Ahmad Busu "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" Meninggal Dunia
P/s: Takziah.
Khabarnya, arwah meninggal dunia di Hospital Ampuan Rahimah, Klang.
Laporan lanjut akan dikemaskinikan kemudian.
Kemas Kini:
Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia Akibat Strok
Ahmad Busu meninggal dunia akibat penyakit strok.
[Mstar] PETALING JAYA: Pelakon Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas magrib pada Ahad.
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini.
Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.
"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas magrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.
"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak.
Cerita lanjut di sini.
Kemas Kini:
Menurut anak Allahyarham, bapanya meninggal dunia bukan kerana strok. Kata Mohd Afiq di FBnya:
"...Dan memang jelas, dari mula karier lakonan dia pada tahun 1973 sampailah akhir dia aktif berlakon tahun 2008, dia dan kami sekeluarga sentiasa bersyukur dan sangat2 hargai layanan2 yang diberikan oleh anda, RAKYAT MALAYSIA, kepada dia. Dan semalam, dia kembali pada Allah BUKAN kerana stroke, tetapi selepas demam dan kesukaran bernafas kerana kahak yang banyak. Semua ini berlaku dalam beberapa jam."

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.