Guru Mengaku Beri Murid Biskut Salut AIR MANI
[HM] Los Angeles: Seorang bekas guru mengaku menutup mata dan memberi anak muridnya makan biskut disalut air maninya.
Mark Berndt, 62, mengaku bersalah terhadap 23 tuduhan yang dilakukan terhadap 30 anak muridnya di Sekolah Rendah Miramonte, Los Angeles.
Dia mungkin dihukum penjara 25 tahun.
Berndt dilapor menggelar tindakannya itu permainan merasa dan menawarkan biskut disalut air maninya kepada pelajar yang ditutup mata mereka.
Sebelum membuat pengakuan, ibu mangsa membuat kenyataan di mahkamah mendakwa hidup anak perempuan mereka kini musnah.
Menurut laporan, ada pelajar yang kini mengalami masalah pemakanan.
Berndt akhirnya ditahan selepas juruteknik gambar kedai menjual ubat melihat gambar pelajar berusia lapan tahun ditutup mata.
Polis kemudian menemui sudu plastik yang mengandungi air mani di kelas itu.
Dia turut disyaki meletakkan lipas di muka pelajar yang ditutup mulutnya.
Peguambela Manny Medrano memaklumkan kepada stesen televisyen KTLA 5, Berndt amat kesal dengan perbuatannya itu.
Tertuduh mengajar di sekolah itu selama 30 tahun dan dipecat pada 2011 selepas dakwaan terhadapnya dibuat. Berndt ditahan pada Januari 2012. - Agensi - 20/11/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.