Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Selasa, 2 Disember 2014

Awas, Penipuan Pelaburan EMAS!!!



Ditipu Syarikat Pelaburan Emas

[Sinar Harian] BANDARAYA MELAKA - Seorang kakitangan kerajaan hanya mampu gigit jari kerana tidak sempat merasa wang pulangan pelaburan emas berjumlah RM70,000, selepas sebuah syarikat berpengkalan di Selangor enggan membayar hasil pelaburannya.

Lelaki berusia 31 tahun yang mahu dikenali sebagai Alang, mendakwa ditipu hingga menyebabkan dia mengalami kerugian RM6,980 selepas tiga kali membuat bayaran atas tiga jenis pelan ditawarkan syarikat terbabit sejak 6 November lalu.

Alang yang menetap di Pulau Gadong berkata, lebih menyedihkan dan membimbangkan apabila diugut pemilik syarikat berstatus enterprise itu, sekiranya dia membuat laporan polis.

Menurut Alang, yang pernah melabur sebanyak lima kali sejak September lalu, dia menemui iklan tawaran pelaburan emas oleh ejen syarikat terbabit di dalam sebuah laman sosial pada 24 September lalu sebelum membuat bayaran RM180 pada hari sama.

"Saya hanya sempat berurusan sekali dengan ejen dan kemudian berurusan secara terus dengan seorang lelaki dipercayai pemilik syarikat berkenaan secara atas talian melalui Facebook dan Whatsapp selain SMS.

“Dua pelaburan awal berjumlah RM4,680 dilakukan sehingga 3 Oktober lalu dan saya terima pulangannya seperti dijanjikan pada tarikh ditetapkan, namun tidak pada pelaburan yang ketiga pada 18 November bernilai RM14,000,” katanya semalam.

Alang membuat bayaran kali ketiga pada 6 Oktober berjumlah RM3,800 sebelum keesokan harinya melabur kali keempat kira-kira RM3,000 dan kelima pada 19 Oktober lepas sebanyak RM180 namun hanya menyedari ditipu apabila tidak menerima bayaran sepatutnya pada 18 November.

“Saya tidak menerima bayaran pulangan pada 18 November lalu seperti yang dijanjikan selepas mendebitkan RM4,500 menerusi bayaran secara atas talian sedangkan saya ada beberapa kali mengingatkan pihak pengurusan mengenai ‘payout’ sebelum tarikh tersebut lagi.

“Disebabkan tiada respons saya kemudian bertindak menghantar Whatsapp secara personal kepada seorang wanita dipercayai menguruskan pembayaran kepada pelabur namun saya dikejutkan dengan mesejnya ‘Saya tiada urusan dengan kamu lagi, tolong jangan ganggu saya’ pada 15 November lalu,” katanya.

Menurutnya, dia terus menghubungi pemilik syarikat pelaburan emas itu secara personel melalui pelbagai medium atas talian selain membuat panggilan sejak 26 November lalu namun hanya menerima mesej berbaur ancaman dan kata kesat tiga hari kemudian.

“Saya ada menghantar mesej saya akan membuat laporan polis sekiranya dia dan syarikat berdiam tidak membantu menyelesaikan isu yang timbul.

“Akhirnya pada jam 11.17 malam, 29 November lalu dia balas mesej saya di Facebook menyatakan enggan membayar pulangan pelaburan selain mengugut pelabur-pelabur lain tidak juga akan menerima bayaran sekiranya hal ini diketahui umum,” katanya.

Alang berkata, melalui mesej tersebut juga, lelaki tersebut mengugut akan memburuk-burukkan nama saya kepada pelabur lain kerana dia dikatakan telah merosakkan nama baik syarikat berkenaan.

“Saya nekad membuat laporan polis untuk menuntut hak saya selain kerana saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa. Kalau mereka boleh buat kepada saya, tidak mustahil mereka boleh lakukan kepada orang lain.

“Kejadian ini menjadi pengajaran kepada saya dan diharapkan dapat dijadikan iktibar kepada orang lain. Jadi saya nasihatkan supaya berhati-hati dengan pelaburan emas dan semua jenis perniagaan atas talian,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak, sekitar jam 6,00 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan daripada mangsa. -SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN/2/12/14


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH