Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Selasa, 12 Mei 2009

BIAR RAKYAT TENTUKAN KERAJAAN PILIHAN MEREKA


Tidak sampai 24 jam mahkamah tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah di Perak, akhirnya hari ini mahkamah rayuan pula memutuskan untuk membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan keputusan tersebut sekali gus memberikan peluang kepada beliau untuk meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak sehingga keputusan perbicaraan di mahkamah rayuan diputuskan nanti. Walaupun keputusan untuk menangguhkan keputusan mahkamah tinggi itu diputuskan dengan pantas, namun tarikh perbicaraan kes rayuan tersebut masih belum ditetapkan. Keputusan mahkamah rayuan ini juga menandakan bahawa kemelut politik ini akan berterusan lebih lama dan sudah pastinya mendatangkan pelbagai implikasi kepada rakyat dan juga pentadbiran negeri.

Usahkan ahli politik mahupun penganalisis politik, rakyat marhaen yang jahil tentang politik pun tahu jalan terbaik untuk menyelesaikan krisis ini. Namun, jalan penyelesaian itu seolah-olah terlalu sukar untuk dilaksanakan oleh kerajaan BN. Gerun dan gentar benar BN untuk mengembalikan hak rakyat untuk memilih kerajaan di Perak. Oleh sebab itu, BN bermati-matian untuk menghalang DUN daripada dibubarkan dan seterusnya mengadakan pilihan raya baru agar parti yang dipilih dapat membentuk kerajaan yang sah dan sudah tentu tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Tokoh dan parti politik pembangkang sebulat suara menggesa agar DUN Perak ini dibubarkan. Antara tokoh politik, pertubuhan bukan kerajaan, dan parti politik lain yang mahukan krisis politik di Perak ini diselesaikan melalui pilihan raya termasuklah:

Tengku Razaleigh Hamzah
"dissolve the Perak state assembly

On Feb 7, I wrote that a shameful scene was unfolding in Perak and maintained that despite the “takeover” of the state government by Barisan,

"according to the Constitution, Datuk Seri Nizar Jamaluddin is Menteri Besar until he resigns of his own accord, or is removed by a vote of no-confidence in a formal sitting of the assembly. The Constitution makes no provision for his removal by any other means, including by petitions or instructions from any other authority."

Today, after three months and yet more shameful scenes, the High Court affirmed the same elementary principle, and held that Datuk Seri Nizar has been and remains the Menteri Besar. As Justice Abdul Aziz Abd Rahim put it: “He is, and was, at all material times the chief minister of Perak.” The High Court also ordered Datuk Seri Zambry Abdul Kadir and his executive officers to vacate their offices, and rejected an application from Zambry for a stay of proceedings pending an appeal
." Artikel lengkap di sini.

SUHAKAM
"Serah kepada rakyat pilih kerajaan di Perak - Suhakam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.
" Laporan penuh di sini.

GERAKAN
"Gerakan leader backs fresh polls in Perak

KUALA LUMPUR, May 12 - A central committee member of Gerakan today urged Barisan Nasional (BN) to join with Pakatan Rakyat (PR) to end the turmoil in Perak by seeking a dissolution of the Perak legislative assembly.

Dr Hsu Dar Ren said that enough damage had been done to the nation and that a state election was the only sensible solution to the Perak political crisis.

"It is no longer a matter of who is right and who is wrong. The decision of who should form the rightful government should no longer be decided in the courts, but rather it should be decided by the people of Perak themselves, going by the very basic principle of democracy," he said in a statement to the media
." Artikel penuh di sini.

Biarpun mahkamah rayuan membenarkan penangguhan keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi tempoh hari, namun Datuk Seri Nizar tetap menegaskan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak:
"Nizar: I am still MB

IPOH, May 12 - Perak continues to be in a state of confusion as Pakatan Rakyat's (PR) Datuk Seri Nizar Jamaluddin maintained today he was still the legitimate mentri besar despite a Court of Appeal decision this morning which granted a stay on a High Court declaration yesterday.

While stating that the stay of execution raised more questions than answers, Nizar suggested that the only logical conclusion was that he was still mentri besar
." Artikel penuh di sini.

Manakala, Datuk Zambry pula telah membandingkan "perjuangannya" dalam menghadapi kemelut di Perak itu sama seperti perjuangan dua tokoh dunia, iaitu Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela:
"Status MB: Zambry ibaratkan diri sebagai Gandhi, Mandela

PETALING JAYA: Menteri Besar sejak Februari lalu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir melihat dirinya ibarat pemimpin terkenal Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela dalam menegakkan kebenaran di Perak....

"Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.

"Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.

"Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.

“Saya mempelajari bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak punya perasaan takut, tetapi berjaya mengatasinya. Mereka yang berani bukanlah mereka yang tidak punya perasaan takut tetapi mereka yang mampu menakluki rasa takut itu.
" Artikel penuh di sini.

Tuntasnya, jalan penyelesaian bagi menyelesaikan krisis politik di Perak ini sememangnya sudah ada sejak bermulanya kemelut ini pada bulan Februari yang lalu. Yang tinggal hanya "tepuk dada tanyalah selera" tuan yang empunya hak untuk membubarkan DUN di negeri tersebut.

  1. BN (GAJAH) VS PR (GAJAH) RAKYAT (SEMUT) mati ditengah-tengah...........

    Baik semua rakyat Perak tidak payah bayar cukai....kalau boleh mogok bayar apa-apa bentuk cukai yang dikenakan, biar para pemimpin tidak ada wang gaji, biar mereka cari ikan sendiri, tanam sayur sendiri, tanam padi sendiri, biar dia orang merasa menjadi rakyat biasa.........biarkan.......

    gravatar Comment by AHIM KAMPONG @ Rabu, Mei 13, 2009 10:30:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH