Vui Kong Akhirnya Terlepas daripada Hukuman Gantung
[MK] Selepas empat tahun berhempas pulas mengelakkan hukuman mati, Mahkamah Tingi Singapura membuat keputusan yang jarang-jarang berlaku dengan menukar hukuman gantung kepada penjara seumur hidup kepada penyeludup dadah Malaysia Yong Vui Kong.
Peguam M Ravi berkata, Hakim Choo Han Teck berpuas hati dengan kerjasama Yong dengan pihak berkuasa dan penglibatannya dalam penyeludupan dadah hanya sebagai pembawa.
Yong justeru akan dipenjarakan seumur hidup dan 15 kali sebatan, kata peguam hak asasi itu kepada pemberita di luar Kompleks Mahkamah Agung pagi ini.
Menurut Ravi, Yong sangat menghargai keputusan itu sehingga melutut di hadap hakim semasa keputusan pendengaran itu dibuat.
Keputusan itu nyata membuatkan aktivis anti hukuman mati yang melobi pembebasannya sejak beberapa tahun lalu menarik nafas lega. Yong, kini 23 tahun, berasal daripada Sabah.
Keputusan mahkamah itu mungkin berhubung kait dengan pembaharuan yang diluluskan dalam parlimen Singapuran November lalu yang menghapuskan hukuman mati untuk beberapa kes penyeludupan dadah dan pembunuhan.
Yong sebelum ini menulis surat-surat daripada dalam penjara untuk tatapan rakyat Malaysia, yang disiarkan dari masa ke semasa diMalaysiakini.
Beliau antaranya menceritakan kekesalannya terjebak dalam perkara itu dan bagaimana beliau menghabiskan masa dalam penjara dengan mendampingi ajaran agama.
Dalam surat terakhirnya pada Julai 2011, beliau berkata sudah sedia menghadapi hukuman mati dengan aman. -14/11/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.