Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label pecah rumah. Papar semua catatan

, , ,

Khamis, 10 Julai 2014

Mangsa Serangan Seksual Diplomat Malaysia Bersuara




[Mstar] PETALING JAYA: Wanita yang mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh pegawai diplomat warga Malaysia di New Zealand mahu namanya didedahkan supaya dia dapat membantu menangani masalah keganasan seksual di negara itu.

Tania Billingsley, 21, berkata, dia bukanlah "orang yang berada di tempat kejadian" tetapi dia mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan mengenai serangan berkenaan.

"Ini kerana saya berharap dengan mendedahkan siapa saya dan bersemuka untuk meletakkan mangsa yang mendakwa membolehkan saya membantu menangani sebahagian isu berkaitan dengan keganasan seksual di negara ini," katanya dalam satu temuramah bersama saluran berita Channel 3 di New Zealand pada Rabu.

Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail, yang merupakan pembantu pegawai pertahanan bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, didakwa melakukan serangan seksual terhadap Billingsley di kediamannya di Wellington.


Muhammad Rizalman dilaporkan mengikut wanita itu yang pulang ke rumahnya di Brooklun pada malam 9 Mei dan didakwa melakukan serangan dengan niat untuk merogol.

Billingsley berkata, dia hanya menyedari status diplomatik Rizalman pada 11 Mei, pada hari ulang tahun kelahirannya.

"Saya berada di balai polis pada pagi itu dan diberitahu bahawa dia (Rizalman) merupakan seorang diplomat," katanya.

Rizalman, 38, pulang ke Malaysia pada 22 Mei lalu selepas Suruhanjaya Tinggi Malaysia dilaporkan menolak permintaan Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan New Zealand untuk mengetepikan kekebalan diplomatiknya bagi membawanya untuk didakwa di New Zealand.

Billingsley mendapat tahu mengenai Rizalman meninggalkan negara itu pada hari yang sama.

"Saya mendapat tahu bahawa dia akan pulang (ke negaranya) pada hari dia bertolak. Sejak itu, polis begitu bekerjasama untuk memberi maklumat kepada saya, malah bila mereka sendiri tidak tahu untuk apa yang dapat dimaklumkan.

"Saya mendapat panggilan telefon dan seperti, 'Anda hendak tahu bahawa kami baharu sahaja mendapat tahu dia meninggalkan negara hari ini'.

"Sudah tentu saya kecewa dan marah kerana sejak awal lagi berkata yang saya mahu dia berada di New Zealand dan diadili di sini, tambah Billingsley.

Media Dominion Post pula melaporkan bahawa Hakim Bruce Davidson membenarkan permohonan di Mahkamah Daerah Wellington untuk mengetepikan sekatan terhadap namanya pada Rabu, menerusi saluran berita Channel 3.

Rizalman ketika ini dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan untuk penilaian perubatan.

Pada 2 Julai lalu, Malaysia memutuskan untuk menghantarnya kembali ke New Zealannd untuk membantu siasatan meskipun tarikh untuk pergi ke negara itu masih belum ditetapkan.

Kementerian Pertahanan menubuhkan Lembaga Siasatan untuk menyiasat kes tersebut. -10/7/14


, , ,

Khamis, 26 Jun 2014

Rakan Diperkosa Depan Mata

YULIDA menunjukkan tempat kejadian.
[Harian Metro] Miri: “Saya merayu supaya rakan saya (pembantu rumah) dilepaskan tetapi penjenayah tidak mempedulikan rayuan saya, sebaliknya terus menarik rakan saya itu dan membuka seluarnya sebelum dirogol di depan saya,” kata pembantu rumah Yulida Zailan, 39, mengenai perbuatan keji seorang daripada lima penjenayah yang bukan saja memecah rumah majikannya, malah merogol rakan sekerjanya wanita warga Indonesia berusia 33 tahun dalam kejadian di Taman Desa Indah 2 di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, penjenayah yang bersenjatakan parang dan memakai penutup muka menceroboh rumah berkenaan melalui pintu belakang dengan memotong jeriji tingkap. 

Ketika kejadian, majikan mangsa bercuti di Sabah manakala anak lelakinya tiada di rumah dengan hanya Yulida dan mangsa bersama seorang anak perempuan majikannya berusia enam tahun berada di rumah ketika itu. 

Yulida berkata, ketika rakannya dirogol, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu cemas dan bimbang dirinya turut menjadi mangsa rogol.

“Walaupun rakan saya menangis dan berulang kali merayu dilepaskan, namun rayuannya tidak dihiraukan, sebaliknya lelaki itu tetap bertindak ganas memperkosanya. -Abd Rahman Adam/26/6/14

Berkaitan:

Rumah dirompak, amah dirogol

[Borneo Post] MIRI: Sekurang-kurangnya empat lelaki memecah masuk sebuah rumah di Desa Indah 2 di sini dengan bersenjatakan parang, merompak beberapa barangan milik tuan rumah dan merogol pembantu rumahnya.

Kejadian berlaku awal pagi semalam ketika pemiliknya tiada di rumah dan hanya ada dua pembantu rumah warga Indonesia dan anak perempuan pasangan tersebut yang berusia enam tahun.

Menurut sumber, kejadian tersebut dimaklumkan kepada tuan rumah terbabit oleh pembantu rumahnya sebaik beliau pulang ke rumah mereka sekitar jam 4.45 pagi semalam.

Mangsa memberitahu majikannya bahawa rumah mereka dimasuki sekurang-kurangnya empat orang lelaki bertopeng bersenjatakan parang, dengan seorang daripada mereka masuk ke bilik salah seorang pembantu rumahnya dan bertindak merogol mangsa.

Manakala suspek yang lain dipercayai masuk ke bilik lain dan menyelongkar rumah terbabit serta melarikan barangan kemas serta laptop milik majikannya.

Anggaran kerugian belum dapat dipastikan.

Sementara itu, seorang lagi pembantu rumah bersama anak perempuan majikannya tidak diapa-apakan oleh perompak terbabit.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Pusat Miri di sini oleh majikannya pagi semalam dan disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Miri yang memberitahu polis masih menyiasat perkara tersebut. -26/6/14


,

Sabtu, 19 April 2014

Perompak "Minta Maaf" Sebelum Kebas Barang Bernilai RM50 000


MOHD Hafis menunjukkan pintu utama diumpil perompak untuk dipecah masuk, kelmarin.

[HM] Banting: “Minta maaf mak cik... kami hanya nak barang dalam rumah ini saja, tetapi kami takkan cederakan sesiapa.” Itu kata-kata seorang daripada enam lelaki bersenjatakan pedang samurai yang merompak rumah Siti Salmiah Sahlan, 54, dalam kejadian di Jalan Batu Tujuh, Sijangkang di sini, dalam kejadian jam 3.30 pagi kelmarin.

Kejadian itu menyebabkan Siti Salmiah kehilangan wang tunai RM12,000 yang juga wang hantaran anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan hujung bulan ini.

Menurutnya, perompak juga melarikan 12 telefon bimbit milik ahli keluarganya, tiga rantai emas, enam gelang dan dua cincin serta wang tunai RM8,000 miliknya dengan jumlah kerugian dianggarkan RM50,000.

Menceritakan kejadian itu, Siti Salmiah berkata, dia bersama sembilan ahli keluarganya termasuk dua cucu berusia lapan bulan dan dua tahun sedang tidur.

Katanya, seorang daripada perompak dipercayai mengumpil pintu utama rumah sebelum pergi ke dapur untuk membuka pintu bagi membolehkan lima lagi rakannya masuk.

“Mereka memijak anak lelaki saya yang tidur di ruang tamu dan meluru masuk ke bilik saya lalu mengikat kami tiga beranak.

“Saya masih trauma, tetapi kerana majlis perkahwinan anak semakin hampir, ia tidak akan menghalang majlis diteruskan,” katanya.

Menurutnya, selepas itu, empat perompak itu mengejutkan seorang lagi anak sebelum naik ke tingkat atas mengejutkan anak lelaki keempat yang tidur bersama isteri dan dua anaknya.

Anak mangsa Mohd Hafis Johari, 28, berkata, dia yang tidur di bilik di tingkat atas bersama keluarganya diarahkan keluar untuk berkumpul di bilik ibunya oleh penjenayah.

“Mulanya saya enggan kerana khuatir perompak akan mencederakan isteri dan anak tetapi selepas mereka meletakkan pedang samurai di leher, saya akur dengan arahan itu kerana bimbang saya dan keluarga dicederakan jika tidak mendengar arahan mereka.

“Penjenayah menyelongkar keseluruhan bilik kira-kira 20 minit sebelum melarikan diri menggunakan pintu dapur ke arah kawasan sawit di belakang rumah selepas mendapat wang dan barangan berharga milik keluarga,” katanya. - Rasmi Abdullah/19/4/14



, , ,

Sabtu, 17 Ogos 2013

Rumah Tuan Mufti Dipecah Masuk Lelaki Bersenjatakan Parang

Foto: HM

[Bernama] Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, yang pulang berhari raya ke negeri ini bersama keluarganya disamun dua lelaki bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Jalan Semariang di Kuching semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Abang Ahmad Abang Julai berkata kedua-dua lelaki terbabit mengikat Dr Juanda, isteri dan pembantu rumahnya sebelum menggeledah rumah berkenaan.

Mereka kemudian melarikan barangan berharga benilai kira-kira RM30,000, katanya kepada semalam.

Beliau berkata kejadian pada pukul 5.30 pagi itu turut menyebabkan isteri dan pembantu rumah mufti berkenaan cedera.

"Polis masih meneruskan siasatan dan pasukan forensik telah dihantar ke rumah itu untuk mengumpul maklumat, termasuk mengenai suspek," katanya sambil
memberitahu bahawa suspek dipercayai masuk ke rumah itu melalui pintu belakang.

Dr Juanda, yang berasal dari Mukah dan merupakan orang Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu pada 2009. - 17/8/13


, ,

Khamis, 27 Jun 2013

Janda Dinoda dan Dikurung di dalam Tandas

Sekadar hiasan.

[SH] SEGAMAT - Malang berganda menimpa seorang janda yang bukan saja rumahnya dekat sini, dipecah masuk, malah dia turut dirogol dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, ketika kejadian, mangsa yang tinggal di rumah berkenaan bersama rakannya, tidak menyedari suspek memasuki biliknya kerana sedang tidur.

“Mangsa yang tidur sendirian di biliknya hanya tersedar apabila suspek bertindak menutup mulutnya menggunakan selimut dan mengikat tangannya menggunakan tali.

“Selepas merogol mangsa, suspek bertindak mengurungnya di dalam tandas sebelum berjaya melepaskan diri dengan bantuan teman serumahnya dan ketika itu suspek sudah meninggalkan rumah tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Menurut Kamil, sejam selepas mangsa membuat laporan polis, anggotanya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan, suspek yang berumur 29 tahun itu didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu rogol dan pecah rumah dan baru saja selesai menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan dibebaskan pada 2010 kerana kesalahan yang sama.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat kes, diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.



,

Rabu, 10 April 2013

Demi Cinta, Sanggup Ikut Kekasih Pecah Rumah

 
 [SH] SUBANG JAYA – Dipercayai kerana terlalu mencintai teman lelakinya, seorang wanita sanggup melakukan kegiatan pecah rumah bersama kekasihnya itu di SS15, di sini, petang kelmarin.

Tindak-tanduk mencurigakan pasangan kekasih itu bagaimanapun berjaya dihidu pemilik rumah yang kemudian menghubungi polis.

Bertindak atas aduan, anggota yang melakukan rondaan segera ke rumah berkenaan, kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, seorang pemilik 55 tahun memaklumkan rumah yang disewakan kepada pelajar kolej swasta cuba dimasuki orang tidak dikenali.

"Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati seorang lelaki atas sebuah motosikal manakala seorang wanita dipercayai kekasihnya ada dalam kawasan pekarangan rumah menyembunyikan beg sandang apabila ternampak anggota polis.

"Setelah melakukan pemeriksaan, anggota menemui beberapa peralatan disyaki untuk melakukan pecah rumah termasuk pemutar skru, spanar boleh laras, pisau pelbagai guna dan serangkai anak kunci dalam beg dibawa suspek,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebatang besi menyerupai joran turut ditemui bersama suspek.

"Hasil semakan ke atas motosikal dinaiki pula mendapati ia bersabit kes kehilangan yang dilaporkan di Kelana Jaya.

"Pasangan kekasih berusia 30 dan 33 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan," katanya.
 
 
 

, ,

Rabu, 5 Disember 2012

Remaja 14 Tahun Baling Sabit Elak Dirogol Perompak

NADIA menunjukkan parang yang ditinggalkan perompak ketika memecah masuk rumah neneknya di Teluk Intan Sabtu lalu.

[Kosmo] TELUK INTAN – Tindakan berani seorang gadis melawan seorang perompak dengan membaling sabit ke arah suspek bukan sahaja dapat menyelamatkan maruahnya daripada dinodai malah berjaya membuatkan lelaki itu bertempiaran lari.

Kejadian pukul 7.30 malam di di sini pada Sabtu lalu berlaku ketika gadis yang dikenali sebagai Nadia, 14, didatangi perompak bersenjatakan parang panjang ketika berada di dalam rumah bersama neneknya.

Mengimbau semula kejadian itu, Nadia memberitahu, sebelum kejadian, neneknya sedang membaca surah Yasin selepas mengerjakan solat Maghrib di ruang tamu manakala dia berada di dalam bilik.

Ahli keluarganya yang lain keluar ke bandar Teluk Intan untuk membeli barangan keperluan.

Siti Nadia bersekolah di Selangor dan datang ke sini kerana cuti sekolah.

“Tiba-tiba saya terdengar nenek menjerit meminta tolong. Sebaik keluar, saya ternampak seorang lelaki sedang mengacu parang ke arah nenek.

“Penjenayah kemudiannya meminta saya menanggalkan pakaian dan kata mahu rogol saya jika nenek enggan menyerahkan gelang dan cincin emas yang dipakai,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.


PANJANG...Che Pah menunjukkan parang dan sabit yang digunakan cucunya, Nurul Shahira  yang mengejar penjenayah terbabit. Gambar kecil, Che Pah menunjukkan jarinya yang cedera.
PANJANG...Che Pah menunjukkan parang dan sabit yang digunakan cucunya, Nurul Shahira yang mengejar penjenayah terbabit. Gambar kecil, Che Pah menunjukkan jarinya yang cedera.- Teks/Foto: HM




, , ,

Isnin, 13 Ogos 2012

[Wajib Baca] Antara Contoh Realiti Suasana di Negara Paling Selamat di Asia Tenggara...


Beri amaran lepas gagal curi

[HM] RAWANG: Berang gagal memecah masuk dua rumah untuk mencuri, sekumpulan 10 lelaki bersenjatakan pedang samurai dan parang memberi amaran untuk datang semula dalam kejadian di Perumahan Primulan serta Julian, Bandar Tasik Puteri, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, 2 Ogos lalu, kumpulan terbabit memberikan amaran berkenaan kepada sebuah keluarga selepas mereka terserempak suspek yang cuba memecah masuk rumah itu.

Menceritakan semula insiden berkenaan, mangsa, Romzi Ismail, 45, berkata, ketika kejadian, dia tidur sebelum terdengar jeritan isterinya.

“Pemeriksaan mendapati pintu rumah terbuka sebelum melihat beberapa lelaki bertopeng dengan bersenjatakan parang dan pedang samurai berada di pekarangan rumah.

“Ketika itu, saya dan isteri melihat beberapa lagi lelaki cuba memecah masuk rumah jiran,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Menurutnya, biarpun kejadian itu disedari dia dan isteri, kumpulan terbabit langsung tidak melarikan diri sebaliknya berhimpun di hadapan rumahnya sambil mengangkat parang dan pedang samurai seperti memberi amaran kepada mereka.

Katanya, jiran yang datang sebaik mengetahui kejadian itu melihat kumpulan terbabit berjalan bersahaja tanpa rasa takut sebelum menghilangkan diri di dalam ladang kelapa sawit kira-kira 100 meter dari taman itu.

“Sekarang, kami sekeluarga begitu takut untuk tinggal di rumah kerana bimbang kumpulan itu datang lagi.

“Malah, kami juga memilih untuk tidak berada di rumah pada waktu siang kerana takut dengan ancaman berkenaan,” katanya.

Katanya, keadaan itu diburukkan lagi dengan beberapa siri cubaan dipercayai kumpulan sama yang dilihat penduduk setempat berlegar-legar di hadapan rumahnya.



P/s: Malaysia selamat?

Penjenayah datang dengan niat merompak tanpa merasa gentar dan takut.

Dalam masa yang sama kita diuar-uarkan bahawa negara ini diiktiraf sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara.

Tanya diri sendiri: Siapa yang sediakan data statistik jenayah di negara ini?

Siapa yang dapat untung jika...?



, ,

Rabu, 18 Julai 2012

Pelajar IPT Disamun, Diikat, dan Di...


[HM] KAJANG: Dua lelaki layak digelar syaitan bertopengkan manusia apabila bertindak kejam mengikat tangan dan kaki seorang wanita berusia 23 tahun di katil serta menyumbat mulut mangsa dengan kain sebelum merogolnya bergilir-gilir ketika merompak rumah mangsa di Semenyih, kelmarin.

Malah, perompak itu turut mengambil komputer riba dan telefon bimbit dianggar bernilai RM3,000 sebelum melarikan diri membiarkan mangsa berbogel terikat di katil.

Menurut sumber, mangsa yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) sedang mengulang kaji pelajaran dalam bilik tidurnya ditingkat atas pada jam 1.30 pagi, apabila lampu bilik tiba-tiba terpadam.

“Pelik dengan keadaan itu, dia memberanikan diri keluar memeriksa suis utama di tingkat bawah dan terkejut apabila tiba-tiba dua lelaki tidak dikenali menyerbu masuk ke biliknya dengan mengacukan pisau pada leher.

“Mereka mengarahkan mangsa jangan menjerit jika tidak mahu dicederakan atau dibunuh. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa mendiamkan diri sebelum mereka mengikatnya di katil,” katanya. 
 
 
 
P/s: Berhati-hatilah kerana kenyataan bahawa jenayah di Malaysia ini semakin menurun hanyalah....
 


, ,

Khamis, 12 Julai 2012

Malaysia Negara Paling Selamat? Cuba Baca Berita Ini...

HASRIN menunjukkan bagaimana dia tidur di dalam kereta ekoran bimbang ancaman perompak yang memecah masuk rumahnya di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri terpaksa tidur di dalam kereta pada waktu malam ekoran trauma selepas rumah mereka di Flat 700, Pandan Perdana, Cheras di sini dipecah masuk sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.

Rumah di tingkat empat itu baru disewa pada awal bulan ini dan kejadian pertama berlaku hanya tiga hari selepas mereka mendiaminya.

Mangsa, Hasrin Abdullah, 37, (gambar kecil) berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 3.50 pagi pada 4 Julai lalu dan menyebabkan anak perempuannya cedera di leher akibat dikelar oleh perompak yang turut melarikan satu set komputer dan beg tangan.

“Kami hanya menyedari kejadian tersebut selepas mendengar jeritan anak saya yang ketika itu berada di dalam bilik tidurnya.

“Saya dan isteri terkejut apabila melihat anak saya yang berumur 17 tahun berlumuran darah kerana dikelar menggunakan pisau yang diambil suspek dari dapur rumah kami,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


P/s: Malaysia negara paling selamat di Asia Tenggara?

Realiti semasa tidak sama dengan propaganda statistik.

Siapa yang buat jadual statistik jenayah? Siapa yang mendapat manfaat daripada statistik itu? 

Kalau DNA boleh direkayasa....anda sambung!

 

, , ,

Selasa, 22 Mei 2012

Maut Dibunuh Suspek yang Cuba Perkosa Adik


Maut di Pangkuan Ibu

[HM] KLUANG: “Saya hanya mampu menjerit meminta tolong dan menutup kesan kelar menggunakan tangan bagi mengurangkan darah memancut keluar. Sebagai ibu, saya hanya mampu memangkunya dan berharap ada orang tampil memberikan bantuan.

“Beberapa minit kemudian, seorang jiran menawarkan kenderaan untuk membawa anak saya ke hospital. Malangnya, sebaik mengangkat tubuhnya ke dalam kereta, badannya mulai sejuk dan dia sudah tiada,” kata Saemah Mogeri, 43, ibu kepada mangsa bunuh di Jalan Sentosa, di sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Nurul Amin Mohamed Ishak, 22, dipercayai cuba mempertahankan kehormatan diri adiknya yang disyaki cuba diperkosa seorang rakannya, namun mangsa maut selepas lehernya dikelar dengan objek tajam.

Sebelum kejadian, mangsa membawa tiga lelaki dipercayai rakannya bagi menyelesaikan masalah peribadi yang berlaku antara mereka, Selasa minggu lalu.

Saemah berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah dan menerima panggilan telefon daripada anaknya yang memaklumkan sudah menemui tiga lelaki itu di sekitar bandar Kluang selepas cuba mengesan mereka sejak hampir seminggu lalu.
 
DI SINI...Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya Kluang, tempat mangsa dibunuh.

 
SUGUL...Saemah menceritakan detik anaknya dibunuh.

Berkaitan:

‘Dia masuk bilik saya’

[HM] KLUANG: “Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin Mohamed Ishak yang hanya mahu dikenali sebagai Alya, 15.

Menurutnya, dalam kejadian jam 2 pagi Selasa lalu, suspek yang juga rakan abangnya memasuki kediaman mereka dalam keadaan mabuk bersama seorang lagi rakannya. “Mereka memang sering datang ke sini. Bagaimanapun, pada malam kejadian mereka berkelakuan pelik dipercayai akibat mabuk.

“Ketika seorang lagi rakannya tidur di ruang tamu, dia menyelinap masuk ke bilik sebelum cuba merogol saya,” katanya.

Alya berkata, dalam kejadian itu, dia meronta dan berjaya meloloskan diri, manakala suspek melarikan diri bersama rakannya.

“Saya memaklumkan kejadian itu kepada ibu sebelum sampai ke pengetahuan abang.

“Berikutan itu, abang (Nurul Amin) mencari suspek, namun tidak menemuinya hinggalah mereka bertemu di satu kawasan di bandar Kluang, malam kelmarin.

“Sebaik menemuinya, abang membawa rakannya itu ke kawasan stor berhampiran rumah kami untuk berbincang sebelum keadaan menjadi tegang,” katanya.

Harian Metro difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai buruh kasar di sini dipercayai maut akibat parah pada lehernya selepas dikelar menggunakan objek tajam.


Kemas Kini:

Suspek anak angkat

[HM] KLUANG: Suspek utama kes bunuh Nurul Amin Mohamed Ishak, 22, dalam kejadian di Jalan Sentosa di sini, Ahad lalu, dipercayai anak angkat kepada keluarga mangsa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, siasatan awal mendapati suspek dikenali dengan panggilan Comel dan dipercayai dijadikan anak angkat keluarga mangsa sejak beberapa tahun lalu.

“Suspek berusia 16 tahun dan dipercayai anak angkat keluarga mangsa. “Dia kini direman selepas kami menahannya di sebuah rumah di Taman Intan, lapan jam selepas kejadian,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam.

Menurut Majid, dua rakan suspek turut ditahan di rumah sama dan ketika itu, ketiga-tiganya dipercayai merancang untuk melarikan diri.

Majid berkata, hasil siasatan awal, pertelingkahan hingga membawa kepada pembunuhan Amin dipercayai berpunca daripada masalah dalaman keluarga.

“Suspek mempunyai rekod jenayah lampau seperti curi motosikal. Dua lagi rakannya yang direman berusia 16 dan 22 tahun,” katanya.

,

Sabtu, 21 April 2012

Gadis Sunti, Toyol Pecah Flat



[HM] SUBANG JAYA: Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan kerugian mencecah ribuan ringgit.

Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin.

Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu.

“Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit,” katanya.

Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit.
 
 DITAHAN...suspek
DITAHAN...suspek
 
 
 

, ,

Khamis, 19 April 2012

Susulan Kes Gadis Dirogol Di Depan Adik dan Sepupu. Kereta Suspek dan Barang Mangsa Ditemukan

[SH] PETALING JAYA – Penjenayah yang terlibat dalam kes rogol dan dan samun di Damansara Damai minggu lalu dipercayai terlibat dalam kemalangan di Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, penemuan sebuah kereta Proton Saga yang ditinggalkan kerana rosak akibat kemalangan di daerah itu minggu lalu menemui barang milik mangsa yang dilarikan.

“Polis telah memanggil mangsa untuk mengenal pasti barang miliknya yang dilarikan suspek dan hasil pengecaman ke semua barangan itu adalah milik mangsa,” katanya.

Menurutnya, polis sedang menjejaki suspek yang dipercayai masih berada di negeri ini.

Dalam kejadian minggu lalu, mangsa berusia 20-an bukan sahaja disamun malah dirogol oleh suspek yang memecah masuk apartmennya kira-kira jam 4 pagi.

Suspek yang bersenjatakan parang turut memakai topeng dan kejadian turut disaksikan adik dan sepupu mangsa.


Berita terdahulu di sini.




, , , ,

Khamis, 12 April 2012

[Sadis&Tragis] Gadis Dirogol Penyamun Di Depan Adik dan Sepupu di Negara Paling Selamat di Asia Tenggara

Sekadar hiasan.
[SH] PETALING JAYA – Enggan hanya berpuas hati dengan hasil samun, seorang lelaki yang memecah masuk ke dalam sebuah apartmen dihuni lima gadis bertindak merogol salah seorang daripada mangsa.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan suspek dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin di sebuah apartmen di Damansara Damai.

Menurut sumber, suspek yang pada mulanya hanya ingin mengambil barangan berharga milik mangsa, berubah fikiran dan ingin melampiaskan nafsunya ke atas salah seorang mangsa.

Bersenjatakan pisau, suspek mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya mereka menjerit atau cuba melarikan diri.

“Penyamun bertopeng itu memilih mangsa berusia 20-an dan merogol mangsa sambil diperhatikan oleh adik dan sepupunya yang berumur 17 dan 20 tahun di dalam bilik,” katanya.

Mangsa dirogol sambil pisau diletakkan di lehernya oleh suspek yang melarikan diri sebaik selesai melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sumber itu berkata, mangsa sempat mengecam wajah suspek selepas lelaki itu menanggalkan topengnya yang dipakainya.

Suspek memasuki apartmen terbabit dengan memecahkan mangga rumah dan mengambil masa kira-kira sejam sebelum melarikan diri.

“Ketika kejadian terdapat dua lagi rakan serumah mangsa namun mereka tidak menyedari kejadian itu kerana tidur di bilik lain,” katanya.

Ketiga-tiga mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan dan suspek terlibat sudah dikenal pasti.

“Polis ketika ini sedang melancarkan gerakan memburu suspek yang ketika ini berada di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah seksyen Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan seksyen 395 samun bersenjata. 





,

Selasa, 3 April 2012

Lelaki Didenda Kerana Ceroboh Rumah Anak Dara


[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang buruh bukan sahaja terpaksa berputih mata setelah hasratnya untuk ‘skodeng’ anak dara jirannya dengan menceroboh bilik air tidak kesampaian, tetapi lebih malang, dia turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas perbuatannya itu.

Sebagai pembalasannya, tertuduh, Mat Taha Ismail, 39, dari Kampung Lingai, Batu Rakit, di sini, yang dipercayai turut berhajat untuk melakukan jenayah lain dikenakan denda RM2,500 selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Mat Taha turut berhadapan hukuman empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda terbabit.

Hukuman dijatuhkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh mengaku salah menceroboh masuk rumah milik Nurul Alia Embong, 20, kira-kira jam 10 pagi pada 27 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Ngiam Ooi Ming dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa yang baru terjaga dari tidur terkejut setelah ternampak tertuduh di hadapan pintu tandas rumahnya.

Mungkin terkejut dengan teguran itu, tertuduh terus melarikan diri melalui pintu yang diumpilnya sebelum ini. Curiga dengan tindak-tanduk tertuduh, mangsa terus membuat pemeriksaan lanjut di dalam rumahnya tetapi mendapati tidak ada barang berharga yang hilang.

Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, mangsa buat laporan di Balai Polis Batu Rakit.


, ,

Isnin, 26 Mac 2012

Rumah ADUN Slim BN Kena Rompak


[SH] TANJUNG MALIM – “Ambillah apa saja kau nak, tapi jangan apa-apakan keluarga aku.” Hanya itu yang diungkapkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib ketika berhadapan dengan tiga perompak di rumahnya.

Keluarga wakil rakyat itu mungkin tidak dapat melupakan kejadian awal pagi Sabtu lalu buat selama-lamanya apabila kediaman mereka di Taman Wangsa Maju, di sini, dipecah masuk.

Khusairi berkata, ketika kejadian beliau dan isteri sedang lena di bilik tidur utama manakala empat anak mereka, berusia antara sembilan dan 18 tahun tidur di bilik masing-masing.

Beliau tersedar apabila seseorang mengejutkannya dan mendapati ada dua lelaki memakai topeng muka berada di atas katil sambil salah seorang daripadanya mengacukan pisau ke arahnya dan isteri.

Terkejut dengan keadaan itu, beliau menjerit dan salah seorang perompak memberi amaran supaya senyap dan mengikat tangannya serta isteri menggunakan wayar.

Katanya, jeritannya itu didengari salah seorang anak lelakinya berusia 14 tahun yang bertindak memeriksa apa yang berlaku, namun dise­dari salah seorang perompak sedang berada di pintu.

Kata beliau, suspek menahan anaknya itu dan berlaku pergelutan menyebabkan anaknya alami luka di badan serta lengannya.

Khusairi berkata, tiga anak­nya berusia sembilan 13 hingga13 tahun dibawa ke bilik tidurnya dan ditempatkan bersama-sama beliau dan isterinya sebelum perompak menggeledah biliknya untuk mencari barangan berharga.

“Ketika itu, saya hanya mampu berdoa dalam hati agar penjenayah yang dipercayai warga asing berdasarkan pertuturan mereka, tidak apa-apakan isteri dan anak-anak saya.

“Saya memberitahu mereka untuk ambil apa sahaja barang yang ada, tapi jangan kacau isteri dan anak-anak saya,” katanya, ketika menceritakan detik-detik cemas, di rumahnya, di sini, semalam.

Khusairi berkata, dua daripada penjenayah itu memakai topeng muka manakala seorang lagi menutup muka dengan baju.

“Antara yang dibawa lari wang tunai lebih kurang RM4,000, barang kemas, i-Pad, Samsung Galaxy Tab, telefon bimbit, komputer riba serta pasport antarabangsa milik saya. Kerugian dianggar berjumlah RM40,000.

“Kira-kira 30 minit mereka menggeledah rumah. Mereka melarikan diri melalui balkoni rumah,” katanya.

Menurutnya, setelah mendapati keadaan selamat, beliau meminta anak membuka ikatan pada tangan sebelum pergi ke bilik belakang untuk melihat anak lelakinya yang berusia 18 tahun yang diikat pada katil.

Kemudian katanya, beliau menghubungi polis yang tiba 10 minit kemudian.

“Saya buat laporan polis di Balai Polis Tanjung Malim jam 3.33 pagi. Sejam kemudian Unit Anjing Pengesan dan Forensik dari Ipoh datang buat pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Na-yan ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang giat menjejaki penjenayah itu.


, ,

Selasa, 20 Mac 2012

Jurutol Dicabul dengan RAKUS


[SH] SHAH ALAM – Kaki, tangan diikat pada katil dan kemudian seorang penjenayah mencabul dengan rakus.

Itu detik hitam dilalui seorang jurutol, berumur 20 tahun, ketika berada seorang diri di rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong, Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berbaju kuning dan berseluar jean memecah masuk rumahnya, jam 12.50 tengah malam.

Menurut sumber polis, lelaki itu terus menyerang mangsa dari arah belakang dan mengacukan pisau di lehernya.

Difahamkan, pada awalnya lelaki tersebut cuba meragut rantai emas milik mangsa, tetapi tidak berjaya.

Katanya, lelaki itu seterusnya mengarahkan mangsa supaya diam, sebelum mulut wanita terbabit diikat dengan menggunakan kain.

“Lelaki itu mengarah mangsa baring di atas lantai. Kaki dan tangannya diikat pada katil dengan menggunakan kain.

“Seluar mangsa kemudiannya ditanggalkan dan lelaki itu terus mencabulnya,” katanya, semalam.

Menurutnya, mangsa dapat melepaskan ikatan selepas lelaki tersebut melarikan diri.

“Mangsa kemudiannya mem­buat laporan polis setelah dua rakan sekerjanya pulang,” katanya.

Menurutnya, susulan itu, polis memberkas dua lelaki warga Indonesia, berumur 54 dan 32 tahun, bagi membantu siasatan.

“Mangsa tidak mengenali suspek terbabit dan sewaktu kejadian, suspek menutup muka dengan baju,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH