Semakin Banyak Wanita Bedah Alat Kelamin, Untuk APA??
[BH] LONDON: Pakar ginekologi di Britain memberi amaran semakin ramai remaja perempuan dan wanita yang menjalani pembedahan kosmetik alat kelamin, berikutan gambaran tidak realistik yang ditonjolkan menerusi pornografi.
Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) menjalankan lebih 2,000 prosedur pengecilan bibir faraj pada 2010, meningkat lima kali ganda dalam masa 10 tahun, kata Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (RCOG).
Ini mungkin hanya permulaan berbanding bilangan yang dilakukan di sektor swasta di mana data jarang dikumpulkan, kata Profesor Sarah Creighton, ahli jawatankuasa etika RCOG.
Beliau berkata bahawa tiada pula peningkatan bagi penyakit labial sejak sedekad lalu untuk mewajarkan aliran berkenaan, sebaliknya ia adalah disebabkan kekeliruan mereka mengenai persoalan bagaimana rupa alat kelamin ‘normal’ yang sebenarnya.
“Salah faham ini timbul daripada kecenderungan hanya sejenis rupa alat kemaluan yang ‘kemas’ yang sering kali digambarkan oleh bahan pornografi,” kata seorang ahli falsafah, Thomas Baldwin yang juga berada dalam jawatankuasa etika RCOG. - AFP - 16/11/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.