Gaji CEO TNB RM1.8 Juta!
Semalam DCM ada menyiarkan salinan gambar dokumen yang memaparkan pendapatan tahunan CEO TNB yang berjumlah lebih RM1.1 juta. Dokumen yang ada saya paparkan di bawah ini bertarikh 2007.
Hari ini KD mendedahkan gaji tahunan Ketua Pengarah Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Che Khalib Mohamad Noh pada tahun 2010 ialah sebanyak RM1.8 juta. Secara perbandingannya, gaji pokok Che Khalib Mohamad Noh meningkat dari RM600,000 pada 2009 kepada RM1.2 juta pada 2010. Justeru, pendapatan tahunan Che Khalib tahun lalu adalah RM1.8 juta berbanding dengan RM1.4 juta pada tahun sebelumnya, lapor TMI. Jumlah itu jelas menunjukkan Melayu yang bernama Che Khalid ini menerima gaji yang terlalu besar ketika rakyat dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus.
Seorang lagi pengarah eksekutif TNB Azwan Mohd, yang dilantik pada April 2010, menerima pendapatan tahunan sekitar RM755,320.22, termasuk gaji pokok RM457,440 berbanding dengan gaji minimum pekerja TNB, iaitu sekitar RM750 sebulan.
Seorang lagi pengarah eksekutif TNB Azwan Mohd, yang dilantik pada April 2010, menerima pendapatan tahunan sekitar RM755,320.22, termasuk gaji pokok RM457,440 berbanding dengan gaji minimum pekerja TNB, iaitu sekitar RM750 sebulan.
Sebalik kemewahan gaji pegawai atasan TNB, Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB Mohamad Roszeli Majid mendedahkan bahawa TNB hanya menawarkan kenaikan gaji sebanyak 7.5 peratus dalam rundingan pekerja-majikan yang sedang berlangsung. Kesatuan meminta kenaikan antara 10 hingga 25 peratus, namun permintaan itu ditolak oleh majikan.
P/s: Melayu, Melayu!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.