Kecoh Surat Tawaran Nikah GADIS, JANDA di Facebook
[SH] ALOR SETAR - Sepucuk surat yang dikatakan dari Pertubuhan Syiah Taqiyah Malaysia berpusat di Pendang, dekat sini dikesan menawarkan gadis dan janda untuk menjadi isteri kepada ahlinya.
Surat bertarikh 5 Oktober lalu itu tersebar di laman Facebook dan blog itu difahamkan memberi kemudahan beristeri kepada umat Islam yang mendaftar sebagai ahli Syiah.
Menurut surat berkenaan, seramai 156 gadis dan 341 perempuan berstatus janda disediakan untuk dikahwinkan. Selain itu, dua orang saksi disediakan di samping akad nikah akan dilaksanakan oleh ayah perempuan terbabit.
Maklumat surat yang meletakkan perkara pokok "tawaran dan kemudahan yang menjadi ahli pertubuhan" itu turut menyediakan tempat penginapan kepada pasangan yang berkahwin. Manakala surat pengesahan jabatan agama akan diuruskan.
Pemerhatian Sinar Harian mendapati pemilik akaun Facebook yang menyebarkan gambar surat berkenaan menerima cemuhan daripada pengguna laman sosial itu dengan pelbagai komentar.
Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna yang memberi respons untuk mengetahui lanjut mengenai perkara itu.
Sementara itu, Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan menafikan perkara itu malah tidak tahu mengenai kewujudan surat tersebut sebelum dimaklumkan Sinar Harian.
Menyifatkan perkara itu satu fitnah, beliau berkata, tindakan itu oleh pihak tertentu sengaja ingin memburukkan nama mereka.
"Perkara ini tidak berlaku dan saya tidak tahu mengenainya penyebaran surat yang dimaksudkan. Saya lihat ada pihak yang sengaja ingin memburukkan Syiah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Ditanya mengenai kahwin muta'ah yang menjadi amalan sesetengah penganut fahaman itu, Abdullah berkata, ia tidak pernah berlaku di kalangan ahlinya.
"Ini satu perkara untuk melaga-lagakan Syiah dan umat Islam di Malaysia. Saya berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan surat tawaran berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Zakaria Mustafa berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenainya.
Menurutnya, penguatkuasaan terhadap pengikut Syiah di negeri ini belum dapat dilakukan kerana Enakmen Anti-Syiah belum diwartakan. - 23/11/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.