Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 9 Julai 2012

Bekas SU DUN Ketika Krisis Perlembagaan di Perak Bakal Sertai Pas




[SH] SHAH ALAM - Abdullah Antong Sabri, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak semasa pemerintahan Kerajaan Negeri berpindah tangan awal 2009 - daripada Pakatan Rakyat (PR) kepada Barisan Nasional (BN) - muncul pada majlis anjuran Pas di sini, semalam.

Beliau dilaporkan akan menyertai Pas dalam waktu terdekat.

Laporan Harakah Daily menyebut Abdullah hadir program Hi-tea bersama Ikon Ahli Baru Pas yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Pas Perak.

Laporan itu juga berkata kehadirannya memeranjatkan hadirin terutama wakil rakyat-wakil rakyat Pas yang menghadiri program tersebut.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin turut melahirkan rasa kegembiraan dengan kehadirannya.

Menurut laporan itu, tetamu istimewa program tersebut ialah Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu.

Hadir sama ialah bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan seperti bekas Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Abdullah Omar.

Pelakon yang terkenal dengan watak Lefternan Adnan, Hairie Othman bersama Leman Raja Lawak turut memeriahkan majlis.

Abdullah Antong yang berucap pada majlis itu berkata, kehadirannya pada program tersebut adalah untuk menzahirkan sokongannya terhadap Pas dan PR.

Menurutnya, PR sangat berbeza dan jauh lebih baik daripada BN yang semakin tidak releven.

“Ia telah dibuktikan di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat yang sempat memerintah selama 11 bulan. Saya masih merasakan roh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak,” ujarnya.

Abdullah Antong menjelaskan, rakyat Perak sepatutnya dapat merasai kenikmatan dan kelebihan pemerintahan PR, namun ia tidak menjadi kenyataan apabila Kerajaan Negeri PR tumbang.

Katanya, beliau telah ditukarkan jawatan menjadi Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak selepas tidak ‘mesra’ BN sebelum mengambil keputusan bersara pada usia 56 tahun.

Nama beliau menjadi sebutan orang ramai ketika berlakunya krisis Dun Perak apabila rakyat dan Adun PR mempertikaikan beberapa tindakan beliau seperti memanggil sidang Dun tanpa pengetahuan Speaker ketika itu, V Sivakumar.

“Saya menjalankan tugas dan mendapat arahan, saya terpaksa lakukan semua itu,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkemungkinan akan menyerahkan borang permohonan borang keahlian Pas tidak lama lagi. 


 Siapa Abdullah Antong menurut Misbahul Munir?

Saya antara  yang tidak pernah kutuk Abdullah Antong ketika krisis Perak begitu hebat bergolak, saya kenal beliau. Beliau beritahu, sebagai pegawai kerajaan dia tertekan antara mengikut kehendak kerajaan yang haram  atau kerajaan yang dirampas. Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hanya mengikut skrip yang diarahkan. 

Sepanjang 11 bulan PR memerintah, beliau banyak memberi kerjasama yang cukup baik. Beliau rajin berjamaah Zohor yang diimami oleh Hj Nizar, dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Hj Nizar. Beliau sering ke pejabat saya dan berbincang banyak perkara. Sebelum PR memerintah, saya tidak pernah mengenali beliau pun, hanya setelah masuk pejabat, beliaulah antara pegawai kerajaan yang awal masuk pejabat MB dan tanya siapa Setiausaha Politik MB, dan beliaulah yang keluarkan surat perlantikan saya atas nama YAB MB Perak, dan ucap tahniah kepada saya. 

Apabila Sivakumar, selaku speaker yang sah melantik saya sebagai SU DUN Perak, sidang DUN pertama yang kecoh itu (Speaker diusung keluar), Abdullah Antong setuju, sayalah yang akan menjalankan tugas sebagai SU Dewan, saya sudah bersiap pagi itu, tetapi dipintu pagar lagi sudah dihalang oleh polis sebab tidak ada pas masuk. Pengawal Keselamatan tidak ada masalah untuk membenarkan saya masuk, hari itu yang ambil tugas menjaga pintu pagar pihak polis. Saya tidak dapat masuk dan Abdullah Antong pun menjalan tugas seperti biasa.

Beliau dipindahkan ke Jabatan lain (PTG) beberapa bulan selepas BN merampas kerajaan. Beberapa tahun kemudian beliau bersara.

Saya dapat maklumat beliau berhasrat untuk bersama dengan PAS dan membantu PAS dalam PRU akan datang. Alhamdulillah,saya dapat bersembang dan bersarapan pagi dengan beliau bersama YDP Gopeng. Saya ajak beliau untuk hadir dalam program Himpunan Hijau bersama Tok Guru Mursyidul Am di Bagan Serai, beliau setuju hadir tetapi pada hari tersebut, beliau tidak berapa sihat badan. Saya diberitahu, beliau baru sahaja menjalani operation rupanya. Saya memahami masalahnya.

Sekali lagi saya jemput beliau untuk menjadi salah seorang tetamu dalam program Hi Tea bersama Mat Sabu dan pimpinan PAS Perak yang lain. Alhamdulillah, beliau tidak menghampakan jemputan dan hadir pada petang Sabtu 7hb Julai. Turut hadir, Datuk Bahari Jabar, bekas Timbalan Pengarah PTG negeri Perak, dan ramai lagi yang hadir.

Abdullah Antong turut diberi peluang berucap bersama rakan-rakan tetamu yang lain. Ucapannya cukup menyentuh dan diberi laungan takbir oleh orang ramai. Menurutnya, pengalaman berkhimat dengan MB Hj Nizar dan kerajaan PR walaupun 11 bulan tetapi jauh lebih baik, selesa, seronok berbanding dengan kerajaan terdahulu. Banyak perubahan yang dibuat walaupun baru 11 bulan, beliau yakin PR mampu buat lebih baik lagi kalau lebih lama memerintah. Beliau juga menyatakan kalaulah UMNO BN baik dan tidak menyeleweng, mengapa perlu bersama PAS. Beliau bersama dengan PAS kerana UMNO BN sudah tidak betul lagi, dan beliau lebih yakin dengan PAS. 

Saya diberitahu, selepas desas desus beliau akan meyertai PAS dan hadir dalam program bersama Tok Guru 16 Jun lalu, beliau dikunjungi oleh bekas pegawai tinggi kerajaan Perak seminggu selepas program 16 Jun. (beliau tidak dapat hadir sebab faktor kesihatan). Dalam kunjungan ke rumahnya hampir 1 jam itu,  lebih kurang kesimpulannya beliau dinasihati oleh orang itu untuk tidak bersama dengan PAS.

Tetapi tekad dan semangatnya kuat, beliau hadir ke majlis jamuan teh bersama Mat Sabu dan menyampaikan ucapan.

Selepas berita kehadirannya tersiar dalam blog, ramai yang memuji dan ucap tahniah, yang kutuk dan ugut pun ada juga. Beliau juga menyedari pasti akan ada tekanan dan ugutan ke atas dirinya dan isteri beliau yang masih lagi berkhidmat sebagai guru.

Namun katanya, beliau tetapi istiqamah dan akan bersama dengan PAS untuk tumbangkan UMNO BN pada PRU akan datang. Doakan semuga beliau kekal istiqamh dalam perjuangan.

Penulis adalah bekas pegawai kanan politik bekas MB Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH