Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Khamis, 19 Mac 2009

DESAKAN MANSUHKAN PPSMI ANTARA 10 RESOLUSI KONGRES KEBUDAYAAN MELAYU II 2009


Kongres Kebudayaan Melayu II (KKM II) yang berlangsung di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur pada 16-17 Mac 2009 merupakan kesinambungan KKM I dan Kongres Kebudayaan Kebangsaan (KKK). Kongres ini dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara, dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Majlis pembukaan kongres ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Shaffie Afdal, manakala ditutup secara rasminya oleh Pengerusi Bernama Dato Seri Annuar Zaini.

Dalam kongres tersebut sebanyak 10 resolusi yang menyentuh pelbagai bidang telah dikemukakan. Resolusi-resolusi tersebut ialah Kebudayaan Nasional; Kenegaraan dan Perlembagaan; Sistem Politik; Sistem Ekonomi; Pendidikan; Bahasa, Kesusasteraan, dan Kesenian; Islam; Perpaduan Bangsa; dan Globalisasi.

Yang menariknya, KKM II turut mendesak agar bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan dikembalikan fungsi asalnya sebagai bahasa pengantaraan di sekolah dan universiti. Walaupun tidak dinyatakan secara langsung, resolusi yang dikemukakan turut meminta kerajaan memansuhkan PPSMI dan mengembalikan dasar bahasa dalam pendidikan sebelum perubahan dasar tersebut pada tahun 2003. Yang berikut ialah inti pati Resolusi Pendidikan dan Resolusi Bahasa, Kesusasteraan, dan Kesenian yang menekankan hak dan fungsi bahasa kebangsaan sama ada dalam bidang pendidikan atau dalam bidang lain:

RESOLUSI PENDIDIKAN
a. Sistem pendidikan mestilah berfungsi sebagai wahana membina keutuhan negara, perpaduan bangsa, jati diri bangsa, keilmuan dalam semua lapisan masyarakat, minda dinamis serta progresif, sikap dan nilai patriotik serta nasionalistik dan kemajuan negara di mata dunia;

b. Kerajaan mesti melaksanakan dan mencapai kesaksamaan pendidikan berkualiti melalui perantaraan bahasa kebangsaan tunggal, kemudahan menyeluruh di semua wilayah, meritokrasi yang terpilih daripada semua golongan dan penyampaian khidmat yang penuh azam serta dedikasi oleh semua pihak;

c. Kami mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti demi perpaduan bangsa, keutuhan negara dan kemajuan seluruh lapisan masyarakat; perlaksanaan dasar pengajaran selain bahasa kebangsaan akan melemahkan maruah bangsa, menjatuhkan martabat negara dan menanam perpecahan antara kaum dan lapisan masyarakat; segala tindakan berkaitan bahasa kebangsaan mestilah selaras peruntukan semua perundangan negara;

d. Pendidikan bahasa kebangsaan mesti diwajibkan kepada semua warganegara sehingga ke tahap fasih, sambil menggalakkan mereka memperoleh kemahiran bahasa kedua dan pelbagai bidang ilmu; semua anggota tadbiran kerajaan dan masyarakat awam terutama anggota dalam perkhidmatan dan pembuatan (penggubalan) undang-undang mesti diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan fasih demi pencapaian keadilan dalam masyarakat;

e. Kerajaan mesti melaksanakan pendidikan seni serta nilai-nilai kebudayaan kebangsaan dan sejarah serta peradaban bangsa sebagai landasan untuk mencapai kekuatan peribadi, keutuhan jati diri serta ketaatsetiaan terhadap negara dan bangsa;

f. Kerajaan mesti meneliti kembali kurikulum pelajaran kebangsaan untuk meneguhkan pendidikan semasa dan antarabangsa serta jati diri melalui peneguhan pendidikan sastera, budaya, dan bahasa.

RESOLUSI BAHASA, KESUSASTERAAN, DAN KESENIAN
a. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang mesti diperoleh dengan sebaiknya oleh semua lapisan masyarakat demi keutuhan dan dan kesatuan bangsa dan negara;

b. Bahasa Kebangsaan telah membuktikan keupayaannya untuk menjadi perantaraan pendidikan dan pencapaian segala bidang keilmuan serta kemahiran setingginya, bagi semua lapisan masyarakat;

c. Permerolehan bahasa-bahasa lain adalah kemahiran tambahan yang wajar bagi meningkatkan keupayaan bangsa, mendalami sumber keilmuan dan meluaskan hubungan di serata dunia antarabangsa;

d. Dasar bahasa dalam pendidikan mestilah dikembalikan kepada dasar yang berkuat kuasa sebelum 2003 sebagai bahasa pengantar di seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah kepada tahap universiti;

e. Kesusasteraan adalah wahana kemanusiaan yang berbudi tinggi demi pembinaan bangsa yang beradab dan berhemah tinggi serta berjiwa besar oleh itu mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mestilah dijadikan mata pelajaran teras dan wajib dalam semua lapisan pendidikan Negara.

f. Kesenian adalah pengucapan dan daya cipta mulia dan tinggi bagi setiap individu dan seluruh bangsa demi pemertabatan maruah dan hemah pada tahap antarabangsa, maka pembinaan dan kemajuan seni mestilah selaras dengan landasan kebudayaan kebangsaan serta dari kekayaan sumbernya di seluruh Alam Melayu dan warisan kemanusiaan global.


Selain dua resolusi di atas, KKM II turut menegaskan kembali prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan melalui Resolusi Kebudayaan Nasional, iaitu:
i. kebudayaan kebangsaan mesti berasaskan kebudayaan peribumi di rantau Alam Melayu,
ii.unsur-unsur kebudayaan lain boleh disesuaikan dengan kebudayaan kebangsaan,
iii. Islam adalah unsur utama dalam kebudayaan kebangsaan.

Resolusi ini turut menolak segala gagasan dan tafsiran yang berkait dengan “multiculturalism” sebagai kerangka pemikiran dan pembangunan kebudayaan kebangsaan Malaysia yang akan mengancam dan meruntuhkan seluruh sistem kebudayaan bangsa. KKM II menegaskan kerangka dan pembangunan kebudayaan kebangsaan perlulah berteraskan kebudayaan masyarakat peribumi.

Dalam Resolusi Kenegaraan dan Perlembagaan, KKM II turut meminta semua rakyat menghormati institusi raja dan Perlembagaan negara. Dalam hal ini, KKM II menyeru agar Perlembagaan negara tidak dipinda dengan sewenang-wenang. Penegasan hal ini dinyatakan seperti yang berikut:

b. Kami menegaskan bahawa pelbagai perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah merujuk kepada keutuhan kenegaraan Melayu sebagai teras mulia dan sakral bagi perundangan itu. Maka dengan itu, kami mendesak dan menuntut semua rakyat menghormati semua peruntukan dalam semua undang-undang perlembagaan itu tanpa tafsiran terpilih-pilih dan serong terhadap setiap peruntukannya;

c. Kami menghormati prinsip “pemisahan kuasa” dalam Perlembagaan negara dan yakin terhadap fungsi pemerintahan adil yang tersirat di dalam prinsip itu, maka dengan itu kami juga menuntut agar Perlembagaan tidak dipinda sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan kemuliaan raja, kepentingan rakyat dan hak istimewa Melayu/Bumiputera dan serta hak asasi semua rakyat menjadi lemah dan remeh;

d. Keseimbangan kuasa antara kedaulatan serta kemuliaan raja dan rakyat mestilah sentiasa terpelihara melalui adat-istiadat atau konvensi kenegaraan dan pemerintahan demokrasi yang adil dan penuh tanggungjawab dan beradab; kedua-dua pihak ini adalah pengimbang wajar terhadap kemutlakan kuasa masing-masing demi kewujudan seluruh bangsa;



KKM II juga “menuntut segala bentuk peruntukan perundangan yang meremehkan dan menjatuhkan kemuliaan raja sebagai puncak pemerintah negara dan negeri-negeri mestilah dipinda dan ditarik balik”. Hal ini mengingatkan kita terhadap pindaan Perlembagaan yang dibuat pada tahun 1993 ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja Melayu hangat diperkatakan pada ketika itu. Hasil daripada pindaan tersebut, instusi raja telah hilang kekebalannya dan bermula dari situ tercetuslah pelbagai episod yang mencemarkan institusi tersebut. Selain itu, Resolusi Sistem Politik turut meminta “keluhuran Perlembagaan dan dasar-dasar utama negara yakni dasar pendidikan, dasar kebudayaan, Rukunegara dan dasar bahasa kebangsaan dikembalikan sebagai asas tindakan semasa”.

Hakikatnya, resolusi yang telah dimaktubkan oleh kongres ini tidak membawa apa-apa erti tanpa keinginan politik pihak yang mempunyai kuasa untuk melaksanakannya. Resolusi hanya tinggal resolusi tanpa pelaksanaan. Sebagai rakyat yang yakin bahawa bahasa Melayu itu “tak lekang di panas, tak lapuk di hujan” sifatnya, kita berharap agar dasar-dasar yang akan mengganggu gugat perkembangan bahasa itu dapat dihapuskan demi kelangsungan bahasa yang telah bertapak di bumi Nusantara sejak zaman-berzaman. Begitu juga halnya dengan perkara-perkara lain yang dibangkitkan dalam kongres tersebut yang sememangnya perlu dipertahankan demi keharmonian yang telah terjalin sejak sekian lama.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH