[RASMI] Mat Sabu Kekal Timbalan Presiden; Salahuddin, Tuan Ibrahim, dan Husam Naib Presiden PAS
[MK] Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya timbalan presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertembungan dua penjuru.
Keputusan tersebut diumumkan lewat petang ini di muktamar tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam hari ini.
Ia diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi.
Mohamad mendapat 588 undi manakala Nik Amar pula memperolehi 490 undi.
Keputusan itu menunjukkan bahawa Mohamad berjaya menangkis cabaran Naik Amar yang dilihat sebagai mewakili kumpulan ulama dalam parti tersebut. - 23/11/13
Mat Sabu bersalaman dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu. -foto AZHAR MAHFOF/The Star
P/s: Tahniah Brader Mat!!!
Kemas Kini:
Salahuddin, Tuan Ibrahim, Husam Menang Jawatan VP
[MK] Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan dua penyandang naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa diumumkan pemenang bagi jawatan nombor tiga parti Islam itu pada muktamar tahunan ke-59 hari ini.
Salahuddin mendapat undi paling banyak, 917 undi diikuti Tuan Ibrahim yang mendapat 849 undi, manakala Husam di tempat ketiga dengan 520 undi.
Dua lagi calon - ahli parlimen Pokok Sena yang juga penyandang Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Abu Bakar Chik tewas dalam pertandingan itu apabila masing-masing hanya mendapat 504 dan 364 undi.
Keputusan pemilihan untuk jawatan naib presiden itu sepatutnya diumumkan semalam namun ditangguhkan selepas persetujuan kelima-lima wakil calon untuk mengadakan pengiraan semula.
Pengiraan semula itu diadakan kerana jumlah undi yang diterima oleh para calon "sangat rapat".
Keputusan berkenaan diumumkan oleh pengerusi pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi pada kira-kira jam 10.50 pagi ini.
Beliau juga mengumumkan seramai 1129 perwakilan layak mengundi namun hanya 1086 kertas undi dikeluarkan dan 6 undi rosak.-24/11/13

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.