Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Rabu, 5 Disember 2012

[PANAS] Kes Kematian Aminulrasyid: Mahkamah BEBASKAN Koperal Jenain, Alasan...




[SH] SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menerima rayuan Koperal Jenain Subi dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuannya memutuskan demikian selepas mendapati Jenain, 49, tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk memberhentikan kenderaan dipandunya.

Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Beliau juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.

Ketika menjatuhkan hukuman September 2011, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.

Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Aminulrasyid Amzah

P/s: Hebat undang-undang Malaysia!!! Polis tembak lebih 20 kali diterima sebagai alasan untuk memberhentikan kereta. Gila! Mengapa polis tidak menyasarkan tembakan pada bahagian tayar? Adakah pada pandangan mata polis, Aminulrasyid dan rakannya merupakan suspek jenayah yang sangat-sangat dikehendaki polis pada ketika itu?

Gila!

Moga-moga keluarga Aminulrasyid tabah menerima penghakiman mahkamah yang membebaskan individu yang menembak mati Aminulrasyid. Insya-Allah, mereka masih ada ruang dan peluang untuk menuntut keadilan.

BEBAS… Koperal Jenain Subi, 49, ketika keluar dari mahkamah sambil diucapkan tahniah oleh rakannya, selepas Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan beliau daripada tuduhan menyebabkan kematian remaja lelaki Aminulrasyid Amzah, 15, dua tahun lepas di sini, Rabu. Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah sesyen di sini pada September tahun lepas. - Teks: Mstar/Foto:BERNAMA


 Laporan Berkaitan:

Koperal Jenain Dipenjara Lima Tahun
15/09/2011

[Bernama] SHAH ALAM 15 Sept. - Seorang anggota polis berpangkat Koperal, Jenain Subi dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lepas.

Hakim Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Jenain, 48, didakwa melakukan kesalahan itu antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.

Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M.Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi. 


Respons Keluarga Aminulrasyid:

[Bernama] ... "Sudahlah keputusan awal ke atas tertuduh sebelum ini hanya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan kali ini dalam keputusan rayuan tertuduh dibebas daripada kesalahan itu.
  
"Saya sebagai seorang ibu mahukan hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana anak saya bukan penjenayah tetapi hanya tidak memiliki lesen memandu semasa kejadian berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Seksyen 11 di sini hari ini.
  
Norsiah berkata beliau hanya mengetahui mengenai keputusan pembebasan Jenain selepas dihubungi anak sulungnya, Nor Azura, 42, yang membaca berita di Internet.
  
Beliau berkata keluarganya tidak dapat hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan kerana semua anaknya sibuk bekerja dan hanya mampu berdoa di rumah supaya anggota polis itu dijatuhi hukuman setimpal.
  
"Bagaimanapun saya amat terkejut dan terkilan dengan keputusan ini. Saya juga rasa sangat sedih kerana kematian anak saya seolah-olah tidak mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.







, ,

Remaja 14 Tahun Baling Sabit Elak Dirogol Perompak

NADIA menunjukkan parang yang ditinggalkan perompak ketika memecah masuk rumah neneknya di Teluk Intan Sabtu lalu.

[Kosmo] TELUK INTAN – Tindakan berani seorang gadis melawan seorang perompak dengan membaling sabit ke arah suspek bukan sahaja dapat menyelamatkan maruahnya daripada dinodai malah berjaya membuatkan lelaki itu bertempiaran lari.

Kejadian pukul 7.30 malam di di sini pada Sabtu lalu berlaku ketika gadis yang dikenali sebagai Nadia, 14, didatangi perompak bersenjatakan parang panjang ketika berada di dalam rumah bersama neneknya.

Mengimbau semula kejadian itu, Nadia memberitahu, sebelum kejadian, neneknya sedang membaca surah Yasin selepas mengerjakan solat Maghrib di ruang tamu manakala dia berada di dalam bilik.

Ahli keluarganya yang lain keluar ke bandar Teluk Intan untuk membeli barangan keperluan.

Siti Nadia bersekolah di Selangor dan datang ke sini kerana cuti sekolah.

“Tiba-tiba saya terdengar nenek menjerit meminta tolong. Sebaik keluar, saya ternampak seorang lelaki sedang mengacu parang ke arah nenek.

“Penjenayah kemudiannya meminta saya menanggalkan pakaian dan kata mahu rogol saya jika nenek enggan menyerahkan gelang dan cincin emas yang dipakai,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.


PANJANG...Che Pah menunjukkan parang dan sabit yang digunakan cucunya, Nurul Shahira  yang mengejar penjenayah terbabit. Gambar kecil, Che Pah menunjukkan jarinya yang cedera.
PANJANG...Che Pah menunjukkan parang dan sabit yang digunakan cucunya, Nurul Shahira yang mengejar penjenayah terbabit. Gambar kecil, Che Pah menunjukkan jarinya yang cedera.- Teks/Foto: HM




, , , ,

[Gambar&Video] Penyokong BN Serang Ceramah PR, Seorang Cedera Ditikam



[KD] Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gombak malam tadi.

Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN.

Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini.

Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah.

Mengulas kejadian itu ketika berpidato, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras perbuatan zalim itu.

“Ikut sejarah Islam, yang baling batu ini siapa? Puak Jahiliyah!” katanya yang turut mendesak polis menjalankan siasatan sehingga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan.

“Kalau tak ambil tindakan, saya sendiri datang cari Ketua Polis (Daerah) Gombak,” katanya dengan nada tegas.

Beliau juga meminta penyokong Pakatan tidak membalas kezaliman itu, sebaliknya menjaga akhlak dan istiqamah dalam perjuangan.

“Kalau kita pun balas baling batu, kita sama dengan mereka.Kita nak menang jaga akhlak, Kita nak menang pertahan Semangat Perlembagaan” katanya.























P/s: Lahanat!!!!




Laporan Berkaitan:

PKR Kecam Ketua Pemuda Umno Gombak Kerana Serang Ceramah Merdeka Rakyat   
 
[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Dis – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengecam Ketua Pemuda Umno Gombak Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang mengetuai sekumpulan samseng menyerang ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi.

Pergaduhan bermula kira-kira jam 10 malam semasa ahli parlimen Gombak tersebut memulakan ucapannya yang menyaksikan batu dan kayu dibaling ke arah orang ramai di Dataran Sharuddin, Batu 8 ½.

”Saya sangat kesal dengan sikap biadap Umno ini, malahan ada juga yang cedera akibat sikap samseng ini,” kata Azmin ketika ditemui The Malaysian Insider selepas ketegangan diantara penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) reda malam tadi.

Menurut Azmin lagi, lebih mengecewakan lagi kerana Megat yang merupakan anak guru silat, Tan Sri Omar Din Mauju yang sengaja merancang provokasi semasa ceramah.

Timbalan presiden PKR itu mendakwa Megat dan kumpulan yang diketuainya melontar kata-kata kesat dan membaling objek ke arah lokasi ceramah.

“Mereka (Umno) menggunakan ahli silat untuk mencetuskan provokasi.

“

Md Haidir SamsuddinMegat sendiri mengetuai kumpulan tersebut mencetuskan provokasi dan bergaduh dengan sukarelawan Pakatan Rakyat (PR) disini,” tambah beliau lagi.

Dalam serangan tersebut, beberapa sukarelawan cedera di kepala akibat dibaling batu dan ada juga yang ditusuk dengan benda tajam semasa insiden.

Antara mangsa tersebut ialah Md Haidir Samsuddin, 48 yang cedera di kepala akibat terkena batu yang dibaling oleh samseng tersebut.

“Saya ketika itu di tepi jalan sedang mengawal keadaan semasa samseng Umno cuba buat kecoh.

“Tiba-tiba batu besar daripada seberang jalan jatuh mengenai kepala saya,” kata Haidir berdarah dikepalanya.

Ekoran kekecohan itu, sekumpulan Polis Bantuan Persekutuan (FRU) yang berada di lokasi dengan cepat mengawal keadaan dan membentuk perisai bagi memisahkan antara kedua-dua kumpulan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Rosly Hassan berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada individu yang tercedera serta mendakwa keadaan terkawal semasa insiden berlaku.

”Tiada laporan polis setakat ini dan keadaan terkawal,” kata Rosly semasa ditemui The Malaysian Insider ditempat kejadian.

Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama, sebelum ini di Lembah Pantai turut berlaku kejadian sama apabila ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu sehingga menyebabkan ada hadirin yang tercedera.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin Anwar dan pemimpin PKR berceramah ke seluruh negara turut menjadi mangsa apabila beberapa kali disimbah dengan cat dan dibaling batu.

Dalam ceramah malam tadi, selain Azmin dan Anwar, turut hadir adalah Tamrin Ghafar dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.






, ,

Selasa, 4 Disember 2012

"53% Lompat Parti, 31% Sabotaj Umno"


(Keputusan bancian yang dibuat oleh Sinar pada jam 6.30 petang)

[HD] KUALA LUMPUR: 53 peratus akan melompat parti manakala 31 peratus lagi akan sabotaj Umno jika mereka tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Keputusan ini dicapai dari 7,894 perserta bancian Sinar Harian selepas ditanya soalan yang diandai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menggulong perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 kelmarin.

Dalam bancian itu, Sinar bertanya kepada pelayarnya, "Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda"

Lima pilihan jawapan diberikan sebagaimana diberikan oleh Najib Sabtu lepas.

Solan-soalan itu adalah:

1) Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon: 6 % (473)

2) Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon : 2 % (194)

3) Tidak akan kerja masa PRU13 : 7 % (558)

4) Saya akan sabotaj Umno-BN: 31 % (2482)

5) Saya akan lompat parti: 53 % (4187)

Jumlah Undian: 7894

Semasa membuat ucapan penggulongan semalam, Najib membuat soalan cepumas itu kepada perwakilan Umno.

Ketika itu, tidak ada sikap yang jelas di kalangan perwakilan kerana tidak ada bancian yang dibuat.

Berdasarkan bancian Sinar yang dibuat mulai semalam itu, hanya 6 peratus atau 473 peserta bancian sahaja yang berkata "Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon."

Hanya 2 peratus pula yang berkata "Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon".

Manakala 7 peratus berkata, "Tidak akan kerja masa PRU13".

Kesemua jawapan ini memberikan serangan saikoloji yang kuat kepada Umno khasnya Najib yang membuat semua andaian itu.

, ,

Kes Pembunuhan Sosilawati: Tertuduh Keempat Dakwa Pathmanabhan Ada di Lokasi Kejadian


PATHMANABHAN dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

[Kosmo] SHAH ALAM - Perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi di sini semalam memasuki episod baharu apabila salah seorang tertuduh mengesahkan bahawa bekas peguam, N. Pathmanabhan berada di Ladang Gadong, Banting pada malam kejadian bunuh pada 30 Ogos 2010.

Ladang Gadong yang dimiliki Pathmanabhan merupakan ladang ternakan haiwan dan buah-buahan, tempat kejadian bunuh itu berlaku.

Keterangan tertuduh keempat itu, R. Kathavarayan bagaimanapun menyebabkan peguamnya, Ravi Nekoo menarik diri daripada mewakili tertuduh atas alasan keterangan anak guam bertentangan dengan arahan diberikan sebelum ini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan penarikan diri Ravi dan mengarahkan Khatavarayan berbincang dengan ahli keluarga sama ada hendak melantik peguam lain atau sebaliknya.

"Itu merupakan hak yang ada pada Khatavarayan. Kalau paksa peguam pun tidak elok," kata Akhtar yang turut memerintahkan supaya Khatavarayan diasing daripada ketiga-tiga tertuduh lain sehingga dia selesai memberi keterangan.

Terdahulu, Khatavarayan ketika disoal Ravi, mengesahkan bahawa Pathmanabhan datang ke Ladang Gadong pada pukul 7 malam, 30 Ogos 2010 bersama beberapa orang rakan bekas peguam itu yang antara mereka dikenalinya tetapi mendakwa tidak tahu nama mereka.

"Pathmanabhan ada dan seingat saya ada lima orang berketurunan Melayu, seorang Cina dan seorang lagi India yang datang ke ladang itu pada pukul 7 petang," kata Khatavarayan.


Berita Berkaitan:

Tertuduh Kes Sosilawati Buat Laporan Bimbang Akan Keselamatannya


 
[Bernama] Jumlah anggota polis yang berkawal di Mahkamah Tinggi Shah yang membicarakan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya semalam lebih ramai daripada biasa, ekoran seorang daripada tertuduh membuat laporan bimbangkan keselamatannya.
  
Tertuduh keempat R.Kathavarayan, membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarganya, kata Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff di sini hari ini.
  
Beliau berkata demikian setelah peguam Manjeet Singh Dhillon membangkitkan mengenai kehadiran ramai anggota polis yang berkawal di mahkamah itu.
  
Manjeet yang mewakili tertuduh pertama, bekas peguam N Pathmanabhan, turut mempersoal kenapa Kathavarayan diasingkan daripada tertuduh yang lain.
  
Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata pada prosiding kelmarin, beliau telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan mana-mana pihak, termasuk pendakwaan atau pembelaan mendekati Kathavarayan memandangkan tertuduh masih belum selesai memberi keterangan.
  
Ishak turut menjelaskan bahawa tertuduh keempat telah membuat laporan polis mengenai keselamatan keluarganya, dan oleh itu adalah tidak salah pihak polis menjalankan tugas menjaga keselamatan.
  
Hakim Akhtar bertanyakan Kathavarayan mengapa dia membuat laporan polis dan tertuduh menjawab dia akan menjelaskannya apabila memberi keterangan nanti.
  
Ketika Hakim Akhtar membangkitkan mengenai peguambela, tertuduh keempat menjawab: "Saya ingin bercakap, saya tidak mahu peguam."
  
Pada prosiding semalam, peguam Ravi Nekoo yang mewakili Kathavarayan memutuskan untuk menarik diri daripada mewakili tertuduh, atas alasan keterangan diberikan tertuduh di mahkamah berbeza daripada arahan yang diberikan kepada peguam itu sebelum ini.
  
Manjeet Singh kemudian mencadangkan bahawa tertuduh perlu diwakili peguambela memandangkan kes itu melibatkan hukuman mati mandatori.
  
"Kita sudah pun habiskan masa dua tahun (terhadap kes ini). Saya tidak mahu menghabiskan dua tahun lagi. Jika dia tidak suka peguam yang ada, dia masih boleh tukar, tetapi dia mesti diwakili," katanya.
  
Hakim Akhtar kemudian memutuskan bahawa mahkamah akan melantik peguam untuk mewakili Kathavarayan bagi membolehkan tertuduh merujuk kepada peguam berhubung keterangan yang akan diberikannya dalam perbicaraan.
  
"Jika dia tidak diwakili, dia akan memberikan keterangan yang tidak relevan. Peguam boleh memudahkan bagaimana soalan dikemukakan. Tertuduh boleh mempercayainya.
  
Berikutan perkembangan terbaru itu, Akhtar memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan sehingga 14 Januari tahun depan.

Kathavarayan, 32, diperintah membela diri bersama Pathmanabhan, 43, T Thilaiyalagan, 21, dan R Matan, 22, atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
  
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
  
Keempat-empat tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dihukum mati mandatori, jika sabit kesalahan.



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH