Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Jumaat, 8 Mei 2009

LANTANG TIDAK BERTEMPAT


"PEWARIS tidak takut debat ISA, tapi ...
NGO penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menolak tanggapan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bahawa mereka enggan berdebat berhubung halal-haram akta kontroversi itu.

Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) tidak pernah menyatakan menolak jemputan NGO anti-ISA itu, kata timbalan presidennya Rahimuddin Harun.

"Kalau anggap kita tak bersetuju, tak acilah (tak bolehlah). Kita tak kata kita tak setuju. Kita tak minta syarat-syarat yang menyusahkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Kenapa awal sangat, baru bincang nak melatah, tak boleh macam itu, profesional sikit."

Semalam GMI tetap akan meneruskan debat "ISA: Halal atau Haram" pada jam 3 petang esok di Dewan Sivik MBPJ di Petaling Jaya.

GMI sebelum ini mencabar PEWARIS untuk menyertainya berdebat mengenai sejauh mana Islamik atau tidak, akta tersebut susul kenyataan NGO itu bahawa akta tersebut "perlu untuk mempertahankan Islam."

Menyahut cabaran tersebut, PEWARIS kemudiannya mencadangkan agar perdebatan itu ditukar kepada perbincangan dan ia disiarkan secara langsung di stesen Radio 24 milik agensi berita nasional Bernama.

Sehubungan itu, GMI menganggap PEWARIS menolak perdebatan itu kerana cadangan balasnya bercanggah dengan tawaran debat yang asal.

Diminta mengulas lanjut, Rahimuddin berkata, pihaknya juga menolak dakwaan mereka takut kalah untuk berdebat dengan GMI.

"Bukan soal kalah, bukan soal takut. Kita setuju (berdebat), kalau boleh di tempat yang sesuai.

"Sekiranya penyokong GMI dan ahli PEWARIS datang ke dewan MBPJ, sudah tentu kena ada permit. Kalau sesuatu (yang buruk) berlaku, kita dipersalahkan.

"Kita cari tempat berkecuali yang tidak melibatkan penyokong- penyokong," katanya, sambil menambah dewan sivik tersebut terlalu kecil untuk menampung kehadiran penyokong kedua-dua NGO tersebut.

Oleh sebab itu, tambah Rahimuddin, perdebatan itu wajar disiarkan secara langsung melalui siaran radio kerana liputannya lebih meluas ke seluruh negara bagi membolehkan rakyat mendengar pandangan kedua-dua pihak.

"Kita tidak menolak (tawaran debat), cuma kita cari tempat dan waktunya yang bersesuaian, kita berjumpa. Kita sama-sama bincang, lagi fokus dan lagi senang," katanya lagi."
- SUMBER: Malaysiakini

Secara peribadi penulis berasa pelik dan hairan hukum rimba sepeti ISA masih mahu dipertahankan oleh sesetengah individu mahupun pertubuhan bukan kerajaan di negara ini. Rata-rata individu yang termasuk dalam golongan ini berpendidikan tinggi, dan sudah tentu mempunyai pertimbangan yang baik dalam menilai sesuatu perkara. Berbekalkan ilmu dan akal yang dianugerahkan oleh Tuhan, agak janggal apabila golongan ini tidak dapat membezakan baik atau buruk sesuatu perkara.Malangnya, golongan ini sanggup meletakkan nilai kebijaksanaan, nilai moral, dan pertimbangan mereka serendah-rendahnya demi mempertahankan sesuatu yang zalim seperti ISA.

Sebagai manusia, kita sering tersasar. Begitu jugalah halnya dengan kerajaan. Sebagai sebuah badan pentadbiran, kerajaan dibarisi oleh manusia yang tidak lekang daripada melakukan kesilapan. Atas dasar itu, maka polisi atau keputusan yang dibuat juga sudah tentu ada kelemahannya. Oleh itu, salah satu kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan ialah terus menggunakan Akta ISA yang digubal semasa zaman darurat dahulu untuk menahan seseorang tanpa membicarakannya terlebih dahulu. Yang jelas sejak akta ini dilaksanakan selepas era darurat, ahli politiklah yang banyak menghuni pusat-pusat tahanan yang disediakan oleh pihak berkuasa. Barangkali ancaman mereka sehebat ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Persoalannya, tidak pernah terfikirkah oleh golongan yang pro kepada akta ini bahawa tindakan menahan & menghukum seseorang tanpa membicarakannya terlebih dahulu sebagai suatu tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan? Atas dasar apa hukum rimba ini mahu dipertahankan? Wajarkah hukum rimba yang menahan orang tanpa bicara ini dipertahankan secara membuta tuli? Apabila timbul persoalan-persoalan di atas, maka berduyun-duyun pihak mengatakan bahawa akta ini perlu untuk mempertahankan orang Melayu, ada yang mengatakan hukum ini untuk mengelakkan negara huru-hara, ada pula yang mengatakan akta ini untuk mempertahankan Islam. Bermacam-macam lagi alasan yang diberikan untuk menegak sesuatu yang bersifat "benang basah". Sedangkan Islam sebagai agama yang adil tidak pernah menyeru umatnya menangkap dan mengurung orang tanpa membicarakan dan membenarkan orang itu membela diri. Hujah ini sudah cukup untuk menjawab segala persoalan di atas. Jika tidak pun, tangkap dan bicarakanlah orang itu jika dia benar-benar melakukan kesalahan. Gubal dan kemas kinilah mana-mana akta yang dirasakan longgar asalkan tidak melanggar hak asasi manusia.

Bukanlah maksud penulis untuk mempertahankan tindakan mana-mana pihak. Penulis juga berang dan geram dengan tindakan sesetngah pihak. Umpamanya, Hindraf yang berarak di dalam negara dan di luar negara sehingga menimbulkan kekecohan dan menjatuhkan maruah negara. Malah tindakan ahli kumpulan ini yang berarak membawa potret Mahatma Gandhi dan Ratu Elizabeth juga menimbulkan rasa kurang senang kepada penulis. Begitu juga halnya dengan kumpulan-kumpulan yang boleh mengancam keselamatan negara. Namun,ISA tetap bukan solusi untuk menangani masalah ini. Banyak lagi opsyen lain untuk menangani masalah ini.

Selain tindakan undang-undang, kerajaan wajar menggunakan saluran diplomasi/dialog untuk berbincang dan mencari kata sepakat dalam menangani sesuatu isu yang dibangkitkan. Jika golongan tersebut melanggar peraturan, maka dakwalah dan bicaralah mereka di mahkamah. Jika disabitkan oleh mana-mana akta yang telah digubal, maka hukumlah mereka. Begitu juga mana-mana individu yang ditahan dalam akta ini. Tindakan menahan tanpa memberikan keadilan kepada golongan ini bukan sahaja keji malah mencemarkan imej negara yang sering digambarkan menentang segala macam kekejaman di dunia ini. Kita mengutuk tindakan kejam yang dilakukan oleh negara lain, namun pada masa yang sama, kita turut serta melakukan perkara yang sama.

Justeru, tindakan segelintir pertubuhan yang mahu mempertahankan hukum rimba ini, jelas pada pandangan penulis sebagai suatu tindakan yang tidak wajar, tidak bertamadun, melanggar prinsip keadilan dalam Islam, dan hanya bermotifkan politik. Nilai hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh golongan ini hanyalah bermusim dan hanya pada kelompok tertentu sahaja. Oleh itu, penulis tidak berasa hairan, apabila pihak yang sebelum ini terlalu lantang bersuara sehingga berarak ke sana ke sini sebagai respons terhadap kenyataan yang dibuat oleh pemimpin parti politik pembangkang yang menyentuh aspek kaum Bumiputera, namun akhirnya menikus, mendiamkan diri, dan menerima konsep liberalisasi yang mahu dilaksanakan oleh PM. Walhal liberalisasi yang dimaksudkan itu turut menyentuh malah menggugat kepentingan kaum Bumiputera. Jika dahulu konsep "PERSAINGAN" ditentang dengan hebat oleh sesetengah kelompok, namun konsep yang sama yang cuba diperjuangkan oleh PM hari ini diterima tanpa sebarang bantahan....!

  1. gua respek lagi Ahmad Shabery!

    gravatar Comment by Sharom @ Jumaat, Mei 08, 2009 10:40:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH