Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label kanser. Papar semua catatan

, ,

Ahad, 6 Mac 2016

Saintis Temukan ‘Achilles’ Titik Mati Kanser Sebagai Penawar



LONDON – Sekumpulan saintis di University College London di sini percaya mereka berjaya merungkai cara untuk memacu sistem kekebalan tubuh badan bagi membunuh sebarang penyakit kanser, lapor stesen tempatan BBC.

Penyelidik terbabit telah membangunkan satu cara untuk mencari penanda unik dalam ketumbuhan yang lazim dalam sains perubatan disebut sebagai “Achilles heel” iaitu titik mati sasaran bagi menghapuskan penyakit itu.

“Achilles heel” asalnya merujuk kisah mitos Greek purba apabila dewa Achilles diramal nujum bakal mati ketika bayi menyebabkan ibunya, Thetis merawatnya anaknya itu di sungai Styx yang didakwa mempunyai kuasa sakti.

Ketika mandi, sebelah kaki Achilles tidak direndam Thetis dalam air ajaib tersebut kerana tidak disedarinya sendiri mengakibatkan hanya bahagian tumit dewa itu sahaja yang tiada memiliki kuasa kehebatan luar biasa.

Apabila dewasa, dewa Yunani itu dikatakan berjaya menang dalam banyak pertempuran sehinggalah ada seorang musuh berjaya memanah anak panah beracun tepat ke bahagian tumit tersebut menyebabkan Achilles rebah mati.


Kaedah rawatan secara peribadi ala “Achilles heel” itu dilaporkan menerusi jurnal penyelidikan terkenal Science, namun dikatakan agak mahal dari segi kos dan ia belum pun lagi diuji kaji pada mana-mana pesakit kanser.

Pakar yang melakukan kajian dibiayai Cancer Research UK itu bagaimanapun percaya penemuan baharu tersebut mungkin akan mencipta rawatan terkini pada tulang belakang pesakit yang akan diuji dalam masa dua tahun lagi.

Mereka percaya dengan menganalisis DNA, penyelidik mampu memajukan rawatan tersebut kerana selama ini saintis berjaya membangunkan sistem pertahanan badan untuk membunuh tumor tetapi sasarannya itu salah.

Masalah barah sejak kebelakangan ini ialah ia kini dihasilkan bukan daripada sel-sel seiras, sebaliknya sudah banyak bermutasi sekali gus mengelirukan genetik asal dan ketumbuhan boleh muncul pada situasi yang berbeza.

Dr. Marco Gerlinger dari Institute of Cancer Research berkata: “Ini adalah satu langkah penting dan menyebabkan kita berfikir mengenai kepelbagaian baka sebagai satu masalah yang membolehkan sesuatu barah baharu muncul.”– Agensi/Mynewshub.cc/HAA/6/3/16


,

Sabtu, 2 Januari 2016

Tak Sangka Tahi Lalat Penyebab Kanser


LANCASHIRE - BRITAIN. Seorang wanita tidak pernah menyangka tahi lalat yang dimilikinya sejak berusia 15 tahun adalah penyebab kanser.

Gemma Cottam, 25, dari Skelmersdale memuatnaik foto yang menunjukkan parut kekal di mukanya bagi mengingatkan orang ramai agar tidak memandang ringan mengenai tahi lalat.

Menurut Gemma, dia menyedari mengidap kanser atau melanoma tahap dua selepas diberitahu doktor mengenai penyakitnya itu selepas menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan untuk tujuan kecantikan.

"Ujian yang dilakukannya menunjukkan tahi lalat itu telah merebak ke nodus limfa dan terpaksa menjalani pembedahan besar untuk merawatnya," katanya dipetik Mirror.uk

Gemma turut berkongsi gambar parut selepas pembedahan di laman Facebooknya bagi memberi kesedaran kepada orang ramai bahaya tahi lalat.

"Ia adalah mengerikan tetapi itulah yang saya terpaksa hadapi dan saya mahu meningkatkan kesedaran bahawa tahi lalat kecil boleh menjadi kanser dan orang ramai tidak seharusnya mengabaikannya,” katanya lagi.

Gemma menjalani dua pembedahan sejak Oktober lalu dan pembedahan itu turut menyebabkan kerosakan saraf yang menyukarkan dia bergerak serta menghadapi masalah di telinga kiri, leher dan lengan kiri yang memaksanya untuk menjalani fisioterapi bagi merawatnya. - Sinar Harian/2/1/16


, ,

Sabtu, 1 Ogos 2015

Bercium Punca Barah



Darwin: Bercium kini menjadi punca utama barah kepala dan otak.

Menurut Ketua Maksilofasial dan Pembedahan Kepala dan Leher Hospital Royal Darwin Dr Mahiban Thomas, perbuatan bercium boleh menyebabkan penyebaran virus papilloma manusia (HPV).

Virus itu bertanggungjawab terhadap 70 peratus kes kanser kepala dan leher.

Dalam wawancara dengan Daily Mail Australia, Thomas berkata, risiko mereka yang dijangkiti HPV di bahagian orofarinks untuk menghidap barah kepala dan leher adalah 250 kali lebih tinggi berbanding mereka yang tidak dijangkiti virus berkenaan.

Walaupun sering dikaitkan dengan barah pangkal rahim, HPV boleh dihidapi oleh lelaki dan wanita.

Menurut Thomas, kajian terbaru menunjukkan, penyebaran HPV boleh berlaku dengan bermesra tanpa interaksi seks.

Kini HPV, termasuk daripada perbuatan bercium, menjadi punca utama barah itu, berbanding merokok atau minum arak. - Agensi/Harian Metro/30/7/15

,

Selasa, 21 April 2015

Kementerian Kesihatan Nafi Vitagen Sebabkan Kanser Perut



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan bahawa minuman susu kultur, Vitagen boleh menyebabkan kanser perut kepada kanak-kanak.

Timbalan Menteri Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata setakat ini tiada bukti yang menyokong dakwaan tersebut.

"Kanser perut selalunya berlaku kepada orang-orang tua. Bagi kanak-kanak, ia tiada kaitan langsung dengan Vitagen.

"Jadi, jangan bimbang, ia selamat diminum," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini, Isnin.

Laman sosial termasuk aplikasi 'WhatsApp' menyebut kebimbangan orang ramai untuk memberi Vitagen kepada anak-anak mereka kerana khuatir ia boleh menyebabkan kanser perut. -Bernama/21/4/15

,

Selasa, 24 Mac 2015

Cegah Kanser: Angelina Jolie Buang Ovari, Alami Menopaus Awal


> Pelakon popular berusia 39 tahun itu telah pun melakukan pembedahan mastektomi dua tahun lalu

> Angelina Jolie, membuat pendedahan tersebut menerusi ruangan pendapat di akhbar popular The New York Times

> Dia kini mengalami proses menopaus akibat pembuangan ovarinya

> Pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas ujian darah mendapati dia mungkin di peringkat awal kanser ovari

> Kini tidak boleh mengandung lagi

PELAKON popular dan isteri kepada Brad Pitt, Angelina Jolie mengesahkan yang dia telah menjalani pembedahan pembuangan ovari minggu lalu untuk menyelamatkan dirinya daripada dijangkiti sel kanser.

Menurutnya, ujian darah mendapati yang dia berhadapan dengan risiko mungkin di peringkat awal dijangkiti kanser ovari.

Akibat daripada pembedahan itu, Angelina tidak boleh lagi mengandung dan melahirkan anak.

Malah dia kini sedang berhadapan dengan proses menopaus awal.

Membuat pendedahan itu melalui satu rencana yang ditulisnya kepada ruangan pendapat akhbar popular The New York Times, ibu kepada enam orang anak itu berkata, mutasi genetik dalam DNAnya telah mendedahkannya kepada 87% risiko kanser payu dara dan 50% peluang untuk terkena kanser ovari.

Dua tahun lalu, dia telah pun melakukan pembedahan mastektomi untuk melindunginya daripada terkena kanser payu dara.

Aktres berusia 39 tahun itu menulis, ujian darah baru-baru ini telah mendapati dia berhadapan dengan satu lagi risiko kanser iaitu kanser ovari yang memaksanya membuat keputusan untuk melakukan pembedahan pembuangan ovari dengan segera.

Dalam tulisan berjudul 'Angelina Jolie Pitt: Diary Of A Surgery' itu yang diterbitkan pada Isnin, Angelina menceritakan dengan panjang lebar berhubung keputusannya untuk sekali lagi melakukan pembedahan.

Malah Angelina berkata yang dia kini dalam proses menghadapi menopaus awal akibat pembuangan ovarinya itu dan tidak boleh lagi mengandung serta melahirkan anak.

Pada bulan Mei 2013, Angelina telah mengejutkan para peminatnya dan Hollywood dengan membuat pendedahan terbuka yang dia telah melakukan pembedahan pembuangan payu dara selepas ujian perubatan mendapati yang dia adalah pembawa mutasi genetik yang mendedahkannya kepada kanser payudara dan juga ovari.

Ibunya Marcheline Bertrand meninggal dunia pada Januari 2007 pada usia 56 tahun selepas lapan tahun bertarung dengan kanser ovari. Bukan itu sahaja malah nenek dan juga makciknya turut menjadi mangsa kanser yang sama.

Menurut Angelina, dia telah merancang untuk menjalani pembedahan itu agak lama tetapi panggilan telefon yang diterima daripada doktor peribadinya dua minggu yang lalu telah mendorongnya untuk membuat keputusan tersebut dengan lebih pantas.

Atas nasihat doktor, Angelina telah bertemu dengan doktor pakar yang pernah merawat ibunya dahulu.

"Saya telah melalui proses yang mana beribu lagi wanita lain telah merasainya dan saya memberitahu diri saya sendiri supaya bertenang dan kuat dan ini telah mendorong saya untuk berfikir bahawa tidak ada sebab mengapa saya tidak boleh terus hidup lebih lama untuk menyaksikan anak-anak saya membesar dan selepas itu menyaksikan kelahiran cucu-cucu saya," tulisnya.

Menurut Angelina lagi suaminya, Brad Pitt berada di Perancis ketika dia menerima berita mengenai ancaman kanser yang kedua itu lalu menyebabkan Pitt terus mengambil penerbangan balik segera ke Los Angeles, Amerika untuk bersama isteri kesayangannya. -Mstar/24/3/15


, ,

Isnin, 1 Disember 2014

Ibu Bapa Rayu "Tamatkan" Riwayat Anak Mereka


[Harian Metro] Xianyang (China): Ibu bapa seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang mengidap kanser merayu supaya doktor menamatkan riwayat anak perempuan mereka bagi mengakhiri penderitaannya.

Zhao Zihan, daerah Xunyi di Xianyang didiagnos mengidap kanser mata sejak dua tahun lalu. Walaupun pembedahan membuang sebelah matanya dilakukan, penyakit itu masih merebak mengakibatkan kesihatannya semakin buruk.

Menurut doktor, September lalu, satu ketumbuhan pada mukanya disahkan boleh mengakibatkan maut dan kanak-kanak malang itu terlalu lemah untuk menjalani pembedahan kali kedua.

Ibu bapanya Zhao Lipeng dan Zheng Lili berkata, mereka menghabiskan semua wang simpanan bagi membiayai Zihan dan kini mengambil keputusan untuk menamatkan penderitaan itu.

“Kesakitan dan penderitaan anak kami amat menyayat hati.

“Doktor tidak boleh menyelamatkan nyawanya dan ini menyeksa kami. Kami berharap hospital dapat mengakhiri kesakitannya. Melalui eutanasia dia boleh pergi dengan tenang,” kata Lipeng.

Suntikan eutanasia bagi mematikan pesakit diharamkan di China dan kes ini yang menjadi viral menimbulkan ketidaksenangan dalam kalangan pengguna sosial.

Ada yang bersetuju untuk mengakhiri nyawa kanak-kanak itu bagi menamatkan azab penderitaannya manakala yang lain menyelar perbuatan itu kerana menganggap dia masih tidak mampu membuat keputusan untuk nyawanya sendiri. - Agensi/30/11/14


,

Selasa, 18 November 2014

[Video] Akhirnya, Rayyan Naik BMW



[Harian Metro] Shah Alam: "Alhamdulillah, impian anak untuk menaiki kereta BMW akhirnya tercapai tidak sampai 24 jam selepas saya memuat naik status hasrat itu di laman sosial Facebook.

"Terima kasih kepada insan yang sudi menawarkan diri untuk membawa anak saya menaiki kereta BMW yang menjadi impiannya," kata Hasni Mat Hassan, 39, ibu kepada Muhamad Rayyan Azhar, 5, yang menderita penyakit kanser otot sejak tahun lalu.

Hasni mencoretkan impian Muhamad Rayyan yang mahu menaiki kereta BMW dengan memaparkan gambar anaknya itu bersama suaminya, Azhar Ahmad, 40, di Facebook petang kelmarin sebelum ia menjadi 'viral' dan ramai yang simpati serta bersedia menunaikan impian kanak-kanak berkenaan.

Beberapa individu hadir ke rumah Hasni pada tengah hari dan petang di Padang Jawa, di sini, semalam, sebelum Muhamad Rayyan dibawa menaiki kereta BMW antaranya BMW X6.


Menurut Hasni, sejak berusia dua tahun, setiap kali melihat kereta BMW, anak kedua daripada empat beradik itu akan menjerit kerana tahu lambang kereta itu dan meminta untuk menaikinya. -Nur Saliawati Salberi/18/11/14




,

Jumaat, 7 November 2014

Ingat Cerita Lelaki yang Sanggup Berhenti Kerja Demi Kekasihnya? Kini Mereka Sudah Berkahwin


[Harian Metro] Beijing: Seorang lelaki di Shandong mengotakan janjinya untuk memperisterikan teman wanitanya yang menghidap barah.

Yu Haining, 24, dan Fan Huixiang, 25, yang bercinta sejak lima tahun lalu. Yu sanggup berhenti kerja selepas mendapat tahu kekasihnya menghidap barah, semata-mata mahu menjaganya.

Menurut doktor, Fan yang menghidap adenokarsinoma metastatik tahap empat mungkin hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup.

Fan mengakui sehingga minggu lalu dia masih ragu-ragu sama ada wajar mengahwini Yu.

“Setiap wanita mengidamkan untuk berkahwin namun hakikatnya saya tidak tahu berapa lama lagi saya akan hidup. Tidak adil jika saya bersetuju mengahwininya namun ‘meninggalkannya’ pula nanti,” katanya.

Pasangan itu mengikat tali perkahwinan semalam dan masing-masing dilihat menunjukkan sijil kahwin mereka.

Julai lalu, seorang wanita di Changsha, wilayah Hunan melamar teman lelakinya yang mendapat rawatan kerana leukemia.

Ketika itu, teman lelakinya dilaporkan berkata: “Saya begitu teringin melihatnya berpakaian dan mengambil gambar seperti pengantin walaupun tidak dapat bersamanya di dalam gambar berkenaan.” - Agensi/7/11/14

Berita awal di sini.


, ,

Isnin, 3 November 2014

Berhenti Kerja Demi Cinta, Lelaki Dipuji Warga Internet


[Harian Metro] Henan: Seorang pemuda berusia 24 tahun di Shandong sanggup berhenti kerja dan berpindah ke Henan untuk menjaga kekasihnya yang menghidap barah.

Yu Haining menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya, Fan Huiziang, 25, sejak lima tahun lalu.

Selepas mengetahui kekasihnya itu disahkan menghidap barah Jun lalu, dia serta-merta meletakkan jawatan untuk menjaganya.

Yu bersungguh-sungguh mahu mengahwini Fan secepat mungkin.

“Tidak kira apa yang berlaku pada masa depan, saya akan sentiasa bersamanya,” kata lelaki itu kepada wartawan ketika ditemui di hospital di Henan.

“Kerana cinta, saya memegang erat tangan kamu. Kerana cinta juga, saya mengharapkan keajaiban. Saya berharap sangat anda bersetuju menjadi isteri saya dan terima saya menjadi suami kami,” kata Yu kepada kekasihnya itu.

Fan pula berkata, perasaannya bercampur-aduk walaupun mengaku bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga dengan Yu.

“Semua wanita mahu berkahwin. Tetapi saya tidak pasti berapa lama lagi saya boleh hidup. Jika saya bersetuju menerima lamarannya dan meninggalkannya kemudian, apa yang boleh dia lakukan,” kata wanita itu.

Kisah cinta Yu itu mendapat pujian ribuan pengunjung laman sosial.

Seorang pengunjung menulis: “Anda meyakinkan saya mengenai cinta.” - Agensi/3/11/14


, ,

Kopi Baja Asli Penawar Kanser



[Harian Metro] Sekumpulan penduduk di kampung Jinshicun, wilayah Hunan beralih kepada ‘penawar’ baru untuk merawat penyakit barah - baja asli yang direndam dengan air.

Ia mungkin memeranjatkan. Tetapi, itulah yang dilakukan oleh sekurang-kurangnya 20 penduduk kampung berkenaan selepas seorang nenek di kampung itu yang disahkan menghidap barah paru-paru pulih selepas minum kopi baja asli itu selama lapan bulan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana dia memperoleh idea untuk menjadikan baja itu ubat penyakit yang dihidapnya itu.

Sejak nenek berkenaan pulih, penduduk kampung terbabit mengumpulkan najis kambing dan lembu, menjemurnya hingga kering, menggorengnya dan kemudian menumbuknya menjadi serbuk.

Mereka akan mengambil satu sudu sebuk baja itu dan mencampurkannya dalam air panas serta meminumnya dua kali sehari. - Agensi/2/11/14


, , ,

Khamis, 10 April 2014

Manfaat GANJA untuk PERUBATAN



[SH] SEORANG penghidap kanser otak dan paru-paru berumur 80an mengambil minyak ganja setelah doktor mengesahkan dia boleh hidup hanya beberapa minggu.

Dia disahkan bebas daripada kedua-dua kanser tersebut dalam tempoh sembilan bulan. Hari ini setelah lebih tiga tahun mengambil minyak ganja, dia hidup sihat serta menjalani aktiviti harian seperti orang lain.

Ikuti kisahnya berjudul Culture Exclusive: Cannabis Cures Cancer - The Stan Rutner di Youtube.

Kajian makmal pada 2008 dalam laporan The Journal Of Clinical Investigation mendapati sejenis cannabinoid iaitu tetrahydrocannabinol (THC) berupaya menyembuhkan kanser otak.

Golongan saintis yang menjalankan penyelidikan itumembuat kesimpulan, dengan menggunakan proses biokimia yang serupa THC berupaya menyembuhkan pelbagai jenis kanser lain.

Kajian lain mendapati cannabinoid mampu berfungsi menggunakan pelbagai mekanisme termasuk merencatkan pertumbuhan sel kanser, menyebabkan kematian sel kanser dan menghalang metastasis (perpindahan sel kanser ke organ lain).

Undang-undang dua puluh negeri di Amerika Syarikat membenarkan penduduknya menggunakan ganja untuk tujuan perubatan.

Golongan aktivis dan badan bukan kerajaan merupakan penggerak utama dalam berkempen di mana akhirnya mereka menjalankan pungutan suara.

Pungutan suara yang ditangani oleh sebilangan penduduk sesuatu negeri kemudiannya di hantar kepada pihak berkuasa untuk diteliti. Usaha yang dilakukan mengambil masa yang panjang dan terpaksa menempuh pelbagai rintangan.

Kawal penggunaan

Mungkin apabila tiba masa sesuai, negara kita juga membenarkan orang awam menggunakan ganja untuk tujuan perubatan. Sebelum kebenaran dilaksanakan, sudah tentu kajian terperinci perlu dijalankan. 

Antara lain yang utama ialah mengeluarkan lesen kepada pengeluar (penanam) dan pengedar/peruncit. Pengguna perlu mendapatkan kad yang mengandungi butir-butir kebenaran daripada pihak berkuasa contohnya doktor perubatan tanpa prejudis.

Sebagaimana dilaksanakan di negeri-negeri Amerika Syarikat yang membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, setiap penduduk boleh memiliki misalnya sebatang pokok dan beberapa gram ganja kering pada satu-satu masa.

Maksudnya jika seseorang didapati memiliki pokok atau ganja kering lebih daripada kuantiti yang dibenarkan maka ia boleh didakwa pihak berkuasa. Pastikan terdapat klaus yang membenarkan penghidap menggunakan produk ganja seperti minyak ganja atau krim.

Berikut ialah rumusan utama berkaitan bancian bersifat tinjauan yang dijalankan mantan Presiden American Herbalists Guild (AHG), Aviva Romm, berkaitan penggunaan ganja oleh golongan responden tinjauan yang bertaraf herbalis profesional berdaftar dengan AHG.

Untuk pengetahuan pembaca, penulis ialah satu-satunya herbalis Malaysia yang menerima pengiktirafan sebagai herbalis profesional oleh AHG dan berdaftar dengannya.

Namun penulis sendiri tidak terlibat langsung dengan tinjauan tersebut.

Tinjauan berjudul AHG Professional Member Survey: Medicinal Use of Cannabis itu menunjukkan ganja (Cannabis Sativa) digunakan hampir separuh responden untuk tujuan perubatan.

Pada masa sama 55 peratus responden tidak pernah menawarkan penggunaan ganja kepada klien untuk tujuan perubatan.

Sebahagian besar responden tidak menawarkan penggunaan ganja dengan alasan ia adalah bahan diharamkan oleh undang-undang.

Lebih kurang 80 peratus responden menyatakan mereka akan menawarkan penggunaan ganja jika penggunaannya tidak dikekang undang-undang.

Tinjauan tersebut mendapati golongan responden menggunakan ganja secara menyendiri tanpa digabungkan dengan herba lain dalam sebahagian besar rawatan.

Kaedah utama penggunaan ganja untuk tujuan perubatan oleh responden ialah menyedut asap, menyedut wap dan dimakan/minum.

Penulis sendiri tidak pernah menggunakan ganja untuk tujuan perubatan sama ada untuk kegunaan sendiri atau menawarkannya kepada klien.

Namun penulis mengetahui minum rebusan daun ganja adalah antara kaedah utama yang dapat dijadikan penawar untuk redakan penyakit tertentu.

Pengambilan tincture iaitu sediaan herba yang disediakan dengan merendam herba dalam arak contohnya Vodka adalah amalan yang paling kurang dicadangkan oleh responden tinjauan.

Untuk pengetahuan pembaca, tincture halal boleh disediakan dengan merendam herba dalam cuka atau gliserin berasal daripada pemprosesan minyak sawit.

Tincture terutama tincture arak dikatakan adalah sediaan herba yang paling mujarab dibandingkan dengan sediaan jenis lain seperti rebusan dan sediaan jenis teh (herba direndam dengan air panas selama beberapa minit) atau serbuk herba kering. Tincture cuka dan gliserin juga sebenarnya berguna sebagai bahan rawatan walaupun kuasanya kurang sedikit berbanding tincture arak

Kegunaan terapeutik

Apakah jenis penyakit yang boleh dirawat oleh ganja seperti yang telah diamalkan oleh responden bancian berbentuk tinjauan yang dijalankan oleh Aviva Romm?

Laporan tinjauan beliau menunjukkan responden paling kerap mencadangkan penggunaan ganja terhadap penyakit seperti kanser, glaucoma, keresahan (kerisauan), kurang/hilang selera makan, rasa sakit dan insomnia.

Sebanyak 56.4 peratus responden menganggap ganja menyebabkan ketagihan, manakala 74.9 peratus menganggap ia selamat digunakan golongan dewasa. Bagi 78.4 peratus responden percaya ia tidak selamat digunakan oleh kanak-kanak. Tiga perempat responden percaya ganja tidak selamat digunakan oleh ibu mengandung.

Data tinjauan tersebut juga menunjukkan responden menggunakan ganja untuk merawat Amyotrophic lateral sclerosis (ALS), penyakit Alzheimer, anorexia, attention deficit hyperactivity disorder, atritis, sindrom Asperger, sakit pinggang, gangguan bipolar, body dismorphic disorder, penyakit Crohn, ketagihan dadah, asma, tidak datang haid, endometriosis, sawan (epilepsi), masalah ereksi, fibromyalgia, glaucoma dan sakit kepala.

Beberapa penyakit seperti bronkitis, diabetes dan hepatitis C juga boleh dirawat menggunakan ganja. Namun data tinjauan menunjukkan tiada seorang pun responden yang menggunanya untuk tujuan tersebut.

Pangkalan data Natural Standard memaparkan bukti sains berdasarkan kategori jelas, baik dan tidak jelas terhadap manfaat ganja untuk tujuan perubatan. Manfaat yang disenaraikan oleh Natural Standard hanya adalah sedikit berbanding dengan pelbagai kegunaan yang digunakan dalam tinjauan AHG. 

Sebahagian herbalis mengamalkan penggunaan sesuatu herba secara empiris iaitu berdasarkan keputusan daripada pengamalan yang tidak semestinya didahului oleh penemuan sains.

Menurut mantan pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) dalam sebuah bengkel penerangan beberapa tahun dahulu, hanya pengamal perubatan alternatif yang berdaftar dengan T&CM dibenarkan menggunakan herba yang dikategorikan sebagai bahan narkotik. Untuk keterangan lanjut sila ajukan soalan anda kepada pegawai T&CM. - DR. BAHRAIN SAMAH/9/4/14


,

Khamis, 6 Februari 2014

Kanak-kanak 6 Tahun Hidap Kanser Payudara


[Bernama] KOTA BHARU: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) mengesan seorang kanak-kanak berusia enam tahun menghidap kanser payudara ketika ia menjalani rawatan di hospital itu pada Oktober tahun lalu.

Ketua Jabatan dan Perunding Pembedahan Payudara dan Endoktrin HRPZII, Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, kanak-kanak itu yang berasal dari Pantai Cahaya Bulan di sini dikesan mempunyai satu biji sebesar dua sentimeter di bahagian dada. 

"Pembedahan dilakukan untuk membuang biji tersebut dan kini pesakit tersebut perlu menjalani rawatan berkala pada setiap bulan.

"Bagaimanapun, kita percaya ia boleh diubati memandangkan (ia dikesan di) peringkat awal iaitu tahap pertama dan kemungkinan faktor genetik," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata, kanser payudara yang merupakan pembunuh nombor satu bagi wanita di Malaysia, namun di Kelantan, berdasarkan jantina lelaki dan perempuan, kanser payudara menjadi penyebab kedua kematian selepas kanser usus.

Imi Sairi berkata, berdasarkan rekod HRPZII, terdapat 2,262 pesakit secara keseluruhan menghidap kanser dan paling ramai adalah penghidap kanser payudara iaitu 593 pesakit, diikuti kanser usus (262) dan ovari 183 pesakit, selain kanser tiroid, serviks dan leukemia.

"Kanser payudara juga turut dihidapi pesakit lelaki, namun mereka lebih menderita akibat penyakit kanser usus dan prostat," katanya.

Katanya, hampir 50 peratus pesakit kanser di negeri ini mendapatkan rawatan di hospital setelah penyakit itu menjadi kronik di peringkat tahap ketiga dan keempat. -6/2/14



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH