Ibu Bapa Rayu "Tamatkan" Riwayat Anak Mereka
[Harian Metro] Xianyang (China): Ibu bapa seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang mengidap kanser merayu supaya doktor menamatkan riwayat anak perempuan mereka bagi mengakhiri penderitaannya.
Zhao Zihan, daerah Xunyi di Xianyang didiagnos mengidap kanser mata sejak dua tahun lalu. Walaupun pembedahan membuang sebelah matanya dilakukan, penyakit itu masih merebak mengakibatkan kesihatannya semakin buruk.
Menurut doktor, September lalu, satu ketumbuhan pada mukanya disahkan boleh mengakibatkan maut dan kanak-kanak malang itu terlalu lemah untuk menjalani pembedahan kali kedua.
Ibu bapanya Zhao Lipeng dan Zheng Lili berkata, mereka menghabiskan semua wang simpanan bagi membiayai Zihan dan kini mengambil keputusan untuk menamatkan penderitaan itu.
“Kesakitan dan penderitaan anak kami amat menyayat hati.
“Doktor tidak boleh menyelamatkan nyawanya dan ini menyeksa kami. Kami berharap hospital dapat mengakhiri kesakitannya. Melalui eutanasia dia boleh pergi dengan tenang,” kata Lipeng.
Suntikan eutanasia bagi mematikan pesakit diharamkan di China dan kes ini yang menjadi viral menimbulkan ketidaksenangan dalam kalangan pengguna sosial.
Ada yang bersetuju untuk mengakhiri nyawa kanak-kanak itu bagi menamatkan azab penderitaannya manakala yang lain menyelar perbuatan itu kerana menganggap dia masih tidak mampu membuat keputusan untuk nyawanya sendiri. - Agensi/30/11/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.