Kurung di Balik Dinding: Bapa, Ibu Tiri Didakwa
[Harian Metro] Washington: Bapa kandung dan ibu tiri remaja lelaki yang ditemui terkurung di ruang kecil di sebalik dinding palsu almari kain kelmarin dihadapkan ke mahkamah di Georgia.
Gregory Jean, 37, dan Samantha Davis, 42, didakwa di Mahkamah Daerah Clayton atas tuduhan melindungi perbuatan jenayah, mengurung secara salah dan mendera kanak-kanak.
Kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan jaminan dan dijadualkan hadir semula di mahkamah pada 9 Disember ini.
Pasangan itu ditahan bersama tiga juvana ekoran penemuan remaja lelaki berusia 13 tahun itu.
Remaja terbabit dipercayai dikurung dalam ruang sempit sejam empat tahun lalu.
Kanak-kanak itu kali terakhir dilihat ibunya ketika dibenarkan melawat Jean pada 2010.
Ibunya yang juga pendatang asing melaporkan kehilangan anaknya kepada pihak berkuasa kebajikan kanak-kanak tetapi tidak kepada polis kerana dipercayai tidak mengetahui sistem perundangan di Amerika.
Remaja terbabit diselamatkan selepas berjaya menemui telefon bimbit dan memuat turun aplikasi yang membolehkannya menghubungi ibunya di Florida. - AFP/2/12/14
Berita Awal:
Rahsia di Balik Dinding Ayah
[Harian Metro] Florida: Sejak ‘hilang’ empat tahun lalu, tiada sesiapa menyangka seorang remaja sebenarnya hidup terkurung di dalam ruang sempit di sebalik dinding palsu pada almari kain di rumah ayahnya.
Remaja yang namanya dirahsiakan itu diselamatkan selepas berjaya memuat turun aplikasi telefon bimbit dan menghantar pesanan kepada ibunya di Florida.
Melalui pesanan itu, remaja berusia 13 tahun berkenaan memaklumkan dia dikurung dan didera di rumah ayahnya sendiri di daerah Clayton, Georgia.
Polis yang dihubungi kemudian menyiasat rumah terbabit sebelum menemui mangsa disorokkan di bilik khas di dalam garaj bangunan itu.
Sumber berkata, mangsa begitu bersyukur diselamatkan dan berulang kali mengucapkan terima kasih kepada polis.
Ketika dia dipertemukan dengan ibunya, detik itu ternyata amat menyayat hati apabila remaja terbabit dilihat enggan melepaskan pelu ke atas wanita berkenaan.
Pada masa sama, lima penghuni rumah itu - ayah mangsa, ibu tirinya dan tiga juvana - ditahan dan didakwa atas tuduhan mengurung secara salah, menutup perbuatan jenayah dan penderaan.
Kehilangan remaja itu diadukan ibunya kepada pihak berkuasa kebajikan kanak-kanak pada 2010.
Ketika itu budak terbabit melawat bapanya dan tidak dibenarkan pulang ke rumah ibunya.
Bagaimanapun, ibunya tidak pernah menghubungi polis kerana dia pendatang asing dan tidak memahami undang-undang dengan jelas.
Namun, sebaik mendapat pesanan ringkas anaknya itu dia terus menelefon talian kecemasan 911.
Polis membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan pada jam 2 pagi semalam dan menyoal penghuninya sebelum mencari dan menemui mangsa.
Keadaan kesihatan remaja itu tidak diketahui.
Jurucakap Polis Daerah Clayton, Sarjan Joanne Southerland berkata, apabila tiba di rumah itu, penghuninya menafikan mangsa berada di situ.
“Selepas beberapa minit menafikan mereka melakukan sebarang kesalahan termasuk mendera mangsa, kami berjaya menemuinya di dalam almari kain itu,” katanya. - Agensi/1/12/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.