Bekas Suami Dramatis Wan Nur Azlin Meninggal Dunia
[HM] Kuala Lumpur: Bekas suami dramatis Wan Nur Azlin, Mohd Yazli Yaacob, 43, meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, jam 9 malam kelmarin.
Pelakon itu ketika dihubungi masih terkejut dengan pemergian Yazli kerana ketika bergelar suami isteri, bekas suaminya tidak pernah menunjukkan tanda mengalami masalah kesihatan.
“Pada jam 5 pagi (kelmarin), bekas suami mengadu sakit dada dan dihantar ke Klinik Kesihatan Gombak sebelum dirujuk ke Hospital Selayang. Namun disebabkan keadaannya makin kritikal, pihak hospital terus membawanya ke IJN.
“Anak masih tidak mampu menerima berita kematian ayah mereka, terutama anak perempuan, Dania Camelia yang sangat rapat dengan arwah,” kata dramatis itu yang turut berada di samping arwah ketika menghembuskan nafas terakhir dikelilingi ahli keluarga lain.
Jenazah Allahyarham dikebumikan pada jam 10 pagi semalam di kampung ibunya di Kampung Rizab Melayu, Tambun, Perak.
Dramatis yang baru tampil dengan drama bersiri Mencintaimu memohon sesiapa yang mengenali arwah bekas suami supaya menghalalkan makan minum dan hutang selama hidup.
Pasangan itu disahkan bercerai pada Mac lalu dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danial Luqman, 12, Danny Iskandar, 11, dan Dania Camelia, 8. - 24/11/13
P/s: Takziah.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.