Duagaan Suami dari Lombok
YUSDI menceritakan mengenai kehilangan isterinya (gambar kecil). |
[HM] Rawang: Kerap dihebahkan mengenai pemuda dari Lombok, Indonesia menculik dan melarikan wanita negara ini, namun lain halnya dengan seorang lelaki dari daerah berkenaan apabila isterinya pula didakwa dilarikan lelaki warga Pakistan.
Yusdi Putra, 42, dari Bukit Beruntung, dekat sini mendakwa isterinya, Siti Rohani Abdul Rasid, 36, wanita warga tempatan yang dikahwini sembilan tahun lalu, menghilangkan diri bersama teman lelakinya itu, sejak tiga bulan lalu.
Menurutnya, dia sedih dan kecewa dengan tindakan isterinya yang tergamak meninggalkan tiga anak berusia satu hingga lima tahun yang kini sering mengalami masalah kesihatan akibat rindukan ibu mereka.
Yusdi berkata, dia begitu mengharapkan isterinya pulang dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak mereka, Yusfarhani, 5; Yusmayusaini, 4 dan Yusfaizal Nofal, setahun.
“Sedih bila saya melihat anak-anak. Setiap hari mereka melihat gambar ibu mereka dan berharap dia segera pulang. -18/11/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.