Ketua Polis Negara Sahkan Video Seks Tulen. Pelakonnya ialah...
![]() |
| Sekadar hiasan. |
...?. Masih misteri lagi tuan-tuan. Itulah keraguan yang timbul daripada penjelasan KPN. Maafkan saya kerana menggemparkan petang Jumaat anda.
TMI melaporkan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyatakan bahawa pakar-pakar tempatan telah mengesahkan rakaman video seks yang didedahkan oleh “Datuk T” awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direkayasa atau dipalsukan.
Biarpun mendakwa video itu tulen, namun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam adegan seks dalam rakaman video seks itu. Ismail berkata penemuan itu adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.
Mengapa enggan mendedahkan "pelakon" porno itu? Siapa yang telah dipanggil untuk membantu siasatan sedangkan timbul kontroversi tentang tangkapan yang telah diuar-uarkan sebelum ini? Bagaimana pihak polis boleh membuat pengesahan jika tiada saksi dipanggil untuk memberikan keterangan/disiasat? DSAI juga rasanya belum disiasat untuk mengesahkan alibinya pada tarikh rakaman.
Bagi saya, keengganan polis mendedahkan identiti pelakon video ini hanya akan menimbulkan keraguan di hati masyarakat terutamanya masyarakat yang tinggal di pedalaman yang tidak terdedah dengan maklumat alternatif. Masyarakat dibiarkan berteka-teki. Laporan di media pro-UMCO yang isi dan gaya penyampaiannya yang berat sebelah sudah memadai untuk "membantu" masyarakat yang jahil maklumat meneka gerangan pelakon itu, walaupun hakikatnya video itu sebahagian daripada rancangan jahat musuh politik Anwar Ibrahim!
P/s: Bila pula KPN mahu menyiasat kesalahan Datuk Trio ini kerana menayangkan filem porno kepada orang awam? Bila pula KPN mahu menyiasat ugutan politik yang dilemparkan oleh trio ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri? Bila KPN mahu menyerahkan kertas hasil siasatan kes memiliki, menayangkan klip lucah, dan membuat ugutan politik melibatkan Datuk Trio kepada Peguam Negara?
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.





