Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 7 Mei 2009

2 MB & 2 SPEAKER di Perak


Hari ini tercatat lagi peristiwa hitam dalam sejarah negara. Selepas “bekas” Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dirampas kuasanya, kini Speaker DUN, iaitu V Sivakumar pula menerima nasib yang sama. Tragedi politik ini tidak pernah berlaku dalam sejarah moden tanah air dan mungkin juga di negara-negara lain. Speaker yang dilantik secara sah, tidak berkuasa di DUN dan akhirnya diheret keluar secara paksa oleh pihak berkuasa. Dalam pada masa yang sama, pelbagai pihak turut mempertikaikan pelantikan Speaker BN Datuk R Ganesan (bekas ADUN) dan menegaskan pelantikan tersebut sebagai tidak sah. Antara yang bersuara tentang perkara ini termasuklah Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaafar , Timbalan Speaker DUN Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, Penasihat PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim, Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim, Speaker DUN Pulau Pinang, Abdul Halim Husein, peguam/Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar, dan Pakar Perlembagaan UIA, iaitu Prof. Dr. Aziz Bari.


(Foto:Malaysiakini)

Lihat puluhan gambar lain di sini...

Seluruh dunia memerhati dan menilai kecetekan akal pemimpin kita dalam menangani sandiwara politik yang berlaku. Pihak yang rakus akan kuasa sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan tercapai cita-cita dan matlamat yang dirancang. Bagi mengaburi mata rakyat, maka semua institusi berkaitan digunakan untuk menghalalkan tindakan tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah jika hari Isnin ini keputusan mahkamah akan berpihak kepada pihak tersebut walaupun hakikatnya tindakan mereka bertentangan dengan Perlembagaan seperti yang ditegaskan oleh mantan PM Tun Dr. Mahathir. Perkara yang terjadi sungguh MEMALUKAN, MEMUALKAN, MENJIJIKKAN, dan MENYEDIHKAN sehingga mencabar kewarasan kita untuk menerima tindakan golongan-golongan ini. Hasilnya, rakyat Perak kini ada 2 MB dan 2 Speaker. Krisis ini semakin mengelirukan dan keadaan menjadi semakin cacamarba.

Kekecohan ini pastinya tidak berlaku jika pihak yang kemaruk akan kuasa ini dapat bersabar dan bertindak melalui lunas-lunas undang-undang sedia ada. Beberapa opsyen (termasuklah membentangkan undi tidak percaya) untuk mengambil alih kuasa secara aman dan terhormat tidak dilaksanakan. Pembubaran DUN seperti yang diminta oleh majoriti rakyat juga tidak diendahkan. Jika kerajaan sekarang benar-benar yakin mendapat sokongan rakyat, maka sudah tentu ada pilihan raya baru di Perak. Namun, realitinya anda dapat menilai kemahuan sebenar majoriti rakyat Perak. Kekalahan beberapa siri pilihan raya kecil terutama di Bukit Gantang menjadi indikator dan alasan kukuh kerajaan sekarang enggan membubarkan DUN dan membenarkan rakyat membuat pilihan.

Kronologi Rampasan Kuasa di DUN Perak

3.47pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah menamatkan titah ucapan baginda dalam perasmian pembukaan sidang dewan setelah menyampaikan ucapan kira-kira setengah jam.

Baginda menyentuh pakej rangsangan ekonomi tetapi tidak mengulas isu-isu politik.

3.15pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah berangkat masuk ke dewan untuk majlis rasmi pembukaan persidangan DUN.

Baginda kemudian bertitah kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan).

Mohamad Nizar kemudian menyeru semua ADUN Pakatan agar duduk dan mereka semua kembali di tempat masing-masing.

3.13pm V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis ke satu tempat yang tidak didedahkan. Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu.

3.12pm Kenderaan rasmi Speaker DUN V Sivakumar jenis Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AFD 999 kelihatan keluar dengan seorang penumpang wanita tetapi ADUN DAP itu tidak berada di dalamnya.

3.10pm R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa.

Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) - tetapi mereka enggan.

Speaker itu kemudian menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

3.00pm Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang sedang ditahan polis di balai polis Sungai Senam di Ipoh, memberitahu Malaysiakini melalui telefon bahawa beliau tidak pasti bila akan dibebaskan.

Beberapa lagi ahli parlimen - Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) dan Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parti Buntar) - juga sudah memberikan keterangan kepada polis.

Katanya, kira-kira 40 lagi turut ditahan pagi ini berdekatan bangunan DUN Perak yang menyaksikan persidangan genting bagi Pakatan Rakyat dan BN.

Difahamkan polis 13 orang orang setakat ini, tetapi jumlah mereka yang ditahan tidak dapat diperolehi. Usaha menghubungi polis gagal.

Seorang tokoh DAP Lim Kit Siang berkata 64 orang ditahan.

2.55pm Kumpulan "pegawai" mengelilingi tempat duduk Speaker - kini diambil alih oleh R Ganesan - untuk mengawal keadaan.

2.41pm Sekumpulan lelaki berjaket, dengan tag nama "pegawai", yang dilaporkan anggota polis mengheret V Sivakumar dan memaksanya keluar dewan.

2.35pm Usaha pengawal dewan dan kakitangan DUN mengalihkan V Sivakumar dari tempat duduknya dibantah oleh Speaker tersebut dan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat.

Sementara sekumpulan ADUN Pakatan yang lain cuba membawa keluar Ganesan, speaker lantikan BN, dari dewan.

2.15pm Persidangan dewan negeri Perak bersambung. Wakil-wakil rakyat Pakatan cuba menghalang R Ganesan, speaker lantikan BN, memasuki dewan.

Suasana kelam-kabut dan tidak menentu di dalam bangunan tersebut. Saling tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk, beberapa ADUN kelihatan nerdiri di atas meja.

Bebarapa pegawai polis masuk ke dalam dewan DUN bagi menenangkan keadaan, dengan disambut jeritan ADUN Pakatan agar mereka meninggalkan dewan.

Pada waktu yang sama, wakil-wakil rakyat pula berusaha membuang keluar V Sivakumar dari tempat duduk Speaker - tetapi beliau masih dikelilingi oleh beberapa ADUN Pakatan.


1.10pm
Difahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah - yang dijadual membuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini - di luar dewan.

Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya.

12.55pm Enggan meninggalkan dewan R Ganesan, speaker baru lantikan BN, mengumumkan penangguhan sidang dewan DUN Perak selama sejam lagi.

Keadaan kembali tenang dengan kedua-dua pihak duduk kembali di tempat masing-masing.

12.45pm Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah timbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis.

ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang.

Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya.

Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan.

12.37pm Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan.

Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya.

Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ.

12.15pm Speaker asal V Sivakumar mengharamkan R Ganesan, speaker baru yang dilantik BN, meninggalkan dewan.

Kemudian beberapa ADUN Pakatan mendekati Ganesan agar berbuat demikian dan mereka bertengkar.

Mengejutkan, wakil-wakil rakyat BN hanya duduk dan memerhatikan gelagat tersebut, sambil membuat bising.

11.59am Tidak pasti bila Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah akan masuk ke dewan untuk merasmikan pembukaan persidangan DUN Perak.

Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan sedang menunggu di dalam dewan. Tiada lagi pertikaman lidah seperti sejak dua jam lalu. Mereka sedang menunggu.

11.22am V Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun R Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi.

Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.

Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut.

Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.

Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya.

Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak sehangat tadi.

...klik pautan untuk laporan lanjut.

  1. sememangnya menjijik dan memualkan..

    gravatar Comment by Anak Perak @ Khamis, Mei 07, 2009 11:50:00 PTG      
  2. Jalan terbaik ialah pembubaran DUN...BN ada berani ka?

    gravatar Comment by Silverian @ Jumaat, Mei 08, 2009 12:05:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH