Lelaki Maut Dibelasah Akibat Mengintai Isteri Orang
[Harian Metro] Chukai: Seorang pemuda maut dibelasah lima lelaki selepas dipercayai mengintai isteri kepada seorang daripada suspek di Kampung Bujar, Air Jernih, dekat sini, Ahad lalu.
Mangsa berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kemaman (HK) akibat parah di beberapa anggota badan selain pendarahan di hidung dan telinga.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital jam 12.01 tengah malam kelmarin memaklumkan ada menerima mayat seorang lelaki.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa pada mulanya dibawa ke Klinik Kesihatan Kemasik jam 9 malam, namun dirujuk ke HK kerana cedera di dada, tangan dan dahi selain pendarahan di hidung dan telinga.
“Hasil siasatan mendapati mangsa dipukul lima lelaki selepas dipercayai mengintai isteri kepada seorang daripada suspek berusia 20-an melalui tingkap nako sebuah rumah yang terletak di kawasan kebun kelapa sawit.
“Suami wanita terbabit dipercayai gagal mengawal kemarahan selepas mengetahui perbuatan mangsa dan memerangkap lelaki terbabit bersama empat rakannya sebelum membelasah mangsa jam 8.30 malam,” katanya. -3/12/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.