18 MEI YANG DITUNGGU-TUNGGU...
"Mahkamah Rayuan dengar rayuan Nizar 18 Mei ini
PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.
Tarikh itu ditetapkan selepas Mohammad Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pada 2.20 petang melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan.
Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah..." Mstar Online
Krisis yang berlanjutan lebih 100 hari ini masih tidak nampak jalan penyelesaiannya. Buntu kerana jalan penyelesaian yang paling mudah dan tepat diketepikan. Penyelesaian yang perlu melalui pelbagai prosedur dan perbicaraan menjadi pilihan. Jadi tidak hairanlah jika krisis di Perak ini akan berlanjutan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Jika pendirian BN benar-benar seperti yang dilaporkan oleh akhbar ini:
"Najib: BN tidak khuatir hadapi pilihan raya baru di Perak
PUTRAJAYA: Pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini hari ini, Najib berkata Barisan Nasional tidak gentar untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk pilihan raya sekiranya itu yang diputuskan.
"Kita sedia berdepan dengan rakyat," katanya...." Mstar Online,
...penulis percaya krisis politik di Perak ini tidak sampai ke tahap ini. Malah, tidak perlu hakim mahkamah menjadi penentu Menteri Besar di Perak. Walhal yang betul-betul layak menjadi hakim ialah rakyat kerana demokrasi itu adalah rakyat, rakyat adalah demokrasi. Namun, kenyataan itu hanyalah retorik yang indah khabar dari rupa dan sekadar menyedapkan halwa telinga rakyat jelata.
Persoalan yang kerap kali muncul dalam minda penulis ialah:
* Adakah perkhabaran mahkamah nanti seindah perkhabaran yang diterima oleh Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tempoh hari?
* Jika perkhabaran itu nanti seindah perkhabaran yang diimpikan oleh Datuk Seri Nizar, berapa kali lagikah kedua-dua tokoh ini saling mengosongkan pejabat Menteri Besar Perak?
* Sampai bilakah drama politik ini akan terus menconteng wajah demokrasi yang diagung-agungkan oleh pemimpin negara baik daripada BN mahupun Pakatan Rakyat?
* Sampai bilakah dunia akan mentertawakan kejahilan kita dalam berpolitik?
cacamarba,
Comment by cicimarba @ Sabtu, Mei 16, 2009 4:02:00 PTG18 yang ditunggu2 21 yang muncul...lawak2...