Marina Mahathir Tuntut ISMA Tarik Kenyataan Atau...
Marina Mahu ISMA Tarik Balik Kenyataan
[SH] SHAH ALAM - Datin Paduka Marina Mahathir menuntut Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan pemegang jawatan tertinggi pertubuhan itu menarik balik tuduhan ke atasnya yang mengatakan beliau adalah 'dalang' di sebalik tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).
Menurut Marina, selain menarik balik kenyataan itu, beliau turut menuntut Isma menarik balik tuduhan sama dari semua media massa dan media online mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dengan serta-merta.
“Walaupun saya adalah Ahli Lembaga Pengarah Sisters in Islam (Sis) yang juga di antara 54 NGO dalam Comango namun, saya langsung tidak terlibat dalam proses mengeluarkan laporan tersebut.
“Saya menganggap kata-kata palsu dalam risalah Isma ini memberi gambaran yang amat buruk mengenai diri saya dan mencemarkan nama baik saya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 8 November, Isma dilaporkan telah mengedarkan 70,000 risalah di masjid-masjid di seluruh negara yang mendakwa Marina sebagai salah seorang 'dalang' di belakang gabungan NGO yang dikenali sebagai Comango.
Menurut Isma, risalah-risalah itu bertujuan menjelaskan kepada seluruh umat Islam bahawa tuntutan Comango telah mengancam kedudukan Islam di Malaysia yang didalangi tokoh-tokoh liberal dan 54 NGO anti Islam.
Isma mendakwa, antara dalang dalam isu Comango ini ialah Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran, Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel dan termasuk Marina sendiri.
Tambah Marina, beliau juga memandang berat penerbitan semula risalah Isma di media cetak ataupun online dan menganggap tindakan ini sebagai turut mencemar nama baiknya.
“Saya juga meminta semua media massa menarik balik penerbitan risalah ini atau saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbitan tersebut,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, media melaporkan, Comango menuntut pindaan dalam Perlembagaan dan undang-undang negara berkaitan hak asasi yang dibentang pada sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Siwtzerland, 24 Oktober lalu.
Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.
Sementara itu, pada setiap empat setengah tahun, kumpulan kerja UPR dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB akan menilai rekod hak asasi manusia kesemua 193 negara anggota PBB. - 11/11/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.