PENANTI: NASIB AMINAH "MENEBALKAN" MUKA TERJAWAB HARI INI
HARI INI 31 MEI 2009, HARI BERLANGSUNGNYA PILIHAN RAYA KECIL DI DUN PENANTI, PULAU PINANG. NAMUN, SAYA MASIH TERNANTI-NANTI RAHSIA BESAR YANG DIKATAKAN MAHU DIBONGKARKAN OLEH AMINAH ABDULLAH. PILIHAN RAYA SUDAH BERMULA. TIDAK TAHULAH JIKA AMINAH SUDAH MEMBONGKARNYA PADA MALAM TADI. JIKA SUDAH DIBONGKARKAN, MAKA SAYA TERTUNGGU-TUNGGU PULA LAPORAN MEDIA TENTANG PERKARA TERSEBUT. WALAU BAGAIMANAPUN, BUAT MASA INI RAHSIA BESAR YANG MAHU DIUMUMKAN OLEH AMINAH ITU MASIH MENJADI MISTERI. SELAIN DAKWAAN DISOGOK OLEH PKR, RAHSIA BESAR ITULAH YANGB DINANTI-NANTIKAN OLEH ORANG RAMAI. APAKAH RAHSIA BESAR YANG DIMAKSUDKAN? ATAU AMINAH ABDULLAH INI SEBENARNYA DIJANGKITI VIRUS RAJA SUMPAH YANG MERACAU-RACAU SAMBIL MENGELUARKAN KATA-KATA YANG PENUH DENGAN UNSUR IMAGINASI.
BERBALOI ATAU TIDAK AMINAH ABDULLAH "MENEBALKAN" MUKA MENJAJA KISAH SOGOKAN JAWATAN DAN WANG AKAN TERJAWAB HARI INI. JIKA MENANG, MAKA KARIER POLITIK AMINAH PASTI AKAN TERUS BERNYAWA SEKURANG-KURANG SEHINGGA PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG. JIKA KALAH, MAKA SUDAH TENTU KARIER POLITIKNYA AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA DENGAN DAKWAAN RAHSIA BESARNYA ITU ...TERAWANG-AWANG DAN DISELUBUNGI MISTERI. LAINLAH JIKA PEKEMBAR MAHU MENGAMBIL SRIKANDI PULAU MUTIARA INI KE PANGKUAN MEREKA DAN MEREKRUTNYA MENJADI HULUBALANG BARU PARTI TERSEBUT.
biarkan kak min dengan labu-labunya....hahahah
Comment by KayKhairul @ Ahad, Mei 31, 2009 4:11:00 PTGInilah yang berlaku apabila seseorg itu terlalu mendambakan HARTA DUNIA (nama, harta, pangkat, dan kedudukan). Walau berbekalkan PENDIDIKAN yg baik, ILMU AKHIRAT yg kebal, dan TAHAP MUMAIYYIZ yg tinggi...tapi dgn godaan dan rayuan gombal NAFSU SAIYYIAH, seseorg itu dgn mudah mengorbankan MARUAH diri, keuarga, bangsa, dan agamanya...Nauzubillah min-zalik. Wallahhua'alam. ADIOUS! (KES K.MIN NI SBG CONTOH...we do not know e TRUTH & REALITY yett!)
Comment by anirun nami @ Isnin, Jun 01, 2009 4:53:00 PTGKerana terlalu mendambakan harta dunia (nama, pangkat, dan kedudukan), seseorg yg dikatakan sbg "berpendidikan" plus "mumayyiz" sanggup MENGGADAIKAN maruah diri, keluarga, bangsa, dan AGAMANYA...Subhanallah! Nauzubillah Min-Zalik. Wallaua'lam. ADIOUS!
Comment by anirun nami @ Isnin, Jun 01, 2009 4:54:00 PTG