Shahrizat Tarik Balik Saman RM100j terhadap Rafizi & Zuraida
[MK] Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap dua pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin.
Langkah mengejutkan itu dibuat tanpa apa-apa syarat.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan saman itu ditarik balik selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di kamar.
Shahrizat tidak hadir. Rafizi dan Zuraida berada di mahkamah.
Di luar mahkamah, Rafizi bertegas langkah itu tidak akan menamatkan isu NFC, bahkan berazam untuk terus menyiasat perkara itu.
Katanya, keputusan Shahrizat hari ini membuktikan bahawa mereka mendedahkan perkara asas berhubung kepentingan awam.
Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah berkata, mereka telah menetapkan perkara itu sejak pernyataan tuntutan oleh Shahrizat, dan tuntutan balas Rafizi dan Zuraida .
"Beliau berpendapat kenyataan itu dibuat untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya. Itulah sebabnya dia terpaksa memfailkan secepat mungkin.
"Sekarang bahawa pilihan raya itu sudah selesai, tidak ada gunanya untuk meneruskan perkara itu lagi. Saya rasa ia adalah lebih bijak untuk mereka untuk menarik balik kes-kes mereka tanpa sebarang kos, " kata Shafee. -11/11/13
Berkaitan:
Saya akan terus siasat, cari penanggungjawaban – Rafizi
[KD] KUALA LUMPUR 11 NOVEMBER: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli tekad akan terus menyiasat untuk mencari penanggungjawaban terhadap skandal penyelewengan RM250 juta dana projek National Feedlot Corporation (NFC).
“Saya akan terus menyiasat dan mencari kebertanggungjawaban isu NFC ini walaupun selepas kes saman ini digugurkan,” kata Rafizi.
Beliau mengulas pembatalan saman RM100 juta oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadapnya dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin setelah Ketua Wanita Umno itu menarik balik saman tersebut.
Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera pagi ini.
Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu, Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida membuat kenyataan fitnah berhubung pendedahan mereka mengenai projek NFC.
Namun pada 9 Mac pula, Rafizi dan Zuraida memfailkan saman balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berhubung satu ucapan didakwa berbaur fitnah yang diujarkan bekas menteri tersebut.
Jelas Rafizi sebelum ini, langkah itu diambil untuk memastikan kes melibatkan syarikat NFC yang diusahakan keluarga menteri itu terus dibawa ke mahkamah.
Saman balas itu diambil kerana khuatir pihak plantif mungkin mengambil keputusan melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan pemimpin tertinggi BN diseret ke mahkamah untuk memberi keterangan. -11/11/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.