Sebanyak 565157 MyKad Hilang Sehingga Oktober 2013
[AA] KUALA LUMPUR: Kes kehilangan kad pengenalan MyKad dilaporkan terus meningkat.
Mengikut statistik yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tahun ini sahaja, sehingga 30 Oktober 2013, sebanyak 565,157 MyKad telah dilaporkan hilang.
Timbalan Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar memaklumkan pada sidang Dewan Rakyat pagi ini, pada tahun 2010 sebanyak 397,079 kes kehilangan direkodkan manakala bagi 2011 sebanyak 413 068 kes dan 429 137 lagi kes direkodkan pada 2012.
Antara punca kehilangan MyKad yang dilaporkan adalah menjadi mangsa ragut, kecurian dan penjualan MyKad kepada sindiket.
Sehubungan itu, kementerian katanya sedang menyediakan pelan tindakan drastik untuk menangani masalah itu yang disifatkan semakin berleluasa.
Wan Junaidi berkata langkah-langkah penyelesaian akan dimuktamadkan dengan segera dan akan didedahkan selepas menerima pandangan dari pejabat Peguam Negara. - 20/11/13
P/s: GILA!!!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.