Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Isnin, 11 November 2013

Gambar ANJING Kempen Keji Pemilihan PAS



[MK] Kurang 24 jam selepas senarai muktamad calon pemilihan PAS diumumkan Sabtu lalu, bermula kempen memburuk-burukkan calon di alam maya, antaranya dengan menggambarkan seorang calon ketua Pemuda sebagai anjing.

Kempen di laman Facebook "Fikrah Islamiah Pilihan Kami" itu antaranya dilapor memuat naik gambar ketiga-tiga calon Ketua Pemuda PAS, dengan seorang daripada mereka Zulhazmi Shariff berwajah anjing.

Manakala dua lagi pesaing Suhaizan Kaian dan Kamaruzaman Mohamad pula menggunakan wajah sebenar, lapor Sinar Harian.

Zulhazmim, aktivis anti saman ekor PAS itu dilihat sebagai calonunderdog berbanding Suhaizan dan Kamaruzaman.

Ketua dewan itu Nasrudin Hassan yang tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya itu menyifatkan perkembangan itu sebagai kempen paling keji pernah dilihatnya dalam tempoh 28 tahun beliau menyertai PAS.

"Jangan cemari kemurnian, keharmonian dan kedamaian warga Pemuda PAS dengan saraf tahap 'macai' dan out of date(ketinggalan zaman) begini sama ada (perang) saraf untuk menjatuh dan menghina lawan atau saraf untuk mempopularkan diri sendiri dan mencari simpati," katanya.

Gambar sudah dibuang

Menulis di Facebook, Nasrudin menegaskan keperluan bersaing atas semangat "berlumba-lumba membuat kebaikan" kerana perwakilan menilai prestasi setiap calon.

Sementara itu, Sinar turut melaporkan Pemilik akaun tersebut memuat naik beberapa mesej yang didakwa daripada bekas timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan bekas pesuruhjaya Selangor Datuk Dr Hassan Mohamed Ali

"Jika anjing-anjing liberal ini berjaya menguasai parti, maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasarudin dan Dr Hassan Ali.

"Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP... maka ketika itu percayalah penyatuan umat Islam Melayu hanya akan tinggal impian," tulisan itu dipetik.

Pemilik akaun turut mendakwa Suhaizan menjadi kambing hitam golongan "liberal" untuk memecahkan undi Kamaruzaman yang dikatakan mempunyai pemikiran Islam yang jelas.

Tulisan itu juga menyifatkan "satu undi kepada Suhaizan bermakna akan menghilangkan satu undi kepada Islam".

Pemilihan PAS membenarkan calon mempromosikan diri namun tertakluk garis panduan, antaranya dilarang mengeluarkan kenyataan dalam pelbagai bentuk yang mengandungi
fitnah, kejian, celaan, sindiran, atau kenyataan palsu sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Tinjauan Malaysiakini ke Facebook itu sebentar tadi mendapati gambar dan tulisan berkaitan sudah dibuang. -11/11/13

P/s: Tak semestinya troper UNMO, boleh jadi troper PAS.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH