan lelaki kekasihnya dalam telefon bimbit kekasihnya Joko.

Dia merasa curiga kerana 15 lelaki itu mempunyai hubungan intim dengan Joko.

“Hari ini, dia sekali lagi mengaku di hadapan pihak media yang dia membunuh 15 lelaki kerana dia rasa mereka mempunyai hubungan dengan kekasihnya, Joko,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak polis masih menyiasat pengakuan yang telah dibuat.

Pembunuhan yang melibatkan teman lelaki cemburu, pernah berlaku sebelum ini di Indonesia.

Very Idham Henyansyah atau Ryan, dijatuhkan hukuman mati pada 6 April 2009 kerana membunuh sekurang-kurangnya 10 orang.

Ryan merompak mangsa sebelum membunuh mereka dan menanam mereka di halaman rumah ibu bapanya di Jombang, Jawa Timur. -DCM


, ,

Khamis, 9 Februari 2012

[Video] Ghairah Lelaki Gay dan Pondan



 Saya petik:

TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabit.


[HM] KUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta.

Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.
Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii, namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka.

Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi.

Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka ‘kemaruk’ meraba lelaki lain.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH