Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label kasih sayang. Papar semua catatan

,

Jumaat, 3 April 2015

Kecekalan Wanita Menjaga Suami Lumpuh & menanggung Keluarga



Kasih Sayang Atasi Cemuhan

Sik: Walaupun pernah dicemuh masyarakat kerana menanggung suami yang lumpuh dari paras badan hingga ke kaki, namun ia langsung tidak memberikan kesan kepada seorang wanita bagi memastikan kasih sayang kekal ke akhir hayat.

Malah, wanita itu Rohani Yahaya, 39, dari Kampung Felda Teloi Timur, di sini, juga tidak mengeluh, malah sentiasa menjaga suaminya Norazri Ismail, 40, yang mengalami kecacatan kekal selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2001 lalu.

Ini berikutan lelaki berkenaan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda menyebabkan urusan kehidupan keluarga termasuk anak tunggal mereka Mohd Najmi, 14, hanya bergantung kepada pendapatan Rohani yang bekerja di sebuah kilang di Kulim.

Rohani berkata, walaupun berdepan kesukaran, namun dia menganggap dugaan yang dialami keluarganya sebagai cabaran dalam hidup mereka.

Menurutnya, tahun pertama suaminya terbabit dalam kemalangan detik paling getir di dalam hidup kerana terpaksa menanggung perbelanjaan termasuk membeli lampin pakai buang untuk lelaki itu selain anak lelakinya dengan pendapatan hanya RM600. -Harian Metro/3/4/15

P/s: Salut!!!

,

Rabu, 25 Mac 2015

Apa yang Dilakukan Lelaki Ini Amat Mengharukan...


Kasih Suami Sepanjang Hayat

Liaonin (China): Seorang petani di sini membuat sendiri ambulans untuk membawa isterinya berulang alik ke hospital dua kali seminggu sejak 10 tahun lalu.

Kereta tarik itu setakat ini sudah meliputi perjalanan sejauh 50,000 kilometer sejak ia mula digunakan untuk mengangkut isteri lelaki berkenaan yang lumpuh untuk menjalani rawatan.

Lebih menarik lagi, ia dilengkapi beg oksigen, ubat kecemasan dan tandas mudah alih.

Kisah lelaki itu menjadi satu lagi contoh kesetiaan ramai pasangan tua di China yang tersebar baru-baru ini.

Sebelum ini, seorang wanita di Sichuan menjadi terkenal selepas gambarnya tersebar menunjukkan dia menarik suaminya yang lumpuh di atas katil mudah alih untuk berehat di luar rumah.

Tahun lalu, pengguna Internet terharu dengan kisah seorang lelaki menyuap isterinya, juga lumpuh, dari mulut ke mulut sejak 11 tahun lalu. - Agensi/Harian Mtero/25/3/15


, ,

Isnin, 1 Disember 2014

Ibu Bapa Rayu "Tamatkan" Riwayat Anak Mereka


[Harian Metro] Xianyang (China): Ibu bapa seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang mengidap kanser merayu supaya doktor menamatkan riwayat anak perempuan mereka bagi mengakhiri penderitaannya.

Zhao Zihan, daerah Xunyi di Xianyang didiagnos mengidap kanser mata sejak dua tahun lalu. Walaupun pembedahan membuang sebelah matanya dilakukan, penyakit itu masih merebak mengakibatkan kesihatannya semakin buruk.

Menurut doktor, September lalu, satu ketumbuhan pada mukanya disahkan boleh mengakibatkan maut dan kanak-kanak malang itu terlalu lemah untuk menjalani pembedahan kali kedua.

Ibu bapanya Zhao Lipeng dan Zheng Lili berkata, mereka menghabiskan semua wang simpanan bagi membiayai Zihan dan kini mengambil keputusan untuk menamatkan penderitaan itu.

“Kesakitan dan penderitaan anak kami amat menyayat hati.

“Doktor tidak boleh menyelamatkan nyawanya dan ini menyeksa kami. Kami berharap hospital dapat mengakhiri kesakitannya. Melalui eutanasia dia boleh pergi dengan tenang,” kata Lipeng.

Suntikan eutanasia bagi mematikan pesakit diharamkan di China dan kes ini yang menjadi viral menimbulkan ketidaksenangan dalam kalangan pengguna sosial.

Ada yang bersetuju untuk mengakhiri nyawa kanak-kanak itu bagi menamatkan azab penderitaannya manakala yang lain menyelar perbuatan itu kerana menganggap dia masih tidak mampu membuat keputusan untuk nyawanya sendiri. - Agensi/30/11/14


,

Jumaat, 14 November 2014

Video Ayah Nyanyikan Lagu Buat Bayinya yang Nazak Jadi Viral


Chris menyanyikan lagu di sebelah inkubator untuk menenangkan bayinya yang dilahirkan tidak cukup bulan.

[Astro Awani] LOS ANGELES: Sebuah rakaman video penuh hiba yang menunjukkan seorang lelaki menyanyikan lagu Beatles kepada bayinya yang bergelut dengan kematian kini menjadiviraldi media sosial.

Kisahnya itu bertambah pilu apabila isterinya meninggal dunia selepas melahirkan.

Chris Picco menyanyikan lagu "Blackbird" sambil memetik gitar di sebelah inkubator yang menempatkan anaknya di wad bersalin.

Bayinya yang dinamakan sebagai Lennon itu dilahirkan tidak cukup bulan melalui pembedahan Caesarean minggu lalu.

Bayi lelaki tersebut dilahirkan di usia 24 minggu pada 8 November, hari yang sama nyawa isterinya gagal diselamatkan. 

Lennon hidup selama tiga hari di wad bersalin Hospital Universiti Loma Linda yang terletak di luar Los Angeles dan meninggal dunia pada 11 November.

Sehingga semalam, video tersebut telah ditonton lebih daripada setengah juta kali dan puluhan ribu tontonan dicatatkan bagi setiap beberapa minit.

Video Chris menyanyikan lagu 'Blackbird' sambil memetik gitar bagi menenangkan bayinya yang
bergelut dengan kematian kini menjadi viral. Ibu kepada bayi tersebut meninggal dunia selepas melahirkannya. -Sumber YouTube

Pada laman web yang ditujukan khas buat isteri dan anaknya, tertera kata-kata: “Nyawa Ashley yang disayangi berakhir minggu lalu dengan penuh tragik dan kepiluan. Bayinya juga hanya bertahan beberapa hari selepas itu.”

Jurucakap keluarga berkenaan, Brett Walls, memberitahu AFP: “Dalam tempoh beberapa hari ini, Chris akan menghabiskan masa dengan keluarga, teman-teman dan komuniti di kala dirinya dilanda hiba.”


“Dia menggunakan lagu tersebut yang amat mesra pendengar. Dia juga menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dalam usaha membawa ketenangan dan penyembuhan kepada golongan yang sedang menderita,” ujarnya dalam satu e-mel. -AFP/14/11/14




, ,

Isnin, 3 November 2014

Berhenti Kerja Demi Cinta, Lelaki Dipuji Warga Internet


[Harian Metro] Henan: Seorang pemuda berusia 24 tahun di Shandong sanggup berhenti kerja dan berpindah ke Henan untuk menjaga kekasihnya yang menghidap barah.

Yu Haining menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya, Fan Huiziang, 25, sejak lima tahun lalu.

Selepas mengetahui kekasihnya itu disahkan menghidap barah Jun lalu, dia serta-merta meletakkan jawatan untuk menjaganya.

Yu bersungguh-sungguh mahu mengahwini Fan secepat mungkin.

“Tidak kira apa yang berlaku pada masa depan, saya akan sentiasa bersamanya,” kata lelaki itu kepada wartawan ketika ditemui di hospital di Henan.

“Kerana cinta, saya memegang erat tangan kamu. Kerana cinta juga, saya mengharapkan keajaiban. Saya berharap sangat anda bersetuju menjadi isteri saya dan terima saya menjadi suami kami,” kata Yu kepada kekasihnya itu.

Fan pula berkata, perasaannya bercampur-aduk walaupun mengaku bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga dengan Yu.

“Semua wanita mahu berkahwin. Tetapi saya tidak pasti berapa lama lagi saya boleh hidup. Jika saya bersetuju menerima lamarannya dan meninggalkannya kemudian, apa yang boleh dia lakukan,” kata wanita itu.

Kisah cinta Yu itu mendapat pujian ribuan pengunjung laman sosial.

Seorang pengunjung menulis: “Anda meyakinkan saya mengenai cinta.” - Agensi/3/11/14


, , ,

Rabu, 12 Mac 2014

[Salut] Lelaki Dukung Anak 30KM ke Sekolah Setiap Hari

YU Xukang mendukung anaknya ke sekolah.
[HM] Sichuan: “Kasih ayah rela berkorban” ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan seorang bapa di China yang sanggup berjalan kaki mendukung anaknya yang kelainan upaya untuk ke sekolah sejauh hampir 30 kilometer setiap hari.

Keadaan itu mendapat perhatian kerajaan China yang menawarkan penginapan yang ditanggung sepenuhnya untuk bapa berkenaan di kawasan berhampiran sekolah bagi memudahkan urusannya. 

Yu Xukang, 40, mendukung anaknya, Xiao Qiang, 12, yang diletakkan di dalam bakul khas yang diikat di belakang badannya. 

Yu yang berasal dari kampung Fenyi di daerah Yibin terus gigih untuk menyekolahkan anaknya walaupun tangan dan kaki kanak-kanak itu bengkok.

“Saya sedar anak saya mengalami kecacatan fizikal tetapi otaknya berfungsi dengan baik. Bagaimanapun saya tidak dapat mencari sekolah berhampiran kediaman kami yang mempunyai kemudahan untuk orang seperti anak saya dan permohonan saya sering kali ditolak,” kata Yu

“Satu-satunya sekolah yang dapat menempatkan anak saya ialah Sekolah Rendah Fengxi yang sejauh lapan kilometer,” katanya. 

Lelaki itu berpisah dengan isterinya sewaktu Xiao berusia tiga tahun dan membuat keputusan untuk membesarkan anaknya seorang diri. - Agensi/12/13/14


P/s: SALUT!!!!


, ,

Isnin, 10 Mac 2014

Suami Tidak Berputus Asa Mencari Mayat Isteri Selepas Hilang dalam Peristiwa Tsunami


[Kosmo] ONAGAWA - Seorang lelaki, Yasuo Takamatsu tidak berputus asa menyelam untuk mencari isterinya yang hilang selepas ombak besar tsunami melanda Jepun tiga tahun lalu.

"Isteri saya lemah-lembut dan baik," kata Takamatsu.

"Dia sentiasa berada di sisi saya baik secara fizikal atau mental. Saya masih merinduinya," tambah lelaki berusia 57 tahun itu.

Bekerja sebagai seorang pemandu bas, Takamatsu tiada pengalaman menyelam sebelum ini tetapi dia mempelajarinya demi mencari mayat isteri yang dikasihi, Yuko.

Lelaki tersebut masih tidak dapat melupakan saat Yuko kali terakhir menghubunginya sebelum hilang dibawa tsunami setinggi 20 meter.

Dalam mesej pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pada pukul 3.21 petang (waktu tempatan) itu Yuko memberitahu: "Saya mahu pulang."

Mesej tersebut dihantar setengah jam selepas gempa bumi kuat bawah laut melanda Jepun pada 11 Mac, 2011 yang diikuti dengan tsunami yang bergerak ke pantai Jepun.

"Itulah pesanan terakhir daripada isteri saya," kata Yuko.

"Saya sedih mengenangkan dia masih di luar sana (laut). Saya mahu membawanya pulang secepat mungkin," tambahnya.

Secara rasmi, lebih 15,800 orang terbunuh dalam bencana tersebut dengan sekitar 2,636 mangsa disenaraikan sebagai masih hilang.

Dalam usaha mencari isterinya, Takamatsu dibantu oleh seorang juruselam berpengalaman, Masayoshi Takahashi. yang mengajarnya cara untuk menyelam.

Menurut Takahashi, dia gembira dapat membantu pelajarnya itu dan akan mengajar Takamatsu untuk menyelam dengan selamat.

"Menyelam untuk mencari sesuatu tidak sama dengan selaman santai kerana anda berisiko untuk terperangkap dalam serpihan hanyut dan bangkai kapal," katanya.

"Saya mahu dia boleh bertenang dan memeriksa dengan teliti di dalam laut. Dia tahu apa yang dicari," tambah juruselam tersebut.

Takamatsu juga sedar bahawa peluang untuk menemui Yuko adalah tipis.

Selepas tiga tahun isterinya hilang, arus laut telah menghanyutkan apa sahaja ke serata Lautan Pasifik dengan banyak serpihan dan mayat tenggelam di dasar laut.

"Namun, saya tidak boleh berputus asa. Saya mesti terus mencari isteri saya" kata Takamatsu. - AFP/10/3/14




,

Isnin, 4 Jun 2012

Kasih Seorang Ayah, Peluk Mayat Anak Selama Sejam

HASHIM kelihatan sugul sambil memeluk dan enggan melepaskan mayat Mohd. Izwan Farid sebelum dihantar ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Sengkang-Bukit Gambir, Ledang, Muar malam kelmarin.

[Kosmo] MUAR - Dek kerana terlalu sedih, seorang bapa tetap memangku dan memeluk tubuh kaku anak lelakinya kira-kira satu jam selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Sengkang-Bukit Gambir, Ledang dekat sini pada pukul 9.50 malam kelmarin.

Tindakan Hashim Kamat, 55, yang tidak mahu melepaskan mayat Mohd. Izwan Farid, 19, daripada pelukannya menyayat hati orang ramai yang melihat kejadian itu.

Dia yang tinggal di Kampung Batu 19, Sengkang dekat sini mengetahui kejadian malang itu apabila menerima panggilan telefon daripada anak ketujuhnya, Hamizad, 16, menyatakan arwah terlibat dalam kemalangan.

Semasa menerima panggilan tersebut, dia berada di Kampung Parit Jarum Darat, Bukit Gambir kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya.

"Saya sangat terkejut kerana kami baru sahaja bertemu satu jam lalu di rumah sebelum pergi ke rumah kenduri. Sebelum kemalangan, Mohd. Izwan tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik.

"Sangat menyedihkan saya, apabila ia berlaku pada jarak kira-kira tiga kilometer dari rumah kami," kata Hashim ketika ditemui semalam.

 P/s: Banyak pengajaran yang boleh diambil!


, , ,

Isnin, 5 Mac 2012

Anak & Ibu, Gambar yang Menyentuh Perasaan!!


Gambar yang memaparkan seorang lelaki tua membawa ibunya untuk mendapatkan rawatan di hospital telah menyentuh hati jutaan pengguna internet.

Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menyaksikan anak dan ibu itu di Pusat Perubatan
Chi Mei di Taiwan. Setelah dimuatnaikkan ke internet, gambar itu menjadi popular dan hangat dibicarakan. 

Dalam tempoh tiga hari, topik yang paling hangat dibincangkan dalam talian ialah "Siapakah Lelaki Itu?". Beribu-ribu pengguna internet berusaha mencari identiti lelaki itu. 

Pencarian itu berakhir apabila identiti lelaki berusia 62 tahun itu didedahkan. Lelaki yang dikenali Ding Zhu Ji itu merupakan bekas pegawai Biro Penyiasatan Kementerian Kehakiman yang berpangkalan di Tainan.

Bekas rakan sekerja beliau memberitahu Apple Daily bahawa Ding memohon untuk bersara awal kerana mahu menjaga ibunya pada tahun 2007, setahun selepas bapanya meninggal dunia. (Had umur persaraan wajib di Taiwan ialah 65.)

Ibu Ding berusia 85 tahun mengalami kecederaan di kakinya bulan lepas dan ketika gambar di atas dirakam, ibu Ding sedang menunggu giliran untuk rawatan susulan.

"Kami tidak terkejut. Beliau anak yang penyayang dan taat kepada ibu bapa," kata seorang bekas rakan sekerja Ding. -DCM



P/s: Tatkala segelintir anak membuang atau tidak mengendahkan ibu bapa masing-masing, pengguna internet dikejutkan dengan paparan gambar Ding dan ibunya yang telah uzur. Semoga gambar yang mula tersebar ke serata dunia ini dapat menyedarkan anak-anak tentang tanggungjawab mereka kepada ibu bapa.

Al-fatihah untuk ibu TM, Hamidah Binti Mohd Nordin! Terima kasih.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH