Hudud: Annuar Musa Minta DAP Tutup Mulut, Biar Kelantan Laksana
[SH] SHAH ALAM – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa agar DAP tidak campur tangan berhubung isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
Beliau berkata demikian menerusi laman sosial Facebook miliknya, hari ini.
“Boleh tak gu gu (kawan-kawan) yang baik dengan DAP cakap pada mereka supaya tutup mulut. Tak perlu menyibuk hal pelaksanaan hudud di Kelantan.
“Di Kelantan, DAP tak ada setengah kerusi pun dalam Dewan Undangan Negeri. Kita tak kacau urusan hudud di Pulau Pinang atau Selangor,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata isu pelaksanaan hudud itu melibatkan orang Islam dan biarkan Kelantan melaksanakannya.
“Biar Kelantan buat. Selepas ini orang lain boleh tiru. Ini urusan agama orang Islam di negeri yang badan membuat undang-undangnya 100 peratus Islam.
“Kita tak kacau demo (mereka) pun,” katanya. - 16/11/13
P/s: Apabila UMNO bersedia melaksanakan hudud di Kelantan, sudah tentu orang ramai yang menyokong pelaksanaannya menerima baik kenyataan Tan Sri Annuar Musa di atas.
Bagi TM, jika UMNO ikhlas, Allhamdulillah. Persoalan yang paling penting, adakah Kerajaan Pusat akan bersetuju? Walaupun UMNO Kelantan bersetuju, hudud tetap tidak dapat dilaksanakan tanpa lampu hijau Kerajaan Pusat. Jika hal ini tidak diselesaikan secepat mungkin, maka hal ini hanya memberikan lonjakan politik kepada UMNO untuk merampas Kelantan dalam PRU14.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.