Bekas Pemandu SAMAN Pelakon Zahida Rafik
[Bernama] Bekas pemandu pelakon Zahida Mohamed Rafik hari ini memfailkan saman terhadap Zahida berhubung kenyataan yang dikatakan fitnah, disiarkan di akhbar berikutan kehilangan wang tunai berjumlah RM200,000.
Noor Azman Azemi, 39, yang pernah bekerja selama lima tahun dengan Zahida memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di ibu negara.
Dalam penyata tuntutan, Noor Azman mendakwa Zahida mengeluarkan kata-kata fitnah yang kemudian diterbitkan akhbar Harian Metro pada 3 Mac tahun lepas bertajuk 'Zahida Rafik Terkedu.'
Beliau mendakwa pada 5 Mac tahun lepas, Zahida sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu dengan membuat pengumuman kepada orang awam dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai Noor Azman atas alasan Noor Azman telah melarikan wang tunai miliknya.
Noor Azman turut mendakwa berikutan kenyataan fitnah itu, beliau gagal mendapat pekerjaan lain dan diburu pihak polis, hingga direman selama empat hari.
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, kadar faedah dan injunksi untuk menghalang Zahida menyatakan kenyataan fitnah serta kos lain. - 27/11/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.