|
Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Ab Malik, 49, terbaring bersebelahan keretanya selepas mati ditembak dari jarak dekat di hadapan rumahnya di Taman Indera Mahkota Dua, Kuantan, Pahang pada Ahad. Kelihatan anggota Polis dan Forensik melakukan siasatan sebelum mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.-fotoBERNAMA |
|
Ahmad Rafli Abdul Malek - Foto: Sinar |
[Mstar] KUANTAN: Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback.
Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam.
P/s: Takziah.
Kemas Kini:
|
Jenazah Raflie Abdul Malik dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat selepas ditembak dari jarak dekat di hadapan rumahnya di Taman Indera Mahkota Dua dekat sini, hari ini. - Foto Bernama |
Kematian Ketua Penguat Kuasa Jaip Bermotif Bunuh
[Bernama] KUANTAN - Polis mengesahkan kematian Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Mohd Raffli Ab Malik, yang ditembak di rumahnya tengah hari tadi, bermotifkan bunuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, semasa kejadian pada 1.55 tengah hari itu, mangsa yang berumur 49 tahun sedang berehat bersama isteri dan seorang anaknya di ruang tamu.
Beliau berkata sebelum itu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an yang berjubah hitam dan berkopiah putih, yang tiba di rumah Mohd Raffli dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih, telah memanggil mangsa keluar dari rumahnya.
"Semasa keluar dari rumahnya, seorang lagi suspek berumur dalam lingkungan 30an meluru dari tempat duduk belakang kereta dan melepaskan tiga das tembakan ke arahnya," kata beliau kepada pemberita di rumah mangsa di Indera Mahkota di sini, hari ini.
Zakaria berkata dua daripada tiga das tembakan itu mengenai dada Mohd Raffli manakala satu lagi tembakan tersasar menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.
"Polis percaya suspek yang menaiki kereta itu telah berlegar-legar di kawasan rumah mangsa berdasarkan faktor suspek hanya mengambil masa seminit untuk membunuh mangsa," katanya.
Zakaria berkata, polis menyiasat kes itu dari pelbagai sudut termasuk motif lain. - 10/11/13
Lagi tak laksana hukum hudud camnilah sampai bila2
Comment by Tanpa Nama @ Ahad, November 10, 2013 4:01:00 PTGBerjubah hitam?
Comment by ms @ Ahad, November 10, 2013 4:25:00 PTG